Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 5, 2012

Selamat Pengantin Baru Shafa & Faris

Sapa Shafa??? Ha aku macam dah lama gila tak cite pasal Shafa kan. Kalau korang search kat blog aku ada je dulu-dulu aku pernaah cite. Zaman praktikal, zaman nak start kerja, zaman kolej. Lama dah tu. Aku kenal Shafa masa kat kolej. Shafa ni budak pandai. Aku tak berapa pandai sangat masa kat kolej dulu. Tapi Shafa tetap nak berkawan dengan aku. Baikkan dia. Huhu!

Aku memang tau dia punya pakwe (sekarang suami le), dulu masa takde boifren pernah la rasa nak rampas boifren dia, hahaha! Keji gila. Eh takde la sampai gitu. Sebab pakwe Shafa ni ada kembar.  Suka je la kim salam kim salam. Baru sekarang aku tau aku agak gatal dulu. Nasib baru perasan..phewwww

Lepas tu kan, Shafa dengan Faris ni panggil diri masing-masing 'Dinda Kanda'. Dulu aku tanya la dia. 'Shafa kau panggil Faris apa?' Dia jawab 'Kanda' Aku macam Euw!! Hahaha! Rupanya memang betul dia bahasakan diri dia gitu. Aku terima je la.. 

Bila dia kata dia nak kawin, haruslah aku datang kan. Dulu masa geng aku kawin (Ain) tak dapat datang sebab masa tu gi HK, sedih sangat. Mesti Ain ingat aku tak sayang dia..sobssss. Jadi bila Shafa kawin aku mesti nak datang jugak. Nanti aku kena label kacang lupakan kulit ke apa kan. kuikuikui!

Qery pulak kebetulan takde kelas. Boleh la pegi sekali. Rupanya rumah Shafa ni dekat je dengan rumah Lina (Biras Ceera)

Aku memang suka pakai tudung tak ikut tema baju. Sebab aku tak kuasa nak pilih-pilih. Hentam je la asalkan boleh guna. Huhu!

Kat kawasan rumah dia ni, haritu ada dalam 3 4 rumah orang kawin jugak. Aku macam konfius mana satu rumah kau ni Shafa oi. Kang aku salah rumah tak pasal-pasal je. Siap masa salam mak Shafa tanya dia 'Ini rumah Shafa ke?' Nasib betul. Kalau tak nak patah balik pun malu jugak kan.

Aku datang 12.30 memang ngam-ngam dia tengah sanding. Jadi terus suruh Qery snap gambar pengantin ni.
 
Perempuan ni memang suka warna purple dari dulu tau. Banyak barang dia mesti warna purple. Cume kereta dia je la merah.

 Kek comei! Pun purple...




Aku usha-usha meja lain, aku tak nampak pulak kawan-kawan aku yang lain. Rupanya dorang semua pakat nak gi petang. Apa kes gi petang kan..orang nak tengok time dia sanding semua. Gi petang dah takde apa sangat dah. Tapi kalau kau nak snap banyak-banyak gambar datang la time petang, time tu pengantin dah tak berapa nak bizi. Tapi aku memang suka datang time tengah hari.

 Sebab tengah hari kan perut dah lapa. boleh makan banyak sikit. kahkahkah!

 So sweet je dua-dua.

Aku dengan Qery yang menyibuk nak tangkap gambar sama-sama. Hehe!

Selamat Pengantin Baru Shafa.
I miss you =)

6 comments:

CikFi said...

comel hehehe

.:: Lynn Johari ::. said...

lawanye shawl..lg2 dipakai owg yg cantek...pandai bergaya. =)

nalsweet said...

muka qery mcm muka terpaksa dtg..hihi

eda said...

sepet !!
buat ler tutorial pakai shawl gtu ..
buat yeee !!!
janji yeee ..!!!
tolong la terharu huhuhu ...

Nur Syalillah Kamrudin said...

wah shafawati kwn sepet rupenye..hehehe

sepet a.k.a zack_u said...

CikFi : Biasa je la..huhu!

.:: Lynn Johari ::. Itu gaya shawl yang paling mudah pun..hehe!

nalsweet : Tau takpe, hahaha!

eda : Hehe! Isnyaallah..

Nur Syalillah Kamrudin : Haah, kawan kat MSU dulu