Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 29, 2012

Mangsa anak buah *sangat-sangat mangsa* hihi

 2 minggu lepas, rumah aku dipenuhi anak buah. Yang lelaki ni suka lepas penat main, dorang lepak sekolompok kat tepi tak tau buat apa. Haritu tetiba Ajai dengan Nabil panggil aku. Nak tengok AIM pun terbantut.

'Maksu!! Jom kite main teka teki nak?'

Aku ni standard stok teka teki je la kat mata dorang, kalau tak pun suruh cerita hantu. So rude.. huhu! Tapi aku layankan jugak. Semua macam excited je muka. Tak sampai hati okey cakap malas nak layan kan.Hihi. 

Aku pun bangun la gi lepak dengan dorang. Yang tak fun nya, dorang tau dah semua teka teki aku bagi. Pftttttttt 

Teka teki 1

Aku : Kalau sapa tau jawapan, diam tau. Biar yang tak tau jawab. 
Anak buah : Okeeeyyyyyy!!! *ramai-ramai jawab, sakit telinga haku, huhu*
Aku : Dalam banyak-banyak makanan...makanan apaaaaa yang kite makan tepi dia je. Tengah dia kita tak nak makan pun.
Anak buah : 'Eh kite tau' 'woi dah tau diam ah' 'maksu, bagi la klu' 'peliknya kenapa tak nak makan tengah'

Mereka berkata-kata sesama sendiri. Hehe! Ada yang tau ada yang tak tau. Sekali si Hadif ni *memang tak reti zip mulut* lalu belakang Ajoi. lalu bisik jawapan. Ajoi pun jawab.

'Donut'

Pastu semua anak buah marah Hadif, woi woi apa ni? apa ni?mana aci bagi jawapan.. hahaha! Tak fun langsung.

Teka Teki 2.

Aku : Okey, apa benda yang kite potong, dia tetap panjang. Potong banyak kali pun still panjang.
Anak buah : 'kite tau kite tau' 'woi diam la kita nak fikir dulu' 'apa eh, eii susahnya'

Sekali lagi Hadif melalukan aktiviti dia, kali ni lalu belakang Merah. Merah pun jawab.

'Kacang panjang'

Ko tak rasa nak tendang Hadif? Hahaha!

Pastu aku dah give up.

Aku : Asik maksuuuuu je. Korang pulak la bagi teka teki. Ajai pun bagi teka teki.

Ajai : Ada dua ekor anjing terdampar kat sebuah pulau. Dua-dua nak berenang sampai dasar pantai. Jarak dia jauh sangat. Anjing A selamat sampai, anjing B tak selamat sampai. Kenapa?

Aku pun berfikir.

Nabil : Dah memang ajal dia sampai situ. Jangan la persoalkan kenapa dia mati. Dosa.
Ajai : Salah
Nabil : Itu kan ketentuan Allah.
Ajai : Salah
Nabil : Anjing B dah ditakdirkan mati.
Ajai : Kau boleh tak jangan nak alim sangat. Ni teka teki kot.

Muahahahaha!! Rasa nak lempang diri sendiri.

Aku : Sebab kaki Anjing B dah lenguh
Ajai : Salah
Aku : Sebab Anjing B tak pandai berenang
Ajai : Apa maksu ni..

U so Rude!! Rude!! Hahahaha! Apa ni semua salah..

Ajai : Sebab Anjing A anjing laut. Anjing B bukan anjing laut.

Fioneee....


 Anak buah : maksu, cite la hantu lagi.

Iolls bukan tak nak cite hantu kat dorang ni. Kang sikit-sikit takuit. Nyampah okey. Cite tak seram mana. Siap berpeluk-peluk berdua sampai gigil-gigil *tipu*. Tapi yang peluk tu betul. Hihi!


Yang paling kelakar kan. Aku cite hantu kat semua anak buah. Kiranya semua orang dengar la. Lepas tu nanti, dorang cerita balik sesama dorang. Contohkan, tadi Merah dengan Ayin dengar sama-sama aku cerita. Pastu nanti dorang gi dapur, cerita balik cite hantu tu. Merah cite kat Ayin, Ayin siap takut-takut balik. Apa ni? Tadi takut dah la. Takut banyak kali nape? Hahaha!

Pastu nanti Ayin cite balik kat Merah cite sama. Merah pulak takut. Apakah?? Macam ni pun ada? huhu! Lantak la. Asalkan korang bahagia. 


********************************************************

p/s : Promosi Felinna Inchloss 2 botol Rm120 sampai esok je. Siapa yang nak sila order cepat. RM126 termasuk postage. Beli satu RM75 free postage. Sapa yang dah beli sila sapu sapu sapu sapu dan sapu. Kalau rajin sapu memang boleh kurus. Sapa yang dua hari je sapu lepas tu buat perhiasan, tak tau nak cakap apa. hihi. Kbye! =)

8 comments:

aSmiDar said...

Besnyer ank sdare rmai.

Irfa said...

zaman skolah dulu akak is jeles bila dgr kawan2 citer psl anak buah/sbb akak ank sulung so mana ada anak buah//bila akak kawen pun tkde anak buah sbb adik akak belum kawen lagi.skrg akak dah ada 2 anak buah sbb adik dh kawen.so itu lah kisah akak dgn anak buah ;)

Sue Echan said...

ank buah akk bru 2 org. tu pon da riuh..klw ramai lagi la haru.. hehe..

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

rajin sepet layan anak buah...
pendek kata...untungla ada Maksu cun mcm ni yg rajin melayan budak2 hehehe :D

udez said...

teka teki teka tekuk
ular mati dalam mangkuk..

adoi..bab teka teki memang fail..=.='

eqa sulaika said...

sye pon mcm tu dulu
sngt klakar kod

sharifah rosidah said...

Maksu best nya....ramai anak buah maksu, untung lah korang dapat maksu yang happening.

Tapi kan anak aunty dengan maksu nya cuma beza 3 tahun je...yang kelakar masa grad master...anak aunty dan maksu nya sama sama grad master....dah lah maksu nya rendah je orang nya....ramai kawan2 ingat maksu nya girlfriend dia...

Mya said...

adehh.. sakit perut akak gelak.
comel2 la anak saudara kamu ni