Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 13, 2016

Macam mana nak jadi positif?

Wow! Macam nak bagi ceramah pulak tajuk tu. Huhu! Aku ni pandai menaip je, bila orang suruh bercakap memang kelaut. Self konfiden masih kurang lagi, sifat pemalu tak bertempat tu ada 80% kot dalam diri. Tak reti nak susun ayat, bukan apa. Sebab mulut aku ni kalau tak jaga memang puaka tu boleh tahan gak. Hahaha! Qery tau lah aku ni kalau sound orang macam mana. Tak bagi sikit-sikit. Memang padu habis. Sebab tu aku selalu berjaga-jaga kalau bercakap dengan orang. Taknak orang kecik hati, kalau boleh kata-kata yang aku keluarkan tak kecikkan hati sesiapa. Gitu.

Korang kata aku positif. Actually aku tak ada lah macam baik gilaaaaaa. Haha! Aku pun ada gak sifat prasangka, marah, memberontak, tak puas hati, degil, bla bla bla. Cumaaaaaa aku dari dulu memang dah di ajar bersangka baik. 


Contohnya lah, kalau ada kereta laju gila, tercucuk2 orang depan. Aku selalu suruh Qery anggap yang dia dah tak tahan nak terkencing, takpun bini kat rumah nak beranak dah. Gitu. Memanglah dalam hati, eh pemendalah kau ni nak lelaju, depan tu traffic light jugak. Hew hew hew! Tapi bila berprasangka baik, kita dapat kawal la sikit kemarahan tu.

Apa lagi contoh? Kalau kita buat something tapi tak sama dengan apa yang kita plan. Paham tak, ni contoh untuk aku lah. Kononnya aku nak kilang keluarkan produk A bulan April, tapi tak siap-siap. Lambat lah itulah ini lah. Kalau ikutkan memang rasa nak marah je kan. Tapi anggaplah itu bukan waktu yang sesuai untuk dikeluarkan. Mana tau kalau keluar bulan April tapi produk kelam kabut buat, then tak berkualiti. Semua yang jadi mesti ada hikmah. 

Dulu, aku ada lah beberapa kawan yang suka ambik kesempatan di atas kebaikkan. Wahhh baik lah sangat kan, hahaha! Menggunakan kita atas kepentingan sendiri. Tapi bila kita sabar, bila kita redha, bila kita terima setiap kekurangan orang, bila kita memaafkan. Percayalah rezeki kita jadi berlipat kali ganda. Hati akan rasa tenang. Banyak laluan rezeki yang datang secara tiba-tiba. 

Nak gaduh-gaduh kat dunia buat apa. Sementara je kan. Kat dunia ni lah kita nak cari kawan-kawan, supaya kawan2 boleh doakan yang baik-baik untuk kita sekali. Macam korang yang selalu doakan Sepet berjaya dunia akhirat. Aminn. Eh? haha! Tetiba terdoa pulak. Kekeke! Korang memang baik sebab selalu support aku. Walaupun aku memang kekwat kat alam cyber. Selalu je tak balas komen korang. Bukan taknak balas tau, kadang tu korang komen cakap cantiknya Sepet. Aku nak balas 'Tau takpe', haha! Tapi cam tak sanggup pulak. Tu yanggg krik krikkkk je. 

Titik hitam dalam hati kita ni bahaya tau. Aku rasa kalau boleh scan hati aku ni, dah hitam pekat likat kot, haha! Yelah dalam bersangka baik aku pun kadang2 tu ada je suara kecik yang berkata-kata dalam hati. Cuma tak diluahkan je. Tapi try la ubah. Mana yang boleh. Bersangka baik sesama manusia. Buatlah baik sesama kita. Kita je yang boleh ubah diri kita sendiri. 

So kat bawah ni ada beberapa ayat yang mungkin boleh gain balik sifat berprasangka baik untuk kita semua. huhu!






Sekian dari ustajah Zuhana, mihmihmih!

1 comment:

akish ali said...

chaiyok dek sepet...memang tgh memerlukan kate2 positp selalu sekarang niiii
=)