nuffnang

Jun 26, 2019

RAYA 2019 KCB - FAMILY NOH

Disebabkan tahun ni fullhouse, semua adik beradik ada berkumpul. Jadinya lengkap lah nak cerita kat korang pasal adik beradik aku ni. Arwah abah je tak ada, tapi tetap dalam hati semua. Kalau nak kenang memang sedih la, tapi sebab kita nak happykan mak takmo dia sedih tiap kali nak raya, so anak-anak buat sehabis baik la even memang anaknya perangai memasing mata ke atas, hahaha!

 Ini abang, tahun ni umur dia 50 tahun. Baru 2 tahun kawin dengan Kak We (orang Kedah). Dorang ni tinggal kat kedai mak. Tingkat bawah mak buat 2 rumah sewa. So abang duduk situ la. Abang takde anak, tapi Kakwe ada 7 orang kot, ke 6 orang anak. Ke 8 orang, entah la aku tak sure sangat, ritu Kak we ada cerita tapi lupa sudah. Melayu mudah lupa kenn.. kekekeke! Kak We sangat baik, sangat pandai masak, selalu masakkan Laksa untuk adik beradik kami. Anaknya besar dah, sebab dia lebih tua dari abang, so anaknya besar dah la. Anak last tak silap umur pun dah 23 24 camtu aku tak ingat. Kiranya jodoh kali kedua dengan abang. Abang aku kawin lambat umur 48 baru kawin. Gicuuu..

Family Akak. Anaknya 4 orang. Dari kiri, Darwish (manja gila babeng ni wei), Danial (Ni pun manja tepuk dahi aku nengoknya, haha), Abangah, Mak, Akak, Iqa (paling tua, so paling kesian la haha), Angah (ni paling ganaih tapi hati kecik,haha)

Ni semua dulu opah jaga. Korang kena selalu datang tengok opah tauuuuu.. Haih dulu aku jaga bebudak ni (jaga la masak, suap, basuh berak, bawak pi shopping mall naik taxi, haha). Dorang ni dulu tiap hari ada je kat rumah opah, maknya hantar. Kadang sampai malam tak balik-balik lagi. Aku yang bila korang nak balik ni? Hahahaha! 

Jaga bebudak ni senang, perangai tak de la nakal mana. Biashe biashe je. Cuma zaman kecik aku sekejap je la. Zaman jadi anak bongsu sampai umur 6 tahun je. Lepas tu dapat dah anak buah, lepas tu bersambung-sambung dapat anak buah sampai sekarang, aku je yang beranak. hahaha! Walaupun orang kata anak bongsu manja. Benonya aku 6 tahun dah tak bongsu. Siap jaga anak buah ramai 9 orang lagi tau. Tapi tula. Jaga dorang ni, mudah banyak jaga anak sendiri. Pengalaman mendewasakan acegituuu cite dia, haha!


Ini family Kaklang. Dari Kiri Ajai (halah budak kuat nangis masa kecik, nangis dia boleh bersambung-sambung sampai kalau jiran aku pun tau dah siapa yang menangis tak berhenti tu,haha), Ayin (punya nakal masa kecik, ingat balik geleng kepala haha), Banglang, Mak, Kaklang, Ajoi (paling senang jaga, macam Qaiser senang giler)

Bebudak ni pun aku gak jaga. Tapi sebab perangai sorang-sorang baik je. Ayin ni dulu feveret Ceera. Asik berkepit je dua orang ni. Aku jaga tu takde la jaga sorang. Mak aku yang jaga sebenarnya, tapi aku tolong2 la kalau mak takde, mak keluar, mak gi kedai. Gitu.

Family Kakcik, dari kiri Nabil (anak bertuah yang asik tidur je), Qayyum (so funny dia ni, malas nak cite je haha), Bangcik, Mak, Kakcik, Merah (pemalu hashtag konon), Hadif (manja jugak ni)

Anak kakcik kejap je jaga. Sebab dia sekejap je duduk area rumah mak. Lepas tu dia duk klang jauh. Tapi family ni semua pun lawyer, lawyer buruk. Hahaha!

Family Ode. Dari kiri Hakim, Ode, Mak, Kak ida, Tika, Mia

Dorang ni aku tak jaga dah. Tapi masa sebelum kawin dorang selalu datang rumah so selalu la main borak2. Masa tu Mia kecik lagi, Hakim pun kecik selalu kulit dia merah2 naik allergy masa kecik. Besar ni dah banyak kurang, tapi still ada gatal2 kalau berpeluh atau kulit kering sangat.

Anak Ode pun semua baik belaka.

Family Andak , dari kiri Anoi (ratu nangis masa kecik dulu haha, sekarang helok), Bangndak, Mak, Andak, Nisa (kakak kesayangan Qaiser dan Runako ni, haha)

Aku takde la jaga anak andak, tapi masa tinggal rumah dia 3 bulan (praktikal kat KPJ Seremban), masa tu Nisa kecik lagi. So sempat la rapat sekejap dengan Nisa.

Family Ceera, Dari Kiri Yunnan, Keisha, Ciput, Mak, Atam, Bunyamin

Yang kekecik ni langsung la tak pernah jaga. Sebab Atam pun tak pernah hantar ceras suruh mak jaga. Plus dia pun suri rumah. So memang dia lah jaga sendiri anaknya. 

Tapi mujur la tahun ni, Ceera beli baju warna hijau. Kalau tak sebelum ni, asik kena carut je warna dia tuuu..

Family Ayie, Dari kiri Aira, Ayie, Mak, Kak Ninie, Atuf.

Dorang ni pun aku tak jaga. Jumpa kalau datang Ceras la. Anaknya pun baik sungguh tak de pepelik perangai. Hahaha!


 Family Zuhana kena lebih sikit gambar, hahaha!

Dari kiri Qaiser (kemain kaki dia wei, haha), Qery, Mak, Aku , Yurika (sejenis diva) dan Runako.

Family beshe beshe je ni. Tengok baju aku warna tak sama dengan yang lain. But dont care. Hahaha!Selama ni dah berkorban pakai je baju apa pun nak sama warna dengan anak2. But no more kali ni ye. Bagi can mak ko nak baju lain sikit. kekeke!!

 Cukup 9 orang anak mak. 


 Menantu mak.

 Cucu mak




Keluarga Noh + Hasmah. 

Entah la berapa orang tu tak koser aku nak kira. Hahaha!

Selamat Hari Raya uollssss... Muah!!

No comments: