Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 30, 2012

Kasut Baru =)

Kesinambungan kisah kasut Qery di curi oleh pencuri, eh mestila pencuri kan. Hihuhihu *gelak sambil tutup mulut bajet comel macam Nora Danish* Aku pun bersungguh-sungguh la nak belikan dia kasut baru. Mula-mula tanya..

S : Nak beli kasut futsal ke kasut bola?
Q : Kasut bola dengan futsal ada.
S : Habis tu?
Q : Kasut jalan yang takde *buat muka sedih*

Iye memang sedih pun aku tengok. Hihi! Takpelah. Kite kumpul balik kasut okey. Qery memang penggila kasut. Pantang tengok kasut. Mesti nak beli. Tapi dia selalu beli kasut sendiri-sendiri. Dia rasa leceh bawak aku kot. Aku ni tak boleh lama-lama dalam kedai kasut lelaki. Tak berkembang otak aku. Itu pasal la dia suka shopping kasut sorang. Tapi kalau aku nak hadiahkan. Dia sanggup dengar aku membebel dalam kedai kasut tu. *mata ke atas*

Plan haritu memang nak beli baju dan kasut. Beli kat kedai feveret. Mula-mula pilih baju. Size XXL. Gila. Haha! Gemuk sampai tahap apakah engkau ni? Sebenarnya kedai tu memang jenis size yang fit punya. Aku tengok dia pakai size XXL, rasa nak pitam. Lepas tu dia suruh aku amikkan size XL, dia nak try.

Aku macam was-was je nak amik size XL tu, sebab takut memenatkan diri sendiri. Dalam hati kompom tak muat tu. Aku tengok size XXL pun macam okey je dia pakai. Sekali tengok dia muat. Amoi yang layan Qery pun kata size dorang even XXL dengan size XL beza tak berapa sangat. Ok fioneeee...

Qery suruh aku amik L. Amboiiii....konfiden tinggi sangat. Haha! Aku pun ambik je la. Sekali pakai muat. Baiklah..tapi fit dan ngam-ngam dia la. Dia suruh aku ambik size M pulak. Oh yang ni aku malas nak layan dah. Aku suruh amoi tu bungkus dan bayar terus. 

Lepas tu kitorang jalan la kat kedai kasut. Tengok kasut kat Nike, Al-Ikhsan, Qery cakap dia taknak. Dia nak kasut kat kedai yang beli baju tadi. Kedai tu memang ada kasut sekali. Kedai tu kan dia macam jual pakaian style K-Pop tau. haha! Tu yang Qery suka singgah. Banyak gila baju ala-ala korea sikit, pastu bling bling, bahagia hidup dia. Pilih punya pilih, berjaya la beli satu.

Inilah barang-barang Qery ittew

Gambar ambik kat blog Qery

Baju hitam dengan baju pink. Qery suka pink sangat. Iolls terpaksa pasrah dengan kenyataan ini.
Tali tu dia suruh amoi tu ikat gitu. Esoknya masa pakai, dia suruh aku bukak balik. Dia cakap tak selesa. Masalahnya, bukak la sendiri kan. Kenapa aku jugak yang nak kena bukak dan pasang tali untuk dia. Huwaaaaaa!!

Q : Nanti bukak balik tali tu eh, pasang macam biasa
S : Buat la sendiri
Q : Kita tak tau ikat tali

Nampak sangat nipunyaaa... Tak mungkin tak tau ikat tali. Orang gila bola sejak sekolah rendah tetiba tak tau ikat tali kasut. Sesuatu. Ini namanya mengada terlebih. Heeee!! Geramnyaaa!! Aku bengang pun buat jugak, buat sambil membebel. Pakej mak-mak.

Esoknya, kitorang gi The Mines. Tengah jalan-jalan tanpa tujuan. Saja la masuk kedai kasut ni. Akau usha satu kasut, aku tak tau la nak panggil kasut ni kasut apa. Sebab aku bukan jenis selalu beli kasut. Tapi kasut ni seperti ada aura suruh aku beli la beli la beli laa sayaaaa... Gittew.

 Tengok harga dulu. RM165.99. Cea bagitau harga. Ok la boleh beli satu. Belek punye belek. Sekali ada amoi datang sebelah.

Amoi : Cik, kasut ni ada 70% Diskaun.
Aku : *terkejut tapi suka* Harga ni after diskaun ke?
Amoi : Belum.
Aku : Kalau after diskaun berapa?
Amoi : Lebih kurang RM49 macam tu.

Heh heh heh hehhhhh.... Terus test. Oh rezeki aku sebab aku beli ni last size 5. Mula-mula masa tak tau ada diskaun, Terus test Qery kata nak belanja. Aku pun suka la. Aku cakap boleh la kalau dia nak belanja. Aku nak beli dua. Satu dia belanja, satu lagi beli sendiri kan. Yang beli sendiri tu aku nak beli kasut ni.

 Harga lebih kurang dengan kasut hitam tu la. Lepas tu bila dapat tau ada diskaun..terus kelip-kelip mata kat Qery..

S : harga kasut ni kan, kalau campur sekali kan, tak sampai seratus pun...murah kannnnn...
Q : Iyeee laaa...kite belanjaaaaaa

Wuhuuuuuuuuuuuuu!! Itula motif sebenar. hahahaha! Korang kalau nak beli kasut macam ni, banyak lagi design, aku beli kat The Mines, kedai Luccinni. Banyak kasut dia ada 70% diskaun. Korang pegi la beli.

Semalam aku terus pakai kasut hitam ni. Punyala teruja. Oh selesa sangat. =P

Kesimpulannya cerita, Qery yang hilang kasut. Aku yang beriye beli. Apakah yang terjadi sebenarnya?? Gegirl konfiuss...Huhu!

4 comments:

Tentang Kita said...

saya jarang pakai kasut..selalu rembat sandal jer

sharifah rosidah said...

Gegirl memang sekarang trend perempuan pakai kasut macam ni eh....hari tu bawak anak aunty jalan2 kat Bukit Bintang...nampak kasut macam ni terus ni meroyan nak beli tapi warna nya hijau lumut...memang cenggitu eh.

zila manaf said...

so sweeetttt

syida inani said...

hahahaha sweet