Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 12, 2016

MISI DAN VISI : CANTIK DAN JELITA KETIKA BERPANTANG


Amboi amboi amboi, hehe! Bukan main lagi nak cecantik masa pantang kan.

Disebabkan dah hujung2 due ni aku terlalu bizi, muka memang bengkak habis lah. Selalu sangat jalan kaki pun bengkak dan kembang. Huhu! Bila tengok rupa sendiri memang ngucap dalam hati. Tapi terpaksa redho je.

Actually banyaknya tak prepare lagi. Belum contact orang yang nak datang mengurut. Dekat dengan rumah ni memang ada satu kedai urut orang berpantang. Tapi tu lah tak call ke apa semua. Risau tetiba full ke apa, dah naya. Yang dulu punya tukang urut cam leceh sikit. Bukan leceh apa pun, sebab kena berambik berhantar bagai. Jadinya harap2 dekat dengan rumah ni free lah.

Pastu baju baby tak bawak turun bawah lagi. Macam biasa aku mesti berpantang kat tingkat bawah. Tak kuasa aku nak naik turun tangga masa pantang nanti. Duduk je bawah ni.

Mekap eye brow dengan maskara tak beli lagi. Lols! Hahaha! Ehhhhhh tak nak la sendu je walaupun duduk rumah kan. Nak gak cecantikkkkk biar Qery terkira-kira 100 hari. Auww! Lempang satu kali. kahkahkah!

Rambut pun belum sempat gi salon lagi. Opkos lah masa pantang nak kemas dan rapi. Masa beranak Qaiser tak gi buat rambut, memang sebijik cam niyang rapik. Nasib baik tak meroyan, hahaha! jadi memang nak kena pegi salon ni.

Pati ikan haruan ke, ayam brand ke, semua tak beli lagi. Tu takpe, sebab tak tau beranak normal ke operate ke kan. Nanti dah beranak baru suh Qery gi beli. Kat Guardian Watson ada banyak. Orang kata kalau normal Pati Ikan Haruan bagus kan. Semoga normal lah macam Izz Qaiser. Aminnn..

Apa lagi eh yang tak ready lagi. Haaaa baju-baju aku nak letak kat bawah pun tak buat lagi. Senang buh kat almari bawah ni ha.

Barang basah memang satu hape tak beli lagi. Cam ikan haruan ke, ikan salmon ke, ikan bilis ke. Takpe yang tu suruh Qery gi beli masa lepas beranak pun takpe kot. Tapi tak boleh bagi dia gi sorang, kena bawak mak mertua sekali. Masa Izz Qaiser dulu, aku suruh beli buar pir, dia pegi dengan ayah mertua aku, balik rumah aku bukak plastik tengok buah lai. Urut dada. Hahaha!

Pam susu tak sterilize lagi. Nak kena rendam air panas lagi sekali. Senang kang terus pam je. Huhu!

Eiii banyakkknyaaaa tak buat lagi, hahaha! Tapi badan rasa malas je ni. Nanti nak mintak Qery import bibik kemas rumah hujung sabtu ahad lah. Rumah ni banyak nau habuk. Baju dah la banyak gila. Haih haihhhhh!

Ok lah. Nak lipat baju. Byeeeee

1 comment:

Hidayah said...

Hahah.. tetiba akak pun macam pikir sama apa yang akak tak buat lagi hahahah tgk list orang kita terikut ikut pulak kihkih..

Semoga dapat import maid yang rajin.. sesetengah maid ni pandai curi tulang heheh ^_^