Nov 23, 2012

Jangan meninggi diri, tak bahik tau.. =P

Harini nak sembang-sembang sikit la. Dah lama rasanya tak sembang, asik cerita pasal produk Felinna pun letih jugak korang nak baca kan. Hehe!

Semalam aku keluar dengan Qery gi Jusco. Masa tengah makan tu. Qery kan suka main facebook kat fon sementara puteri kayangan dia ni makan. Aku makan slow. 20 minit. Qery makan 5 minit. Daripada dia buang masa 15 minit tengok aku makan, baiklah dia main game atau pun main facebook je. Lantakkan dia, asalkan aku dapat makan. Ngeh ngeh ngeh.

Kitorang ni ada adore dengan sorang, kita namakan dia F la eh. Selalu tengok and bukak facebook F ni. Selalu jugak la jadikan dia sumber inspirasi, sebab F ni sekarang memang dah berjaya la dalam hidup dia. Orang yang family dia memang kaya, aku tak heran sangat. Yang kitorang bangga, bila seseorang ni dia kaya atas usaha dia sendiri. Tu yang kitorang selalu jadikan F ni sebagai idola.

Setahun? Ada kot setahun, setiap kali dia up status kat facebook, mesti aku dengan Qery macam 'bestnyeeeeeee setiap status dia tu' gittew. Tapi bila masuk setahun, dah semakin berjaya. Statusnya semakin macam bagus. Aku still boleh nak berfikiran positif, tapi dalam fikiran positif tu kompom la akan ada perasaan negatif dulu kan.

Dulu status dia semua macam motivate. So aku dengan Qery baca akan terasa di motivasi kan jugak la. Hihi! Tapi sekarang ni, rasa macam...F ni ada sedikit eksyen. Pepaham la orang dah berjaya eksyen dia macam mana. Eksyen sahaja takpe, pulak tu sindir orang yang still di takuk lama. Sindir orang yang buat macam-macam tapi tak berjaya lagi.

Ok fioneee iolls terasa la kan. Ofkos. Hahaha! Kadang-kadang aku terfikir. Bukan semua manusia Allah bagi kesenagan. Ada yang lahir-lahir dapat family kaya. Ada yang dia usaha kuat baru dia berjaya. Ada yang dia tak usaha pun tapi Allah nak bagi dia rezeki lebih, so berjayalah dia. Ada yang berusaha gila-gila punya, tapi belum sampai rezeki dia. Jadi tidak lah dia berjaya.

Kecualilah kalau kau tak berusaha langsung. Itu kes lain. Yang aku nak cerita ni, orang yang usaha. Ramai aku tengok kat facebook. Nak berniaga. Macam-macam orang tu buat, promosi sana, promosi sini, ajak kawan-kawan masuk page, dah buat semua, cara dah betul. Tapi memang dah tertulis rezeki dia takde kat situ. Adakah itu salah dia??

Kalau sekalipun dah berjaya, bagi aku tak perlu kot mempersoalkan kenapa orang lain tak berjaya. Soal rezeki semua kat tangan Allah. Dia boleh bagi kita rezeki yang banyak. Dia jugak boleh tarik balik rezeki kita sekelip mata. Jadi tak perlu sangat nak riak ke apa. Rezeki ni bukan milik kita. Rezeki dalam dunia ni semua pinjaman dari Allah kan.

Masa tengah makan tu Qery cakap dengan aku..

Q : Jangan jadi macam F ni k. Mungkin la niat dia tulis ni lain tak sama macam apa yang kita anggap. Tapi kalau boleh jangan lancang sangat nak tulis bukan-bukan kat facebook. Kite tak tau hati orang. Berjaya sekalipun, kena hormat orang. Jangan rendahkan martabat orang lain. Paham?
S : Erm...

Tak pasal-pasal kena nasihat. Haha!

Tapi betul la kan? Harini kau berjaya. Mungkin ko akan terus berjayalah. Tapi tak semestinya orang yang tak berjaya tu tak akan berjaya. Mungkin belum sampai turn dia lagi. Mungkin esok lusa minggu depan bulan depan tahun depan turn dia. Gittew. Hehe!

Lepas makan tu tengok wayang cite pontianak vs orang minyak tu. Biasa-biasa je citenya. Boleh la kalau nak buat gelak. Hihi! Nak gelak tahap terbahak tu ada beberapa part je.

Eh kejap. iklan sekejap. Korang yang ada wassap aku dari semalam pukul 6 petang aku tak dapat-dapat tau. sebab wassap adalah problem. Nanti aku cek dengan maxis. Gilo kapo fon aku ni. Kalau aku tak reply wassap korang sampai pukul 10, kepada yang dah bayar pleasee mesej aku no reference, nama dengan alamat terus eh. Sebab aku nak pos lepas solat jumaat.


Skirt yang minggu lepas punya tempahan separuh aku dah pos semalam. Dan separuh lagi plus mingu ni punya few dah siap, aku pos sekali harini. Nanti aku bagi tracking number kat email yeah. =)

Sesiapa nak order skirt, boleh je singgah blog Seqy Couture.
Lagi sapa nak beli losyen lagi, bayar before 3, aku pos harini jugak. After 3 aku pos Sabtu.

Tau tak kat mana rumah urut yang best kat KL ni yang tak payah bukak-bukak baju, ada tak? Pinggang kite tatitttt *duck face*.....aku duduk kat kereta Qery pun asik tergeliat sini sana. Tak selesa la. Dah la tengah flu ni. Minggu ni kite demam tau. Dua hari telan panadol. *mintak simpati lagi, ekekeke*

Kepada yang email pasal iklan tu, sorry. Aku nak reply korang punya email tu, yahoo sedang gila. yang kat gmail tu, tunggu yeah. Aku ada masa sikit aku reply. Dont worry, weekend ni aku pulun reply Ceaaaa pulun konon, bunyi macam beratus orang nak iklan kat ko, padahal sorang dua je. lalalala~~  Apapun, terima kasih kerana memahami. Hehe!

Seperti biasa tracking no cek SINI, aku kan..bersyukur sangat kerana dapat customer yang happening dan baik dan comel dan memahami. Setakat ni semua customer kelakar. Kadang2 buat aku tergelak sorang-sorang. Aku doakan kite semua sihat dan cantik dan yang paling penting gojes. =P

4 comments:

Vee said...

Good post, good self reminder too! 'Being blessed isn't being rich, it isn't being famous nor is it having all the new expensive fashion you desire. Its being Humble and Having Happiness' - unknown

Mimi Sharif said...

Aah, betol kan apa yg Qery ckp... Tu la, kdg2 bila Allah bg kesenangan, tiba2 je jd riak. Allah nak tarik kejap je. Sekelip mata bleh jadi. Moga kita smua dlm golongan org yg bersyukur. AMIN

Anne mahli said...

ye lah kan,its a self-reminder jugak supaya kita tak jadi macam tu..doa kan je lah satu hari nanti kita betul2 berjaya kan sepet,tapi xkan lupa diri.. Ameen..:)

sharifah rosidah said...

Cik Zu

Kalau dah nama nya manusia.....gitu lah perangai nya....mula mula ok tapi bila dah berjaya dah mula meninggi diri...menyombong tak tentu pasal....pada hal kau naik pun atas ihsan orang lain juga...memang lah dia berjaya tapi kalau orang tak beli barang yang awak jual tu...boleh ke kau berjaya...orang macam ni abai kan je lah...biar Allah je yang membalas.

Kat kawasan rumah aunty ni ada akak tukang urut, panggil je datang rumah..senang...kalau setakat shah alam dia nak pergi....kalau kat kl dia tak nak...malas kata nya...tapi dia urut memang best dan lama.