Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 23, 2012

Apakah alash???

 Baju form Pretty Chase

Apa alash? Meh aku cite, sebelum tu gelak dulu..hehehe... Semalam Qery merungut-rungut, dia cakap kerja banyak gila. Kesian. Dengan assignment yang memang banyak sangat. Ko bayangkan setiap kali kelas, dia akan bawak balik dua assignment. Semester ni setiap minggu ada kelas okey. Sabtu Ahad ada kelas. Seminggu 2 assignment. Whoaaa gila punya lecturer. Kalau full time study takpe, ini ko dah la bekerja.

Dengan kat sekolah baru lepas exam, nak kena tanda paper, dengan nak kena key-in markah dalam SAP, dengan ada 4 program kat sekolah. Dengan kena ajar budak bola. Aku sangatlah kasihan dengan Qery. Jadi aku yang baik hati comel serta sopan ni cakap dengan dia, meh la aku tolong dia sikit, aku boleh key-in kan markah dalam sistem. Kite buat sama-sama. Ko tanda paper, aku key-in markah. Gittew. Baiknyeeeee la hai makwe sapa la ni. lalalalala~~

Bukak-bukak laptop, nampak dia keluarkan banyak gila kertas. Demmm!! Banyaknya aku nak kena key-in ni. Takpe, aku kan laju.. *puji diri sendiri* Pernah la dulu Qery key-in markah sebelah aku. Terkedek-kedek dia taip, slow. Aku tak boleh terima orang key-in slow ni. Terus rampas laptop dari dia, biar aku yang buat je. Ko baca je markah siapa nama, aku taipkan.

Haritu lagi tak boleh bla. Aku tolong dia tuliskan nama satu kelas 38 orang. Ada dua kelas. Dan ada 14 set. Aku rasa nak patah jari aku. Tapi itu bukan tugasan kat sekolah. Itu tugasan untuk assignment dia. Lecturer dia ni aku rasa tak berapa bijak sangat. Ko tak tau ke dorang ni bekerja. Mungkin la lecturer tak tau macam mana kesusahan guru-guru sekarang, agaknya dia ingat zaman dulu-dulu kot nak bagi tugasan sebegitu banyak.

Tak macam lecturer kat MSU aku dulu. Semua rilex, steady, dapat je lahirkan student yang berjaya. *aku tak berjaya sangat la, tapi kawan-kawan aku sangatlah berjaya*. Lecturer aku dulu siap memahami lagi. Siap tanya kalau banyak assignment dari lecturer lain, buat sampai habis dulu. Dah habis baru dorang bagi assignmennt. Kawan-kawan Qery yang study kat MSU pun kata MSU steady. Aku tak paham betul la lecturer yang tak memahami ni. Rilex sudah. Ko bagi assignment banyak mana pun, kalau dah student ngek, akan ngek jugak. Tak gitu. huhu!

Tapi ikutlah kan. Kerja sambil belajar ni memang perlu banyak pengorbanan. Ko nak berjaya. Ko hadap je la. Tapi jangan la sampai over. Berperikemanusiaan la sikit. Ada guru yang PJJ dapat kat UPM sama tempat dengan Qery, tapi dia duduk Kedah. Ko bayangkan. Kalau lecturer buat kelas tiap2 minggu. Berapa kos nak pergi balik. nak sewa hotel. Kalau ko duduk Penang. Ko kena naik flight? Berapa kos? Banyak sangat ke gaji cikgu? Aduilah itu la aku maksudkan. Lecturer yang tak memahami.

Pernah ada satu tugasan, kena masuk hutan. tak silap aku 9 hari gitu la. Qery takpe sebab dia lelaki. Yang perempuan pun tak kisah la kalau kena masuk hutan. Tapi ada la beberapa orang ni mengandung. Ko tau dorang tak bagi can pun. Ko tak buat ko fail. Tak kisah la ko mengandung ke apa. Gilaaaaaa... something wrong dorang ni. Aku dengar geleng-geleng kepala je. Aku tanya gak lecturer dia ni belajar sampai mana. Qery kata Phd. Oh patutla.....

Selalunya oraang yang dapat Phd ni memang susah nak terima pendapat orang lain. Sebab dia dah rasa dia pandai. Dah ada Phd, pedehal dengan pendapat orang lain yang Master pun takde. Gittew la. Kebanyakkannya la. Tak semua. Kalau ko terasa tu tak dapat nak buat apa la ye. kekeke!

Sambil aku key-in tu, Qery cek la betul ke tak kan. Qery ni dia jenis alert sikit. Kalau aku salah taip dia akan terus 'woi woi salah tu' dan aku akan jeling sikit dia sambil betulkan mana yang salah tu. Sedap je woi woi kan aku.

Pastu dia pun tanda kertas kat sebelah aku, lepas satu kelas ke satu kelas. Lepas tu dia mengeluh...

Q : Eiii...alashhhh aahhhhh.... *sambil kemekkan hidung macam comel sangat*
S : Apa dia???
Q : Alasshhhh ahhhh
S : Apa alash???
Q : Malas la..eii dah tak anjeeee laaaaa!! tak paham ite cakap alash alassshhhh ahhhhh

Oh pelissss....hahahah!

S : Ane iteee tawuuu nak anjeeeee time ni...
Q : Semuaaa pun tak tawuuuu..ajokkkk *majok*

Apakah ini?? Kesian assignment banyak terus tak betul, haha!

S : Olololo cape wat diaaaa??

Aku pun macam layannnn keennn...aku pun tak betul dah..

Q : Nanaaakkk cakap... *merajuk sambil sambung tanda paper*

Fioneeeee....merajuk la aku boleh tengok youtube nora danish got 5 days MC, hahaha!
Kbye

11 comments:

HAIZI KHALID said...

hi sepet,

lecturer MSU mmg relax n sempoi dlm bab2 kasi assignment, kelas sume...nak tawu sbb pe?haaa sbb lecturer MSU da terlalu occupied gile2 dgn kerja2 lain..handle event,documentation,mentormentee,training sane sini, penataran ilmu,sabtu ahad kena dtg,event alumni MSU & baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi.

ni i cakap ni based on experience i jd lecturer MSU dulu..
tobat2...xdpt nk fokus on delivering knowledge to students / research bile da terlalu bz to handle kerja2 lain..

:)

Cik Jannah said...

omey anat anat =D

sepet a.k.a zack_u said...

HAIZI KHALID : Haah, haha! Dulu MR Fadhli dengan Sir Ibrahim pun pening sebab kerja banyak gila. Sabtu Ahad mesti terpaksa jugak datang kolej. Pape pun suka sangat lecturer kat MSU sebab dorang sangatlah berpengalaman dan baik-baik dan mesra alam..dan juga rapat dengan student =))

Cik Jannah : Omey kee?? huhu!

princess yaya said...

Cantik

Kruzar said...

heheh...ade reason nape kelas setiap minggu..nape banyak assignment...pendekatan IPTA dan IPTS memang berbeza...sbb KPI outcome juga berbeza...tp malas lak nak explain..bleh??heheh...tak pasal2 lecturer plak yg dapat nama...takper...i faham, u tak tahu sebenarnya...hehehe..

BTW i dari IPTA..n skrg sdg usahakan utk open part time study program..n banyak mende yang perlu consider..seperti perkara2 yang u mention dlm post ini..flexibility for class schedule, assignments etc..btw, part timer study ni memang dah tahu tentang komitmen yang perlu diberikan before mendaftar program..tiada paksaan..so kalau yg jauh dsbnya tu..depa yang pilih..memang banyak dugaan kalau belajar part time..all the best for Qery`s study...

sepet a.k.a zack_u said...

Kruzar : Hehe! Memang ada certain yang okey, cuma perlu consider beberapa faktor lah. Guru, mereka tak ada pilihan. Kalau tak pergi susah nak dapat peluang lagi. Dorang bukan macam sektor pekerjaan lain, yang mintak blajar sendiri. Mereka perlu belajar sebab dulu dorang maktab *kes kena naik taraf la ni* Once dah tolak, tak tau ada peluang lagi atau tak. But yg kesian,have to go to class every week saturday n sunday plus lecturer tambah masa ikut suka hati, dalam schedule habis jam 2, tiba2 habis jam 7 malam, if dah tempah flight?? sebelum ni takde la macam ni. sebulan ada 4 class je. tapi this semester yang a bit horror. hahaha!

Jiji-Fify said...

Hohoho. Aku pon nak ajukkk ah gini. Sentap kejap baca part yg phd tu. hahahahaha. Tapi aku lain. Aku baik, berperikemanusiaan, sopan santun, menghormati org tua, dan suka mengumpul setem. Mmg betul la ko ckp x semua org phd begitu. Termasuklah aku. Kengkadang aku sendiri pon pemalas, nak tgk muka student pon malas, student je rajin tgk muka aku. Megan fox kannnnnn... Bahahahahahaha!!

sepet a.k.a zack_u said...

Jiji : hahaha! Apa patut specific kan sikit, kalau orang yang ada Phd kerja kat lab, memang baik hati peramah comel diminati rakan sekerja, ayu, kelakar, semua lah..hahaha! Tapi bukan semua orang macam kau..alangkah bagusnya kalau semua macam ko. bahagia hidup, kekeke!

sharifah rosidah said...

Dulu masa anak sulung aunty kerja sambil belajar...aunty pun kesian kat dia..tapi pensyarah nya tak lah sekejam pensyarah qery tu...2 1/2 tahun dah habis buat master.

Adik ipar aunty pun pensyarah kat UKM ok je dia....dia pun ada mengajar student pjj...dia kata kena lah memahami student2 ni yang kerja sambil belajar.

Alfi Kasran said...

PhD=Permanent Head Damage..hah,betul la tu..hehee

Shahada Fauzi said...

hahaha..alash ahhh..lawak la kamu dengan qery ni..sweet je..cepuk dedua skali kang.. ;p

ambil pjj ni memang sesuatu yg mencabar..maklum la..nak fokus belajar..nak bg komitmen dengan kerja lagi..tapi itulah risiko dan pengorbanan yg perlu dibuat oleh mereka2 yg ambil pjj..

semoga qery terus berjaya dalam karier dan study die..kamu kan pemangkin semangat die..jangan alash2 oke.. ;p