Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 15, 2016

Merindui Arwah Abah

Kali terakhir sambut hari bapa
Aku rasa, orang yang dah melalui kehilangan mak ayah je yang paham perasaan ni. Rasa tak complete.  Rasa ada yang kosong.

Masa aku tingkatan 3, abah pernah sakit teruk. Abah sakit dada masa tengah jaga kedai, aku ingat lagi masa tu dah malam. Aku tengah masak maggy kat dapur. Sekali emak bagitau abah terjatuh kat kedai. Aku terus tutup api, berlari naik kedai. Abah masa tu shaking separuh badan. Dada sakit. Then jiran tolong hantarkan terus pegi hospital. 

Aku pulak esoknya ada exam PMR paper English. Tak boleh fikir apa dah. Duk tunggu kat luar gelisah. Dalam hati tu doa macam-macam. Janji dengan Allah pun macam-macam. Dulu aku selalu mengeluh kalau abah mintak urut badan dia. Pastu aku janji la dengan Allah, kalau abah sembuh, aku taknak ngeluh dah. Aku urut je. Huhu!

Alhamdulillah lepas tu abah sihat. 

Tapi aku cam trauma sikit lah. Tiap kali balik sekolah, aku cakap kat diri sendiri. Abah dah tua sangat, kalau abah pergi aku kena terima. Tak kisah abah pergi bila, aku kena terima. Aku lahir2 abah dah 46tahun. Masa aku tingkatan 3 abah dah 61 tahun. Lama gak la aku selalu termenung, bukan sehari dua, tapi berbulan gak, nak prepare mental dan fizikal. Aku risau kot tetiba dalam masa terdekat abah sakit lagi. Camtu.

10 tahun lepas tu, abah sakit balik, kali ni memang dapat tahu kanser paru2 stage 4. Sebelum dapat tahu pun aku dah prepare siap-siap untuk terima apa je kemungkinan. Bayangkanlah masa tu dah nak kawin, abah dah teruk. Boleh tak masa nak kena jumpa imam untuk setelkan dulu borang and bagi ic then nak kena sign dokumen, abah tak nak ikut. Huhu! Dia kata abang2 aku wakilkan dia je. Mana boleh kan, mesti lah dia kena ikut. Orang paling penting pulak tu. Masa tu abah ingatan dia dah 30% lost. Padahal berapa ramai anak dia dah kawin. 

Masa abah meninggal, memang alhamdulillah aku dapat kawal emosi kat rumah mak. Rumah mak je lah, hihi! Balik rumah sendiri aku nangis sorang-sorang jugak. Cuma aku tak nak nangis depan mak. Nanti mak kesian kat aku. Yela masa tu aku mengandung 4 bulan. Mak mana yang tak sedih tengok anak dia sedih. Dah la anak bongsu pulak tu. So aku try untuk bertenang setenang tenangnya. huhu!

Sekarang ni, memang redho je abah dah tak ada. Kat telinga tu teringiang2 suara abah panggil aku. Kalau tetiba merajuk dengan Qery, mesti rindu kat abah sangat. Kalau demam pun teringat kat abah, sebab aku sampai besar pun kalau demam abah yang hantar gi klinik. Huhu!

Ni dah dekat nak beranak, lagi lah rindu. Seronok kalau anak-anak dapat kenal atuk dia. Tapi bukan rezeki anak-anak aku. Tak ngapelah. Semoga arwah abah tenang kat sana. Diberi pengampunan atas segala dosa. di berikan syurga, di kelilingi orang2 beriman. Aminnnn =)

6 comments:

ceciter..ceciter said...

Nangis kite bace post sepet pagi jumaat ni....semoga arwah abah sepet ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh....kalau arwah abah sepet masih ada mesti dia bangga dengan kejayaan sepet sekarang ni....selamat maju jaya utk sepet dan selamat bersalin..semoga Allah permudahkan urusan sepet

IQ = Iez Qis said...

Amiin..

IQ pun dapat rasa yang sama, cuma IQ kehilangan ummi IQ bulan 1 lepas. Mengejut. tetiba diserang strok, dan koma dua bulan..lepas tu dia pergi...umur arwah baru nak masuk 52tahun tahun ni..muda lagi...masa tu iQ baru lepas pantang anak pertama...kejap je arwah dapat main dengan anak IQ..

sedih...tapi kena redha dia pergi...Al-Fatihah...

InaYusoff said...

kami beberapa tahun fobia nak celebrate besday ahli keluarga...
sebab tak penah penah kitorang celebrate besday abah..kitorang celebrate...lepas tu abah pergi..

bagi kitorang..bila selebret besday..
itulah tahun terakhir hidup..

tapi lame-lame kami positifkan diri..

:)

rindu abah..

orang lain ada abah lagi..tapi kami dah takde..

lain macam hidup ni rase..

Anem Arnamee said...

Rindu dekat arwah abah saya juga. Tapi itulah saya belum kahwin pun lagi ni untuk sempat dia tengok. Apa pun kita doakan untuk mereka di sana. Moga terus dirahmati, insya-Allah. :)

sya mimie said...

Sebak pula bca. Wlpun mak abh kita masih ada, tp bila dh kawin, kita dduk jauh dr dorang. Mak abh kt ipoh. Kita kt n.9. Nk blik selalu x blh. :(

Shima Shafii said...

sabar ye sepet, akk baru je alami, yaAllah memang pedih untuk hadapinya...