Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 9, 2016

Acah-acah Contraction


Ya Allah, hahaha! mukadimah kena gelak dulu. Semalam aku habis buat kerja dalam pukul 2 pagi gitulah. Itupun terpaksa stop buat kerja sebab Qaiser mengigau ke apa nak mami nak mami. Tidurkan dia terus aku sekali cam mengantuk sama. Huhu!

Tengok Qery dah tido siap berdengkur lagi. Aku pun ambik fon nak main game jap sementara nak bagi mata betul2 ngantuk. Tengah syok main sekali rasa macam sunggugut. Ah sudahhhhh...Nak beranak ke apa ni. Tengok jam pukul 2 tepat, ok lah, kang kalau sakit tak berhenti baru gerak Qery. 

Tapi takde la sakit gila, dia macam krem krem anje-anje. So aku pun psycho kan diri sendiri, bagitau tu bukan senggugut tapi sakit perut nak buang air besar je. 30 minit jugak la aku ke kiri ke kanan, haha! Pastu hati tu meronta-ronta nak gerak Qery. Yela Sabtu dia sekolah. Kang dia gi sekolah aku nak terberanak camne pulak kan. Dah la jenis tak tengok handfon. 

Pastu aku pun paksa diri tido, malas nak layan sakit senggugut tu. Subuh bangun eh tak sakit dah, hahaha! Ngada tau perut ni saja bagi aku cuak.

Aku dah la tak ada pengalaman sakit beranak yang normal. So cam tak tau la nak adjust sakit macam mana baru pegi spital kan. Masa kena induce dulu sakit contraction dia boleh tahan lagi. Tapi tu pun tak bukak-bukak. Masa masuk ubat drip tu yang tak boleh tahan sakit dia. Rasa nak pengsan pun ada. Huhu!

Aku dah pening dah kalau beranak semalam. Rumah tak kemas woii. Sepah dia memang win lah. Kotak sana sini, kertas kerja atas meja komputer tak tersusun, baju kat atas tak kemas elok-elok, dapur tak semenggah, ruang tamu belum sempat mop. Bilik berhabuk. Sobssss... Tak sempat nak buat sebab memang hari-hari keluar setelkan bisnes yang tak pernah habis ni. Bila balik je dedua dah penat. So harini aku tak kira, kena gak gerak gempur kemas tingkat bawah dulu. 

Esok baru kemas tingkat atas. Kalau tak, nanti dah pantang apaaaaa pun tak boleh uolls. Serabut aku tengok rumah sendiri, tak pasal meroyan, hahaha! Jadinya, dimulakan dengan Bismillah, semoga kemas cantik tersusun licin lah rumah aku sehingga aku habis pantang nanti. Dah berjaya kemas aku tunjuk sini. Kalau aku tak tunjuk tu maknanya tak kekemas lah tu, kahkah!

5 comments:

sueMY said...

Dia dh bg signal dh tu sepet..kira x lama dh tu contraction sebenar nk jd..braxton hit ke apa org panggil...contraction acah-acah...xpa nnt free leh google contraction sbenar camna...

Mmg dh kna ready beg,sumer2 lah temasuk la coci umah kemas bagai..kang dlm pantang sakit mata naik ke otak memey meroyan....hahahhaha....ok sepet good luck mengemas umah bg coat skit besalin...

Hidayah said...

Sepet amik la part time maid. Dah sarat dan dengan letih lagi. Maybe part part sensitif org lain pegang macam kain baju tu sepet boleh buat sendiri. Maid tu boleh tolong basuh bilik air sapu mop lap tingkap vacuum lap perabot.. susun susun kotak buang sampah haaaa..

Kak dayah time busy nau nau amik jugak part time maid. Legaaaaa banyak..

Take care sepet! #muahciked

sya mimie said...

Bestnya dh tnggu msa nk jmpa bby baru.. :)

surizan abdghani said...

Teringat ari2 nk deliverkan 2nd bby.g ikut mil bersigkan rumah opah.skali sakit mcm nk berak g la berak pastu dh x tahan sgt sakitnye sib baik bby x terkeluar skali.lps zuhur suami balik dr surau trus ajak dia g spital.sakitnye ya Allah smpai x leg duduk la.nasib baik si kakak tgh tido time tu (ni kes x pernah berenggang dgn ibu).mil jg kakak.tume tu mmg dh xleh jalan atau duduk dh.dlm kete jenuh dok bergaduh tahan nafas takut bby kuar haha..gn bonggolnye lg.aduii.smpai spital check ve dh 6cm.tukar baju doc ckp nk pecahkn ketuban.mati2 sy xnk sbb ngeri tgk stick tu.sy mintak tanyakn kat husband dulu.yp doc ckp she have to.takit bby berak dlm perut.pastu elok doc amik stick tu time ngereng tu trus ketuban pecah sendiri.check ve lg.dh 8cm.doc suh push je.2 kali push kuar bby.alhamdulillah senang sgt2.sejam lebih je sakit.kakak dia dulu kul 5am warded kul 1.35 baru kuar hihi

CikPuan FiDa said...

baby bg isyarat suruh mummy die kemas cepat cepat hehehehe...