nuffnang

May 16, 2018

Sepet Jalan-Jalan : Penang Part 2

Lamanya peram entry ni, kalau nak tengok part 1, KLIK SINI. Part 1 cerita homestay je. Sebab homestay cantik, jadi kita up satu entry terus, haha!

Percutian kat Penang, itinerary memang full sampai ke malam. Sekarang dah kena rancang perjalanan. Kalau jalan berdua boleh la free and easy, tapi kalau bawak anak-anak kena plan betul-betul supaya percutian jadi best. 

Dulu anak sorang aku tak plan pun, nak jalan baru kedek-kedek google apa yang best. So bila di hari kejadian kelam kabut la, kedai tutup la, takpun tak sesuai untuk budak la. Lepas tu jadi stress sebab nak kena fikir nak pergi mana. Gitu. Jadi sekarang dah bijak dan dah rajin sikit. Sebelum berjalan memang dua tiga hari jugak la aku study nak pergi mana, kalau tak sempat pergi situ nak pergi mana, tengok map mana yang dekat dulu, lalu mana yang boleh sehala terus singgah. Gitu sekali. Hahaha!

Kat Penang ni, kalau kau backpacker lagi mudah sebab semua dekat-dekat. Jalan kaki je senang. Tapi sebab bawak anak, kena lah naik kereta nak ke satu satu tempat. Laluan kat Penang memang lain sikit dari KL. Laluan lorong dia pun kecik nau, takde signal takde apa tetiba ada lorong, hahaha! Jadi kena alert lebih sikit. 

Hari kedua kitorang, pagi-pagi dah menuju ke Roti Canai Transfer Road. 

Kalau korang google memang katanya tempat wajib la tu. Memang ramai sangat manusia, tapi Insyaallah ada je kerusi and meja. Kalau tunggu pun tak lama. Kitorang datang memang rezeki kot, ada satu meja kosong, muatlah anak beranak duduk.

 Dia gerai tepi jalan je tau. Korang jangan la fikir kedai dia helok ada penghawa dingin bagai. Dia stall kat luar tepi jalan ala mamak.


 Aku tak merasa secubit pun roti ni. Dah la yang ni orang kata paling sedap. Qery lah salah. Dia gi order satu je. Lepas tu dia habiskan sorang tak tengok kiri kanan. Geram sampai harini okay, hahaha! 

 Kuah banjir. Pencinta roti canai kuah banjir memang akan suka lah. Untuk aku, aku tak suka banjir sangat, kari suka, tapi tak suka yang pekat melampau. Apa pun still sedap.

Kalau korang terlepas atau korang tengok gerai ni ramai sangat, actually berdekatan dengan gerai ni, ada beberapa lagi stall mamak jual roti telur goyang tu, ada dua gerai kot. Pun sedap jugak (ini kawan-kawan aku bagitau la)

Habis makan situ, naik kereta gi singgah stesen isi minyak, aku nak memerut. Masalah negara betul. hahaha! Itulah masalah aku, memang kalau makan pagi, terus sakit perut. Sebab tu kalau pergi memana, aku jarang makan sarapan yang beriya nau.

Lepas tu terus singgah Rumah P.Ramlee. 

Tak perlu bayar, just masuk je untuk tengok-tengok. Untuk yang suka sejarah tu boleh la singgah. Rumah PRamlee memang dorang jaga elok. Cantik je lagi. 




 Hahaha! Qaiser pun ikut je la apaknya suruh cangkung situ. Runako takleh bincang. Orang suh diri ketuk pintu, dia dah kemana-mana, haha!
 Dalam bangunan ni adalah sejarah PRamlee, berapa banyak filem dia buat, berapa lagu. Aku tak baca, sibuk mengejor si Runako berlari-lari dalam tu. Nasib takde orang. Kalau tak pitam mak ko.

Lepas tu kitorang pergi Padang Kota.

Ini takde dalam plan, kitorang nak ke Penang Time Tunnel, tapi terlajak. Pastu benti jap bagi bebudak ni duk tepi laut. Aku tak turun nyusukan Yurika. Mintak Qery je bawak bebudak berjalan berlari kat sini. Tempat ni santai jugak lah kalau korang nak lepak.











Habis lepak situ, kitorang terus ke Penang Time Tunnel.


Tapi tak masuk, sebab decide nak masuk tempat lain. Dalam ni macam biasa lah gambar lukisan 3D, kitorang dah selalu masuk. Ecewah berlagak hawau betul. Haha! Takde la selalu, tapi ada lah 3 4 5 6 kali masuk yang sejenis 3D ni. Decide tak masuk sebab aku fikir kecik je kawasan dia, sebab rumah kedai je kan. So kita pergi tempat yang lebih besar.

Terus menuju ke Made in Penang Attractive Museum
Korang tengok gambar je la eh.





















 Sampai tak larat nak ambik gambar, huhu!

Lepas tu kitorang pergi Restoren Sup Hameed


Snap gambar dengan basikal besar ni dulu. Huhu!

 Sesungguhnya aku tak dapat makan dengan tenang, sebab Yurika meragam. Haha! Tapi Qery kata sedap. 





Uih, belum habis hari pertama benonya ni, hahaha! Sambung next entry la. Kang muntoh tengok gambar.

p/s : Pencinta Seqy, HQ akan buat kombo special untuk merchandise Seqy sahaja.
Nak tau harga meh wasap terus. Kita bagi special Price. Wasap KLIK SINI.

2 comments:

syakirah izwanie said...

Wow bestnya. Memang ada niat nak pi Penang dengan kawan2. Terima kasih untuk entry ni. At least membantu juga plan nk pi mana dulu hahaha. Selamat berpuasa buat penulis dan seluruh keluarga :)

Siti Nurhayati Dollah said...

alahai comel je gambar dua beradik tu. Pandai pulak posing tu