Jalan-jalan bersama Team Seqy HQ

This month ada sorang staff HQ nak berhenti kerja. OMG im so sad la. Bukan apa, staff Seqy ni semua di kalangan keluarga aku, haha! 

Staff  pertama kitorang visi dia HIDUP DAN MATI BERSAMA SEQY, iaitu Lina. Walaupun Visi dia tu cam nampak nau nipunya, hahaha! Lina ni biras Ceera. Memula tu takde la rapat pun. Memang tak rapat langsung la kiranya ni. 

Ceera tu adalah kakak kandung aku, untuk sesiapa yang tak tau. Lina adalah biras Ceera. So macam family aku jugak la kalau bau bau bacang kan. Memula nampak Lina kalau tak silap masa belum kawin, time tu teman Qery main bola padang. Tahun 2009 la kot. Tapi tengok dari kejauhan je la. Lepas tu Lina kawin kitorang pergi sebab suami Lina tu bff Qery. Dorang ni complicated sikit, susah aku nak terangkan, hahaha!

Then masa aku ada Qaiser, Qery mintak Lina untuk update Ig Seqy. Masa tu la pun baru nak bercakap, tahun 2015. Lama kan, hahaha! Aku memang spesis lambat mesra. Lagi-lagi dah duk rumah berapa tahun tak bercakap dengan orang. Brain pun slow sikit nak function. Kekeke!

Lepas tu, staff ke dua pulak Iqa iaitu anak buah aku sendiri. Cumanya Iqa ni dulu dia part time. Kerja dia just update instagram SHE. Iqa kerja dengan Seqy since 2016, tapi start masuk ofis tak silap bulan September 2017.

Lepas tu Fieya, my biras kesayangan. Eceh..kena la sayang. Itu je la biras aku pun. Hahaha! Dia macam Love me Hate me jugak, sebab dia telah merampas takhta menantu kesayangan. Sekarang mak mertua aku sayang Fieya lebih. Sebab taraf cikbawang Fieya memang saing mak mertua aku. Dorang kalau borak, kakak tak berani campur. Seram tahap dia tak tertanding, hahaha! Fieya masuk ofis tak silap awal Feb 2017. 

Sekarang ni yang nak resign adalah Iqa. Sebab rumah dia jauh beno. Hari-hari naik MRT dari Sungai Buloh ke Cheras. Sejam nak gi kerja. So kesian la kan, kita terima la resignation dia walaupun berat hati nak melepaskan. (jaga hati iqa sebab tau dia baca ni, haha)

Sebelum Iqa benti, jom la kita bawak dorang jalan-jalan. Atleast ada lah kenangan manis dia nak ingat bila bekerja dengan team Seqy.

Kitorang bawak dorang pergi.

MAPS - World of Tambun - Cameron Highland. 4H3M.

Nak cerita tapi cek fon rupanya tak banyak pun kitorang ambik gambar. Sibuk memasing ke sana ke sini excited sampai lupa nak ambik gambar. Kami plan nak ke Maps dulu, sebab Maps bukak sampai malam. So Selasa tu konon nak gerak seawal jam 9 pagi. Tapi kau tauuuuu, tetiba kereta Qery takleh start. Aduiiiiii...

Yang peliknya, minggu lepas baru je servis. Rupanya bateri kong. Terus ke bengkel, Qery mintak cecepat tukar bateri, lepas tu tanya la dorang kenapa masa servis tak tukar bateri. Dorang pun ter em em em em tak tau nak jawab apa. Hahaha! Kereta Qery pulak hari kejadian nak pergi tu baru nak start. Sebelum ni pakai Alza, sebab Mazda baru servis so takde la nak cek lagi ke apa. Itulah orang kata benda nak jadiiiiiii... Last-last pukul 10 gak kami gerak.

Kitorang dah plan, sebelum sampai Maps, berenti makan kat nasi dalam buluh dulu. Eh aku tak tau la apa nama dia. Tapi dia tepi highway je. First time la makan sana. Ok jugak boleh repeat. Parking je la susah sikit. 

Tapi lupa ambik gambar. Sebab kelam kabut kitorang bawak 6 orang budak, hahaha! Jadi dia cam, budak-budak keutamaan kami. Kena jaga mood dorang dulu. Itu sebab tak nyempat ambik gambar. Yurika ratu lilin. Takleh panas sikit kepala peluh tak hingat, haha! Qery masuk kereta rescue Yurika dulu, yela tempat makan kat bahang dia lain macam sikit. Dengan orang ramai, pastu kipas anje-anje, cuaca pulak memancor-mancor. 

Aku jaga Qaiser n Runako. Budak dua orang ni kalau dengan aku mula lah mengada terlebih. Kalau dengan Qery helok je perangai. Dengan aku, nak dukung la, nak lari la. Lepas tu takleh jadi. Aku bawak jugak bebudak masuk kereta. Memang tak dan nak capai fon pun. Hahaha! Memasing nak cecepat makan. Nak masuk Maps. Bebudak dah tak sabar nak main.

6 orang budak tu adalah. 
3 orang anak aku.
1 anak Fieya (Diaz)
2 anak Lina (Orked and Keisha)

Family Kecik Seqy Beauty.

Panas berdenting. tapi posing tetap posing.

Disebabkan aku dah pernah masuk and dah cuba banyak jugak game dia. So kali ni masuk just teman dorang la. Tengokkan bebudak. 

Untuk uolls yang tanya best ke tak, aku nasihatkan better korang pergi bila dah complete semua game bukak. Sekarang still ada yang belum bukak lagi. Tapi kalau cam nak cuba, silakannnnn. Best sebab dia bukak sampai malam. Jadi takde la kelam kabut. Lek lek je main game.

Yang ni masuk glow in the dark. 







Ala takde banyak gambar. Rugi pulak rasa tak banyak gambar. Huhu! Kitorang masuk mula-mula yang pertunjukkan drift kereta n motor tu. Best sangat, cuma bising sikit la. Bising pun Yurika lena tidur. Hahaha!

Lepas tu kitorang terus pergi tempat mainan untuk bebudak. Sebab risau kang hujan dah tak boleh main.
 






Mainan budak yang outdoor dia tak berapa banyak sangat. Untuk baya Qaiser n Runako tak banyak boleh main. Tapi Qaiser banyak ngelat. Masa orang tu ukur, dia jengket. haha! Sabo je la.

 Lepas tu kitorang beratur sejam nak masuk The Smurf ni. Erm takyah masuk pun takpe kot yang ni, hahaha! Takde apa pun. Baik masuk Boboiboy, 10 kali ganda best.

Sebelum maghrib, kitorang decide balik. Tak sure la aku sebelum maghrib ke atau lepas maghrib. Balik singgah bungkus nasi goreng udang. Tak mampu dah nak makan kat luar. Bebudak pun masuk kereta terus tido. Kepenatan la berjalan sakan. Qaiser Runako tak pakai stroller. Dorang memang jalan sepanjang hari. Tu yang masuk kereta memasing mintak susu. Pastu tertido jap.

Malam lepak bilik je, cas tenaga. Esok nak mandi kat Tambun pulak.

Pagi Rabu tu kitorang keluar rumah pukul 9, singgah makan kat dimsum. Pun lupa snap picture. Sibuk makan, hahaha! Lepas tu terus ke Lost World of Tambun. 

Tiket Fieya and Lina memang dah siap-siap beli. Jadi mudah banyak la. Kitorang takyah beratur ke apa. Pastu tak silap dapat murah kot sebab beli dari agen. Tambun aku tak pernah sampai, best jugak la. Terasa nak repeat lagi, tapi kena pergi ramai-ramai baru syok.

Semua dah siap-siap pakai baju mandi. Masa makan dimsum tu pun kitorang memang pakai baju ni, hahaha!


 Yurika first time mandi manda. Mula-mula je terkejut. Lepas tu dia seronok main air.








 Mak Diaz tak dapat di kenal pasti kemana arahnya, hahaha!

  Tak lama pun bebudak ni mandi.

 Yurika basah-basah pun tidur. Masa dia tidur ni, Fieya tolong pegang jap. Cecepat aku pi tukat baju.


Kitorang balik dalam pukul 5 camtu kot. Itupun masuk kereta semua budak tidur. Kitorang pun lega sikit kalau bebudak tidur, hahahaha! So malam tu bungkus je makanan..

Ekceli, dorang ni decide nak balik esok. Cameron tu 50-50 je la nak pergi. Aku tak kisah mana-mana pun okay. Tetiba malam tu Lina masuk bilik ajak gi Cameron sebab kalau balik rumah, lakinya takdok. Hahaha! Ok  moh kita ke Cameron esok.

Cerita ke Cameron next entry. Sakit dah pinggang aku menaip. Dah tua ke apa tak tau lah saya. Byeeee

Comments