Kerana si dia sangat sweet =)

Rentetan entry Qery yang sweet ittew, terus aku baca entry-entry lama aku. Macam mana dan sejak bila aku suka dia. Lalalalala~~


Setahu aku la, kalau nak ikut suka tu memang dari dulu aku suka dia. Suka tu takde la sampai maksud nak couple ke apa kan. Suka tu maksud macam suka la. Suka je nak kawan. Borak. Gaduh. Kutuk. Bahan. Sebab maasa tu Qery jarang sentap. *sekarang sentap setiap sejam..olololooooo*

Lelaki lain tu, maksud aku.. baru kenal sehari dah tetiba nak couple. Baru sebulan kata sayang gila macam nak mati. Pfftttt... Baru start kawan dah nak menaruh harapan la apa la. Aku jarang ada kawan lelaki yang boleh anggap aku kawan. Ko paham tak? Mungkin sebab aku memang tak ramai kawan lelaki. Kalau ada pun nanti mesti dia nak kapel. *gatal*

Jadi dulu aku memang rasa Qery ni best sebab dia anggap aku macam kawan je. Takde la nak ngorat ke apa. Ayat pun takde la nak sedih nak jiwang je kan. Cuma mengada-ngada dia tu aku paham dah la. Dia memang gitu.

Disebabkan dulu aku rasa dia hensem. Memang tak mungkin la dia nak suka kat aku. Sebab aku ni tak cun *tiba2 sedar diri*, tapi bila keluar dengan dia ada je cerita. Cite tu cite ni. Macam ko borak dengan kawan-kawan la. Ko tak de la cover malu ke apa kan. Gittew.

Dan dialah lelaki yang layan aku macam princess walaupun tak ada apa-apa hubungan. Ko rasa selamat lah bila keluar dengan dia. Walaupun kawan. Gittew. Dia takkan bawak ko kat tempat yang ko rasa tak selesa. Masa mula-mula keluar dating dengaan Qery sebagai kawan. Dia bawak aku pegi Midvelley tengok cerita Jangan Pandang Belakang. Motif tengok cite seram? Sesuatu okey. 

First time tengok wayang dengan dia. Aku ni tak berapa takut sangat cerita hantu ni. Jadi sepanjang wayang aku rilex je la bersila sambil peluk beg aku kan. Si Qery ni pulak aku tak tau la time tu dia buat-buat takut ke atau memang takut. Pepaham laaa..hahahaha! Sikit-sikit nak mengendeng terkena bahu iolls. Tapi aku kan takde perasaan sangat. Buat tak tau je. Hiuhiuhiuuuuu

Umur keluar dating dengan Qery masa tu adalah sweet 18 okey. *sweet katanya*. Yang paling lawak, masa dia jemput aku kat rumah. *masa ni takde pape tau, tapi aku rasa Qery cuba nak ngorat aku..ceaaa perasan habis dah, haha* Aku naik la kereta dia macam biasa. Time aku nak kuatkan volume radio, Qery pun sibuk nak tukar chanel lain. Oleh itu, macam ada terpegang sikit tau...Aku pun apa lagi macam terkejut jugak la kan..Omiomiomio!!

Terus marah Qery sebab pegang jari i yang mulus ini. Tapi dia macam biasa buat2 tak bersalah. Dia cakap tak sengaja. Malah tuduh aku yang nak pegang jari dia. Apakah ini?? haha! Lepas tu kalau aku nak tukar chanel radio kan, nanti dia pura2 nak tukar gear. gear dengan radio kan dekat-dekat. Aku ni ingat dia nak pegang tangan aku lagi kan. Kelam kabut aku tarik tangan aku. Padahal dia bukan nak tukar gear pun. Sajaaaaa jeeee.. lepas tu gelakkan aku.. hoihhh

Lepas tu kitorang makan kat The Chicken Rice Shop. Qery order kemain banyak. haha! Agaknya sebab dulu aku gemuk kot. Jadi dia fikir aku makan banyak *memang pun*. Siap pesan dengan Qery jangan makan ayam aku. Oh sangatlah dot dot dot.

Aku rasa dia dari dulu nak ngorat aku tau. *wah perasan lagi. haha* tapi sebab aku tak layan sebab aku rasa best kawan dengan dia. Best bila dapat promote dia kat kawan-kawan. Kan aku pernah cerita, dulu Qery suruh aku carikkan dia girlfren kan. Siap MMS aku gambar dia yang dia rasa paling hensem. Suruh aku carikan jodoh. Tapi apakah semua kawan2 aku dah ada boyfren. 

Kawan2 aku pulak tak habis sound aku. Dorang cakap aku ni ngok sebab tak perasan yang Qery nak ngorat aku. Alah masa tu memang tak tau pun Qery nak ngorat ke apa. Sebab memang tak tauuu punn dia nak ngorat. haha! Siap dia bagi hint tau.. Dia pernah cakap kat aku.. lebih kurang macam ni la eh.

'tolong carikan kita girlfren, putih, mata macam chinese, rambut panjang'

masa tu ingatkan memang selera dia nak macam chinese look, tapi tak terfikir pulak kan. jawapan aku..

'susah la nak cari perempuan macam tu. Kalau ada pun kite je'

kahkahkah! tapi bila qery cakap 'kamu pun boleh' terus i tukar topik. Kekeke! Sebab memang tak pernah terlintas langsung nak bercinta dengan dia.

Qery memang sangat sweet tau..tapi aku je malas nak layan. Ingat tak aku pernah give up sebab ex-girlfren dia yang meroyan tu. Aku pernah la cakap dengan Qery...aku tak boleh la. Aku nak clash. Sebab aku malas nak termasuk dalam masalah dia tu. Aku memang betul-betul nak clash time tu. Sebab memang sejak aku kapel dengan Qery, aku akan cerita kat blog. Tak sangka sangat yang ex dia baca blog aku. Jadi berkemungkinan dia cemburu. haha! 

Sejak dia meroyan tu, macam-macam la dia cakap itu ini. Tapi Qery tak nak clash okey. Siap datang rumah. Tunggu kat luar rumah aku. I is mogok tak nak jumpa dia. hahaha! Geli sangat. Aku duduk rumah tak nak jumpa bajet nak clash sangat. Dia kat luar sikit-sikit 'assalamualaikum...hana..hana..assalamualaikum..hanaaaa..' panggil-panggil aku. OMG. Lebih kurang satu jam malu dengan jiran tetangga. Aku keluar jugak.

Lepas tu dia pun cakap itu ini itu ini, aku tak nak la cakap kat sini ayat-ayat Qery takut korang geli sampai nak muntah. Peratusan aku muntah sekali amat tinggi juga. kekeke! Dia cakap la dia takkan mengalah untuk orang yang dia sayang la apa la. Dia janji nak jaga aku walau apa pun terjadi. Ewah tadi tak nak cakap kan. Ada yang lagi geli tapi takpe, simpan dalam hati. huhu!

Beberapa kali jugak nak clash. hahaha! Aku la tu. Sikit-sikit nak clash. Mengada sungguh. Qery pulak tugas dia pujuk datang rumah, assalamualaikum hana..huhu! Lawok. Aku rasa sebab Qery je yang bersungguh dalam hubungan, kalau nak ikut aku. Kelaut jugak la. Emosi lebih.

Dia sweet bila dia sweet je la. Bila dia garang. Takuit.... Asik nak marah je. Dulu masa first time kena marah dengan Qery, kalau sejam dalam kereta, sejam la aku diam. Kalau dua jam, dua jam la hendaknya. huhu! Last-last Qery yang pujuk. padahal aku tak merajuk pun. 

Sekarang, kalau qery marah dalam kereta. Aku akan tidur. Lepas bangun pun dia marah lagi. Buat tak tau. kita main game dalam handfon. Lagi best. Sampai Qery bengang sebab tak pujuk dia. Hahaha! Dia selalu marah pun sebab aku degil. Tak nak dengar cakap dia. Eh asik nak dengar cakap dia je. Cakap aku bukan nak dengarkan. Jadi sebab itula dia marah aku. 

Begitulah ceritanya. =P

Walaubagaimanapun. aku suka je berkawan dan bercinta dengan Qery ni. Sebab dia sweet. Tapi aku tetap suka kutuk dia, sebelum kawin boleh kutuk. jadi marilah kite berbuat demikian. Mohon sebarkan..huhu!

Comments

cepat la dirikan masjid ye! lepas nikah, lagi sweet! hehe
Syamimi Saad said…
alahai..sweeetnya..eh..memang sweeeeeeet korang ni tau.. :)
moga kekal hendaknya :)
fiqkbe said…
wah... so sweet... ;)
Shima Mazlan said…
ko mm ske kutuk qery kn .. ahahahahaha
Shima Mazlan said…
ko mmg ske kutuk Qery kn .. hahahahaha .. korg ni couple yg msok air la ..
cydayf said…
sangat kelakar bab yg suruh carikan girlfren tu. hehehe :D
ADLIL RAJIAH said…
tapi aku heran sikit ngan qery ko nih. semua gambar dia asik asik berdiri tegak saje. Gaya macam nak bertukarrrr!!! (ayat satria baja hitam). Hehehehe.. qery, sila sentap sekarang. ;P
Hah yelah tu sebelum kawin sebar kan.....nanti kalau dah jadi isteri tau lah nasib ek.....hehehe saje je cuba menakut nakut kan Cik Zu.

Alahai rasa nya memang kebanyak kan lelaki masa nak masuk daun tu sweet sesangat....macam suami aunty juga masa nak tackle tu memacam hadiah dia bagi, masa tu aunty baru umur 18 tahun dan baru je masuk kolej setiausaha tapi dia tak sabar masa umur aunty 19 tahun terus masuk meminang dan kawin, kami tak bertunang pun..kata nya aunty banyak peminat nanti kalau tunggu lama2 takut di kebas orang.
Cik Jannah said…
omey omey , cweet lg tuuu , ske bc this entry .
Cik Renex said…
okay. yg ni baca memang kite jellyyy.so sweet laaaa..hehe..
Miss arfisa said…
sweet la sepet.hahaha.happy for both of u.:)
bella hamzah said…
haha sweet la korg ni.setiap org ada cerite sweet tp korg mmg cweeet hehhe
Anonymous said…
kawin cepat-cepat sis :)
qissy nasha said…
bestnyaaa :( how i wish i could be like you...