nuffnang

Jun 24, 2019

RAYA 2019 - RUMAH MERTUA

Rasanya tahun lepas aku ada update tak pasal raya? rasanya macam takde je kan. Siyes la pupus ke kenangan raya 2018, haha! Tahun ni kena update balik lah. Kenangan uolls. Kang aku bosan-bosan kang, boleh baca balik, walaupun tetiap tahun sama je. hahaha!

Tahun ni puasa paling kelam kabut sebab aku ada bukak 3 booth jual baju kurung sepanjang bulan ramadhan kan. So macam setiap hari penat dia lain maciam. Selalunya aku sepanjang 30 tahun lepas, bila puasa je badan naik sebab makan macam-macam. Aku tak pernah lagi la kurus masa puasa. Tapi tahun ni kurus wei. Sebab tak sempat pi bazar ramadhan, lepas tu makan pun sekali je, sahur pun tak. Sebab penat nak tidur je malam tu. huhu!

Last day tu memang rumah mak aku tak dan menolong, rumah mertua pun tak dan. Sibuk ke booth je. Itupun dapat balik rumah mertua and rumah mak sekejap2 tunjuk muka walau takde buat apa, haha! 

Qery malam raya tu, dia balik rumah tak tau la pukul berapa, aku rasa 3 4 pagi la kot. Sebab pagi tu pukul 7.30 dia dah siap2 nak pergi sembahyang raya. Tahun ni Qaiser ikut sembahyang raya. Mujur la anak aku ni senang gerak takde drama. Kalau ngikut mak korang ni, drama manjang, hahaha! Tak sah la kalau bangun tak nangis dulu.. 

So aku la siapkan lagi 2 orang anak. Tapi pun tak susah siapkan dorang semua mendengar kata.. Tunggu pukul 9 tak balik lagi Qery dengan Qaiser. Selalu cepat je habis solat raya, tahun ni lambat sikit. So lambat la gerak pi rumah mertua. 

Aku tiap tahun memang camtu la. Pagi rumah mertua, tengah hari rumah mak. Memang dah sign agreement sampai bebila pun macam tu lah. Semua setuju tanpa ada perbalahan. 

So lepas Qery balik, cam biasa kitorang bersalaman-salaman kat rumah. Tergedik-gedik anak beranak dulu. 

Siapkan anak-anak dulu bagi dorang cecantik hehensem.

Baru la mak dia boleh gedik. hahaha!

Baju ni dari Leeyana Rahman. Aku bukan taknak pakai baju Seqy tau. Seqy bajunya semua simple macam hari raya kedua sampai ke tiga puluh. Raya pertama takdan aku buat yang over merelip. Tunggu tahun depan aku buat baju over untuk raya pertama uollsss. okay.

Muka tapir takpe, biar baju over, hahaha!

 Baju belah mertua kali ni nak sedondon. Jadinya raya pertama ni kita ada dua tema lah. 

 Anak beranak dah di ajar ambik gambar. so tak susah la nak ambik gambar keluarga. Mujur apaknya rajin snap pic. Kalau tak haru gak tiap tahun gambar raya hambar, haha!


 tiber besar dah Yurika dalam blog aku kan. Hahaha! 

 Dua orang tu kerje nak memeluk je.

 Yuyu so funnehhh

 Hei bila kita nak menambah anak ni. Lama sangat rehat rasa malassss je, haha!

 Semua tak sabar nak raya dah.




Ok marilah kita ke rumah mertua. Kang bising mak mertua aku lambat sampai, haha! Dorang sejenis salam raya awal, makan awal. pukul 10 pagi tu dah makan la. Tapi sebab tahun ni habis lambat solat raya. Jadi pukul 9.30 camtu kot kitorang baru gerak rumah mertua.

 Gambar terabur dont care.

 Tahun ni jugak ada drama air mata sikit lah. Yang penting bukan aku lah yang buat dramanya. hahaha! Tapi kejap je, mana boleh sedih lama-lama. Seminit pastu semua gumbira.



 Ko tengok si kenit tu anak nombor 5 aku, geram comel pakai turban. 




 Yang belum laku lg. Silakan siapa nak lelong lelong, hahaha!

 Orang tengah salam dia sibuk main beyblade.


Sampai dua kali pic Cepul. Bebetul promote suruh dia kawin ke apa. haha!

 Kain dorang je satu gelung, iolls kain bunga2. kahkah! Taknak segelung murung nanti.



 Ko tengok si Fieya, dia bukan tau anak dia kat mana tu. Dia ingat posing dia je. Bertuah punya mak. hahaha!











Adik beradik semua lelaki, hambar wei dorang. hahaha!

 Mujur ada menantu, ops. hahaha!






 Mak mertua aku kata, pening la aku dengan si piya ni. Walaupun pening, tapi tetap menantu peveret kan, kahkahkah!

 Dorang ni ada hubungan love hate releationship. kekeke!


 My pak n mak mertua.



 Acah sweet, yang sebenarnya aku dengan Qery memang tak sweet pun, hahaha!








Pediaaa banyak gila gambar aku. Aku sendiri muntoh tengok, hahaha! Habis beraya rumah mertua. Gerak balik rumah tukar baju. Jap lagi pukul 1 perjumpaan rumah mak Kg Cheras Baru pulak..

No comments: