Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 25, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Haji

Harini kompom rumah aku ada masak-masak. Jadi kena potong bawang segala la. Raya kali ni macam tak rasa langsung. Entah la. Dulu aku ada gak perasaan nak beraya. Excited nak tunggu cuti raya. Maybe la dah tak kerja kan. Kalau dulu kerja sebab nak kejar cuti. Tengok kelander bila cuti. Tu yang tau raya haji bila. Sekarang ni kalender kat fon je. Tak de efek pun kalau tengok.

Menu raya esok macam biasa ye semua. Rendang, Nasi himpit, tu je kot. Tak tau la kalau mak aku nak masak sup tulang ke apa. Rumah aku kan ada takbir. Jadi itu pasal la kena masak nak bagi orang makan.

Nak tau... Semalam iolls merajuk dengan Qery. off phone 10 kali. 10 kali on balik phone takde pape berlaku. Kong ajo sungguh. hahaha! Ingatkan ada la mesej say sorry ke apa kan. Biadap sungguh mamat ittew. Mentang tengah murung lagi kasut hilang. Lepas tu tak nak pujuk aku.

Disebabkan bengang dengan dia, dari petang membawak ke pagi buta, aku taip entry jam 3.30 pagi tau. Aku tengok jugak la khabi kushi kat tv 2. cite tu kan sedih. Tapi aku tengok dengan perasaan bengang. Semua part sedih mahupun gembira, aku rasa sangat bengang. haha!

Kol Qery banyak kali. rupanya dia tertido. Lagi bertambah terluka hati i yang berkaca innew. haha! pening kepala korang nak baca ittew innew. biarkan..aku tengah sedih ni. Kalau tak paham baca banyak kali sampai paham. Bukan nak pujuk aku kan. boleh pulak tidur dengan hati yang tenang. Dia tak tau hati aku ni berjam lamanya sedang terbakar. Tapi aku still kiut la, tak boleh dinafikan. Erk?

Tak kisah la aku salah ke, aku salah ke, aku salah ke, pujuk je la kan. Aku ni dah la jarang merajuk. Kalau aku merajuk tu pujuk je la. Hoihhh...sentap habis ni. Kecik besar kecik besar je tengok diri sendiri kat cermin bilik ni ha.

Eiii...nasib esok nak raya dah. *takde kene mengena*

Korang mesti ramai yang dah ambik cuti. Balik kampung yeah. Aku kan, teringin nak raya rumah orang ke rumah orang, tapi aku sendiri pun tak ramah mana. Kalau gi rumah orang pun tak tau nak cite apa. Sedara sendiri pun ramai tak kenal. Kekeke! haritu masa kawin ayie, sedara sendiri tak kenal. Mak bagitau baru la berpura2 kenal salam cium tangan semua sengih sikit-sikit. Lepas tu sambung kerja. Aku ni ada penyakit tak boleh hafal muka orang sekali pandang. Kena kau duduk depan muka aku selama sejam. baru aku boleh ingat sikit.

Ada yang ambik half day jugak? Balik kampung hati-hati tau. Kot mana yang kampung kat Kelantan tu mesti meriah sikit la agaknya. Aku rasa, raya ni tak balik kampung. Kerana Cik Intan pun takde. Cik Intan gi haji. Jadi nafsu nak balik tu kureng sikit ye.

sapa yang balik macam biasa. bertabahlah..harungi lah jem di jalan raya nanti dengan kesobarannn yang penuh di dada. Ingat, Pandu cermat jiwa selamat.

kerana tiada gambar baru, gambar ni pun ala-ala raya. boleh je pun feeling sikit-sikit

Selamat Hari Raya Haji aku ucapkan. Maaf kalau ada terkasar bahasa sampai terasa-rasa. Kikiki! Bye

5 comments:

Jiji-Fify said...

Hamboih puan seri! bukan main gambar engko ehhhh..hahahah! Tak boleh bla yang part ko merajuk dengan qery tu. teringat masa aku bercinta dulu pon begitu. kah kah kah. punyalah matikan fone 3 hari 2 malam. Tapi dalam hati meronta-ronta nak dipujuk. Dah tu engko pegi off fone, dia nak pujuk celah mana kan. bingai sungguh! Hahahaha!

Jiji-Fify said...

Hamboih puan seri! bukan main gambar engko ehhhh..hahahah! Tak boleh bla yang part ko merajuk dengan qery tu. teringat masa aku bercinta dulu pon begitu. kah kah kah. punyalah matikan fone 3 hari 2 malam. Tapi dalam hati meronta-ronta nak dipujuk. Dah tu engko pegi off fone, dia nak pujuk celah mana kan. bingai sungguh! Hahahaha!

Anne mahli said...

selamat hari raya haji!

Hanif Redland said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha juga daripada HanifRedland.blogspot

sharifah rosidah said...

selamat hari raya aidiladha buat sepet juga.

Aunty tak balik JB, raya kat TPG je lagi pun ni kampung uncle....raya aunty macam biasa lah masak nasi beriani je...nanti tukar2 dengan adik ipar..dia bawak ketupat dan rendang aunty bagi nasi beriani....kitaorang ngam sangat sebab sebaya.