Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 1, 2012

Update di kala malam

Aku rasa ada sejam kot aku hadap laptop ni. Tak ada idea nak cite apa. Fikir apa pun tak tau. So kita bual je la eh. Lyla skirt batch 1 dah tutup untuk tempahan. Tak boleh order dah. Kalau nak jugak tunggu sampai aku bukak order balik eh. Untuk korang yang dah tempah Lyla Skirt tu, skirt korang still dalam proses. Mungkin dalam minggu ni akan siap semuanya. Tunggu taaauuuuu.

Segala iklan pun tak buat dalam masa seminggu ni. So kalau korang nak aku buatkan dalam minggu ni sorry *macam la ramai nau nak iklan dengan kau kenn...hehe*. next week boleh. Sebab rumah aku sekarang ni tengah serabut. Dengan aku aku sekali serabut. Aku punya rak baju rak beg semua kena angkut keluar. Barang2 meniaga i semua nak pek nak humban kat rumah Qery, biar dia pegang sampai next week ni. Sebab bilik aku jadi bilik pengantin. jadi semua benda kena campak keluar la.

Aku tak berani nak letak barang2 aku kat sini. Nanti orang keluar masuk bilik ni kan. Kang ada yang hilang ke apa. Aku jugak yang menangis. Ramai tanya kenapa aku bukak order skirt seminggu je. Sebab ni lah. Kenduri abang aku kawin. Even takde kene mengena dengan aku, tapi sebab kompom rumah ni nanti serabut, baiklah aku tutup order dulu. Sapa-sapa yang tak sempat order tu boleh order next week ye =)

haritu ramai email and mesej tanya beg baru takde ke? Sebenarnya minggu lepas dah ada dah. Tapi begnya aku belum sempat snap gambar. Insyaallah minggu ni jugak aku publishkan k.

Minggu lepas kot, ada orang kol aku. Tengok nombor, macam nombor spital lama tempat kerja i, aku ingatkan Judit ke, takpun kakak-kakak kat sana nak tanya pasal handbag kan. Aku pun angkat la dengan konfiden sekali.

Staff : Hello, boleh saya bercakap dengan Zuhana?
Aku : Tak boleh? *konon nak buat lawak la, kekekeke*
Staff : Saya dari hospital bahagian reception. *serius je*
Aku : Oh ye kenapa? Ada apa ye?
Staff : Ada pos laju datang bagi barang akak, saya simpankan, nanti akak datang amik eh.
Aku : Oh yeke dia hantar sana eh, hehe! Awak simpan la, nanti akak datang amik, tapi boleh wakilkan orang lain ambik tak?
Staff : Boleh, sapa nama dia tu kak?
Aku : Mr K
Staff : Bukan Dato K ke?? hehe! *eh kau ni tadi serius, pelik sungguh haku, huhu*
Aku : Bertuah la kalau dato k, hehe!

Aku pun call Qery suruh dia ambik kan parcel tu..


Siap tulis kat situ Mr K, hahaha! Comel je.

Baju dari Whitesoot le apa lagi..

Baju ni aku tak pakai lagi, tunggu masa yang sesuai. Hehe!

Haritu mak aku masak kerang besar. Besar first time aku tengok, kampung ken...tapi aku pernah la tengok orang makan kerang besar macam ni indon.

 Aku ni kureng sikit kalau kerang. Lagi-lagi kerang besar. Ko boleh rasaaaaa dia punya isi kan.. Kalau kecik2 tu boleh la lagi. cicah dengan kicap tak rasa sangat.

 Besar kan, mak aku masak rendang, tapi aku tak makan. Hehe!

Kalau termakan kerang yang berpasir, tekad setahun tak usik kerang dah. Tapi aku suka lala. Kupang kureng sikit. Lala dia macam manis2.  Lama dah rasanya tak makan lala. 

Nampak macam aku punya tudung gelembung semacam kan. Tak kisah la. Tetap nak upload gambar ni kat sini. 

Okbye! =)



5 comments:

mummy alisha said...

amboi.. merahnyer kasut qery...

nalsweet said...

lawakla sepet ni..perbualan ngan staff spital tu pun boleh ingat lagi..haha

mcm lawa je baju dari whitesoot tu..pakai la cepat dik..then tunjuk kat blog..nak tengok! mesti bertambah lawa sbb sepet yg pakai kan...

tingin nak kulit putih melepak mcm sepet..tp terpakse terima hakikat kulit mcm bontot kuali..hahahaha

sharifah rosidah said...

Baju yang baru sampai tu macam baju untuk nikah je, sorry saje mengusik, nampak material nya macam lace.

Irfa said...

last week baru je makan kerang 2 kilo
makan ramai2 la bukan makan sorang ;)

sepet a.k.a zack_u said...

mummy alisha : Kasut kegemaran dia tu RM29.90. hehe!

nalsweet : Kulit akak putih je saya tengok, bontot kuali yang putih..boleh?? Hehe!

sharifah rosidah : Takla aunty, hehe! tu baju saja-saja pakai je.

Irfa : Masak sambal ke??