Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 12, 2016

BOOTH SEQY BEAUTY 3.0 2016 (PART 2)

Hari kedua bukak booth kat Shah Alam, tukar baju putih pulak lah.Yang penting tudung hijau. Huhu! Hari Ahad aku dengan Qery datang ngam2 pukul 10. Eh pukul 10 lebih, haha! Bangun dah awal, Qery pulak bersiap lambat beno. Jadinyaaaaaaaaa lambatla mak hencik sampai.

Bebudak ni dah sampai dulu. Dorang dah susun sesiap semua benda. 

Macam biasa bergambar dulu. kekeke!


Sebelum aku masuk dewan, bungkuskan dorang roti. makan dulu ye semua orang sebelum bekerja. Nanti perut lapar, sian. Huhu! Bersilalah semuanya. Korang makan roti ye, Kak Sepet makan bihun goreng telur mata. Jangan mintak nanti tak cukup, kahkahkah! 




Macam biasalah pepagi dah gerak gempur. Masing-masing mencari customer.

Tapi kebanyakkannya customer yang datang cari dorang, haha! Terus nak beli.





Hari Ahad bizi sikitlah, sampai aku pun tak sempat nak update instagram sangat. Sebab kebetulan ada kakak ni datang interview kat booth. Nak masukkan Seqy Beauty dalam surat khabar katanya. Nak jumpa aku and Qery asik bizi memanjang, haha! Sampai kena datang booth. Kekwat gila kan Si Sepet ni, the very not good. 

Bincang kemain banyaaaaaaak dengan kak editor ni, suka sebab dorang baik sangat. Nak tolong anak melayu yang baru nak cipta nama. Alhamdulillah sangat di kelilingi orang yang baik hati. Padahal aku bukanlah baik sangat. Seperti biasa, syukur selalu, kekeke!


Petang sikit pukul 3 lebih gitu pegi makan tengah hari jap. lagi sekali staff handle. Eh bukan staff, tapi biras aku handle, haha! Tak pasal2 kena tolong jagakan booth. 










Ha pukul 4 gitu sampai terus bergambar dengan customer, huhu!


Petang2 sikit tak ingat lah pukul berapa, rasanya lepas aku turun solat, staff cakap kakak aku datang. Rupanyaaaaaa Stokis Ira Noh ni datang. Tapi kejap sangat datangnya. Baru balik dari PD, penat lettew. Datang kejap ambik gambar, round-round pastu balik. huhu!



TQ roomate kita masa kat MSU pun datang support.


Hakak yang sorang ni... Memang datang masa aku kawin, bukak booth kat globe dulu pun ada datang, terus kena marah dengan aku sebab beli setahun sekali. hahaha! Tak pasal je dah la datang nak membeli, tetiba kena marah, pastu siap janji lagi 6 bulan beli lagi. Awas ye kak, lagi 6 bulan tak beli siaplah! Kekeke!


Masa ni tak ingat borak apa, tapi aku tanya Qery mana Lina. Sebab lama sangat Lina menghilang. Kalau dia keluar rehat takpe tak kisah. Aku risau dia pengsan kat mana-mana takde orang perasan ke apa kan.

Bukan apa uolls, petang tu kitorang ada cek kesihatan kat satu ustaz ni, dia ada bukak booth gak. So dia cek la tangan kami ada sakit apa semua kan. Si Lina ni Ustaz cita kalau dia tak jaga kesihatan, mungkin lagi beberapa tahun akan ada masalah jantung. Cuak la memasing pun. Tu yang dia hilang aku risau, eh dia ni sakit jantung secara tetiba ke apa kan, haha! Choii sangat mulut.

Tapi Qery cam buat tak tau je pertanyaan aku tu. Qery kata Lina dengan Cepol dedua takde. Bila dia cakap camtu aku cam lega sikit. Kalau Cepol ada dengan Lina tak apa lah kan. Jadi apa2 ada orang tau. Gittew.


Lepas maghrib semua cam merehatkan diri jap kat booth.


Tengah syok posing2, sekali semua orang nyanti lagi happy befday to you. OMG!!

Tanjat kita, hehe! Ni Qery punya kerja la kalau bab terkejut2 ni. Huhu! Dengan bunga lah, belon lah, kek lah. Patutlah Lina takde, dia gi beli semua ni. Haha! 

Habis semua booth-booth sebelah terintai2, apa kena lah Seqy Beauty punya staff ni memekak je, hahaha!

Alalala, so sweet laki sapa lah ni. Pastu kan aku cam lek lek takde perasaan. Qery tanya tak happy ke? Ehhhhh mestilah happy kan. Takkan lah nak pelok ciom dia kat situ. Tunggu lah balik. Krik krikk krikkk.. Hahahaha!

Dah lamaaa tak dapat bunga. Suka sangat bunganya cantik.

Dorang semua tauuuuuuuu, patutlah dorang asik berkeliaran kat booth. Selalunya dorang jenjalan sana sini cari customer. huhu~




Pastu suruh potong kek, bagi booth2 sebelah sekali. Uih pestime kita sambut kat tempatawam cenggini, malu tau. haha!

Lepas sambut befday, terus ada customer.







Lagi sejam nak pukul 10, sekali bebudak ni kata nak beli produk Seqy, kawan2 pesan katanya. 


Semua pakat beli pulak tu. Hihi!

Pastu kita tutup kedai awal lah cam biasa, sebab dah penat gila. Kemas-kemas pukul 9.45 camtu setel. Balik tu singgah makan jap. Pukul 11 gitu ambik anak rumah mertua. Sampai rumah loading barang, pastu terus terbungkang tido. Huhu!

Setiap booth lain pengalaman yang aku dapat. Banyak benda baru yang aku belajar. Tak semestinya kita dah lama meniaga online kita tau semuanya. Orang meniaga berpuluh tahun pun kalau silap jalan melingkup jugak. Kalau aku ada salah, ada kekurangan kat mana-mana, tegurlah dengan baik. Ilmu kadang2 kita dapat dari orang yang lebih muda. Macam aku, banyak aku belajar dari staff cara dorang bekerja. Aku banyak mintak pendapat orang kalau aku tak mahir. Jadi bos tak semestinya tau semua. Cuma jadi bos kau kena cekal hati lah. Kena banyaaaak bersabar dengan kritikan, kena berfikir untuk semua orang, kena pasrah kalau rugi, kena sentiasa ada idea baru. 

Doakan yang terbaik untuk Seqy Beauty tau uolls. Supaya Seqy boleh pergi lebih jauh, setanding dengan jenama-jenama terkenal dunia. Gittew angan-angan aku, haha! Muah!!

2 comments:

zeera lily said...

best best !

kak moon said...

Hahaha.... insyaAllah tak smpai 6 bulan hakak repeat ye dik...