Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 10, 2012

Tutorial : Tolong Hide segala benda alah yang orang tag dari timeline korang

Aku ni jenis orang pentingkan diri sendiri kot, hahaha! Tak suka benda lain semak dalam wall aku. Wall aku adalah wall aku, aku tak suka benda-benda yang orang tag menyemak dalam wall aku. Kalau satu dua takpe, ini kalau sehari sepuluh. Engko ingat wall aku ni ruang iklan ke apa?? No no no. Please eh. *diva sangat kan, haha*

Biarlah orang nak kata berlagak ke apa kan. Cuba aku tag ko semua gambar2 beg aku. Ko suka?? Tak kan? Engko upload je macam biasa kat wall ko, nanti kat kat HOME kan dia akan keluar semua tu, kita baca dari situ pun dah ok, tak payah la susah2 nak tag aku. Kecuali aku mintak tu lain la citenye. Kalau aku berminat dengan barang ko, kompom aku akan PM ko, takyah susah2 tag bagai. Uihhhhhh...bersabar je la aku dengan korang ni. Dengan invite main game nye.

Aku bukan tak nak main game tu, kang kalau aku dah start main. Apa pun tak boleh..hehe! Jadi ini tutorial untuk sapa-sapa yang macam tak berapa nak reti hide tag tag kat timeline sendiri ye. Simple sangat.

 Pertama, korang klik dekat privacy setting tu. Dan akan keluarla macam kat bawah ni.

 Nampak ada Timeline and Tagging tu, Klik dekat Edit Settings. Dan akan keluar benda alah bawah ni.


Yang ini aku punya, kalau nak tiru bolat bolat pun boleh. Buat Off kat tempat yang aku buat tu, dan yang paling penting, who can see posts you've been tagged in your timeline? Ko amik custom dan buat ONLY ME. Kira ok la aku je yang nampak orang tag tag aku. Orang lain tak nampak. Kita nak orang masuk facebook kite tu tak serabut baca benda tag-tag kan.

Maaflah kepada mereka yang suka tag. Aku hormati korang punya bisnes . Dan aku harap korang pun hormati kami punya privacy. win-win situation la ye. Ko nak tag ko punya pasal. Tapi tak ada orang nampak pun dalam timeline aku. Gittew.

6 comments:

pinky_liscious said...

same la.. i pon x suka.. rimas kot.. lepas tu tag ntah benda apa2 ntah...

♥ dak pink said...

Tq for sharing sepet.

Laju2 pi buat sekarang.

Irfa said...

akak dh lama buat,tak suka org tag
eh akak ada fb ke?lupa sbb lama dh x bukak

Puan Simply Syeeda said...

Ooo camtu.

sepet a.k.a zack_u said...

pinky_liscious : tu la kan, rimas gila rasanya. huhu!

♥ dak pink : WElcome, buat jangan tak buat, hehe!

Irfa : Rasa hidup aman sikit kan..hehe!

Puan Simply Syeeda : Ha gitu lee.. =P

sharifah rosidah said...

Terima kasih ajar aunty, memang aunty pun tak suka orang tag2 ni lagi2 kalau games eh tak ada masa lah nak layan games.