Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 1, 2012

Sabtu Ahad yang memboringkan

Sejak Qery jadi student ni, apa pun tak boleh. Stress aku. Setiap Sabtu Ahad ada kelas okey semester kali ni. Dah la kelas sampai petang. Hetchu!!

Bila ajak dia gi dating, alasan dia..

'kite penat la'
'tak cukup tido nak rest'
'ada kelas sampai petang'
'banyak assingment'
'ada training bola'
'ada meeting'
'ada koko'

Apakah????? Geram betul aku. Dah berubah..mesti dia ada perempuan lain *drama sangat, haha*

Semalam paksa jugak dia keluar. Dia penat ke apa ke aku pedulik apa. Huhu! Itu pun dia setuju siap ada syarat. Macam bagus je sekarang ni..syarat dia, tolong dia buat assignment. 

Baiklah....erghhhhh!!! Dating tak ikhlas! Rasa nak patahkan kaki dia..

Semalam gi Pameran Pengantin Malaysia laju-laju kat PWTC, itupun Qery bising sebab tak ingatkan dia nak pergi hari Sabtu. Abih aku pun tak ingat, macam mana nak ingatkan dia pulak. Semua aku nak kena ingatkan. lepas tu bila aku tak ingat marah. Dia tak ingat takpe. Ringaaan je tangan aku ni..huhu!

 Sempat la snap gambar dengan Kak Yana kat PPM. Itu pun tak boleh lepak lama-lama. Sebab teringat2 assignment Qery yang melambak tu. Dia dapat assignment aku yang stess. dah kenapa?? haha!

Dikelilingi orang mengandung, muka aku pun macam perempuan mengandung dah. Nice... =)

Kiri Kak Zureen, kanan Kak Nad. Tengah Kak Sepet *pitam panggil kak Sepet, tak remaja lah...huhu*

Sekarang ni asik kena marah dengan Qery je. Dia nak datang bulan kot. Sikit-sikit nak marah. Aku tak salah pun kena marah. Gewaammmm.

Balik PPM tu kan, asik-asik dia

Q : Alamak......aduiiii
S : Kenapa?
Q : Kamu ni! Hish!
S : Kenapa?
Q : Takde, saja nak marah kamu.

Kejap kang...

Q : Ya Allah.... 
S : Kenapa?
Q : Sibuk nak tau, bukan boleh tolong pun

Tehkaaahhhnaaann mak hinccccikkk di sebelahhhh ittew!!
 
Dia kalau banyak kerja memang gitu la perangainya. Kelam kabuit. Pukup 3 pagi mesej aku mintak emailkan assignment dia kat prof. Boleh?? Aku mintak esok pagi je la subuh tu aku emaikan. Tak boleh okey, nak time tu jugak. Gugur bulu hidung i menahan amarah. Dia bukan tak boleh buat kan. Saja la tu nak suruh aku teman dia sekali. Pendengki tengok orang tidur nyenyak.

Tapi best tengok dia kelam kabut. Aku suka je perli-perli dia.

Q : Kite bizi tau, nak pesan kamu jangan gatal-gatal je k, please
S : Tengok la macam mana...

Auww! Rasa sangat bergaya bila boleh jawab macam tu. kekekekeke!

5 comments:

Riena Haiqal said...

hahahahahah.. kak sepet la pulak.. AHkak la sangat kan.. hahahahah.. (^_^) Qery nak datang bulan kot.. tu sebab la nak marah kamu jer walaupun takder salah.. pitam jap

@YUNID@TI said...

hehehehe :)

cikji said...

hahaha "tangok la macam mana"

Irfa said...

kamu bz apa?
bz apdet blog ye?hehe

sharifah rosidah said...

Kesian dia, memang lah jadi student balik macam tu. Anak aunty pun masa sambung belajar selalu komplen penat lah, tak cukup masa lah, tak cukup tidur lah aaah macam2 lagi tak cukup.

Harap awak bersabar, insyaallah semua yang dia buat untuk kesenangan bersama nanti. Tak kan dia nak jadi guru lulusan maktab je, kalau macam tu sampai mati lah mengajar sekolah rendah dan gred tak naik2.