Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 8, 2016

Tak Penat Ke Sepet?


Antara soalan feveret lagi-lagi dah hujung-hujung due date ni. Haritu masa bukak booth kat JB pun ramai orang tanya, then bila bukak booth kat Shah Alam pun lagiiii lah ramai yang tanya. Huhu! Jawapan aku "OK je". Ok je la selagi tak pengsan tu still ok lah nak buat apa-apa, hahaha!

Aku ni ada penyakit kalau buat kerja, buat betul-betul. Buat kerja sampai siap. Takde kerja cari kerja, itu pun satu hal, hahaha! Tapi bila dah malas, lantak kau di sana. Satu hape tak laku. Dan selalunya memang aku malas banyak lah berbanding rajin. Gittew. 

Sekarang ni memang dah masuk 39w+, so menunggu nak 40w. Aku harap tepat 40w terus beranak lah. Takut lah kena induce lagi, sakitnyaaa Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sobs. Masa ngandung Izz Qaiser dulu memang macam-macam pengalaman aku lalui. Dengan dia songsang, kena pusingkan dia. Then overdue lagi. Kena induce, pastu tak bukak-bukak, then kena pecah air ketuban, kena masuk ubat lagi. Nangis dalam hati. Tapi pun tak serik nak beranak lagi, kekeke!

Pregnant kali ke dua ni pengalaman dia lain sikit, badan extra penat. Memang serius punya penat. Pastu kaki selalu lenguh-lenguh, pinggang selalu sakit, masa mula-mula dulu kepala asik pening. Tapi aku jenis tak mengadu. Sakit pinggang ke, pening kepala ke, sendiri sapu minyak malam-malam.

Baru-baru ni kan bukak booth kat Shah Alam. Seminggu tiap-tiap malam aku bangun pukul 2 pagi sapu minyak gamat kat kaki, kat pinggang, kat bahu. Huhu! Sapu lewat malam sebab Qery dia tak suka bau minyak gamat. Jadi sapu lah time dia dah tido. Tapi ada satu hari, tak boleh tahan sakit aku sapu je masa dia tengah buat kerja. Dia takde la komplen bau busuk ke apa, haha! Dia redho je lah dah bini dia sakit kan. Aku je lah yang poyo kesian kat hidung laki sendiri, kahkah!

Uih, siapa yang pergi Booth kat Shah Alam tu tau la kenapa aku punya kaki sakit gila. Dia punya surauuuuuuu nunnnn jauh kena naik tangga. Tangga pulak tu bukan sikit-sikit. Nak solat kena ambik nafas panjang dulu. Then nak jaga wuduk tu memang tak boleh la kan. Dah kata pun orang ngandung ni selalu terkucil. Nak tak nak tiap kali waktu solat kena ambik wuduk. Hah korang pepaham lahhh tandas awam macam mana, dah reramai tu. Tersumbat sana sini. Tapi takpe lah. Syurga itu mahal harganya, Ecewah. =P

Hari pertama bukak booth kaki okay lagi, hari ke dua kaki aku dah bengkak. Memang bengkak dari pinggang ke bawah, kebas je rasa. Qery marah marah bila aku berdiri jalan sana sini. Dia suruh duduk je. Tapi opkos la aku nak ke sana sini, boring kot duduk je kan. Huhu!

Ekceli makin nak beranak ni makin banyak pulak kerja yang tak setel. Aku punya gelisah sebab risau nanti kalau aku dalam pantang, macam mana lahhhhhhhhh jadinya. Padahal bukan Qery tak boleh buat, saja je aku tak de keja nak merisau, hahaha!

Next reward untuk agen belum finalist lagi, Iklan nak masuk TV9 belum habis bincang, Video masih dalam proses. Model untuk iklan TV masih belum decide. Ada 5 produk baru yang bakal keluar. Tapi 3 produk hampir keluar, rasanya masa aku pantang kot. Adoii pening dah yang tu. Then urusan photoshoot lagi. Kotak untuk syarikat Simply Hana still pending. Aaaaaaaaaaaaaaa!! Takutnya, hahaha! Bila boleh setel entah. 

Aku ni sakit pinggang dah asik duduk dalam kereta pegi sana sini ikut Qery setelkan kerja. Kadang tu bawak Izz Qaiser sekali sebab kesian lah kat mertua. Ada hari yang betul-betul kena berbincang je aku tinggalkan Izz kat mertua. Yela kalau bawak dah cane pulak nak bincang. Itu urusan bisnes. Belum campur urusan dalam rumah. Penat tu orang kata sampai ke tulang lah. Tapi takkan lah tiap kali penat nak cerita kat orang kan, hahaha! So kita cerita sekali sekala kat sini, lalalala~~

39w aku still dukung anak. Aku tak tau la berapa berat yang aku kendong ni. Terasa berat sangat. Kadang tu dukung anak, then handbag lagi. Pepahamlah handbag pompuan ni dia punya berat cam batu bata, haha! Dengan perut ke depan lagi. Tapi aku tak de la komplen ke apa, dah itulah kisah mak mak pun. Kita penat tapi kita happy, gittew. Huhu! Dah tu sapa suruh sibuk nak beranak lagi kan. Takpe, lepas beranak ni kita kumpul balik kekuatan. Iyalah tu kan, tetiba eh eh ngandung lagi. Lols, hahaha!

Sekarang ni tengah edit gambar masa bukak booth kat Shah Alam. Dah siap untuk hari pertama. Kalau pinggang lek lek, adalah bahan bacaan korang hari Isnin nanti, kalau pinggang tak bagi kerjasama, krik krik krikkk je lah ye. Huhu!

Jangan lupa doakan aku senang bersalin tau. Sekali push keluar baby dengan uri. Over sangat, haha! Kbye!

3 comments:

Hidayah said...

Awak ni seorang yang sangat positif. Awak juga beri orang lain aura positif awak tu. Semoga urusan melahirkan anak kedua dipermudahkan Allah s.w.t . Aamiin..

ainnii said...

Kann hidayah.. Dari dulu smpai la skg lek lek je.. Cam mana ye nk jd positif cm Sepet?

yana2605 said...

erkkk bagusnya sepet tak complain.. sy nie baru 6 bulan ask complain kat laki..kat laki jer kita menunjukkan rasa penat tu..kt org lain buat rilex udah..ank sy pn br 2 tahun..kdng dukung seminit pn mencengkam tulang belakang...