Majlis Bertandang Rumah Haji Noh

 Bagitau awal-awal, gambar adik beradik syok sendiri je banyak ye. Gambar pengantin sikit je. Sebab semua adik bradik dah bizi layan tetamu. Aku adalah tak kuasa nak pegang phone setiap masa. Tambahan pulak aku memang takde nafsu nak snap gambar. Siap phone simpan dalam beg. tak pegang phone pun. I kan careless, suka tercicir-tercicir. Nanti kalau hilang nangislah kan. Jadi simpan je dalam beg. 

Ini pun ihsan dari akak. Kalau akak tak upload gambar ni kat facebook, takde la aku nak update pasal bertandang ni. Mood pun macam hampeh sikit. Bengang dengan Qery, dia tu demam. Asik la nak marah. Dah la bizi, lepas tu nak marah je keje. Cari lain tau la. Point ni point tauuu...hahaha!

Hari bertandang tu, macam biasa semua bangun awal. Aku bangun terus mandi, sebab aku tau kalau lambat mandi kompom berebut bilik air dengan semua orang. Paham je la family ramai macam ni. Rumah aku ni tak pakai catering. Orang kampung masak. Tapi hidang makanan style buffet jugak la. Gambar lauk semua tak ada. Tunggu Jemah upload gambar kat facebook dia eh.

Khemah pun macam biasa, ada 6 khemah. Nasib la lorong rumah aku ni memang jalan mati. Jadi tak ada masalah sangat la kan. Cuma orang yang rumah dia kat bawah bawah tu kena siap sedia park kereta kat luar khemah supaya senang nak keluar. Lauk rendang daging, gulai rebung perut, ayam goreng, gulai kari ada rebung ada daging. ada bubur kacang, air kenduri (sirap)

Disebabkan pukul 11 dah ramai orang, sampai pukul 4 pun orang penuh, pening kepala aku. Mana taknya, jemput dalam 1000 orang kan, haruslah ramai. Lauk cukup-cukup. Fuhhh!! Sedara mara dah ramai, kawan-kawan mak lagi. Mak pulak dah duduk sini lebih 40 tahun. Semua pun dah kenal. Itu pun aku, kaklang, kakcik, ceera dengan jemah tak jemput pun kawan-kawan kitorang. Malas nak jemput. Haha! Tunggu la aku kawin nanti baru la aku jemputkan.. Qery pun tak dapat datang kerana dia ada kelas. bagus..hahaha!


Masa siap-siap. Kitorang tak plan pun nak pakai baju sama. Iolls adalah pemalas nak beli baju pink. Kebetulan masa kat facebook, kaklang cite kat aku, akak beli baju pink pokodot 3 helai RM110. Oh murahnyeeeeee!! Jadi aku pun mintak tolong kaklang belikan aku baju yang sama macam akak. Rupanya Ceera dengan Kakcik pun mintak tolong belikan. Sebab kitorang ni adalah pemalas gila nak keluar cari baju, hahaha! Dah alang2 sorang nak pegi tu, kita kirim2 la, balik rumah i bayar. Murah lagipun..

Qery siap tanya aku cantik tak baju yang kaklang belikan tu. Aku pedulik apa cantik ke tak. Janji murah. Hahaha! Satu dalam Rm40 gitu la. Mana nak cari. Cuma Jemah dengan Kak Ida je tak sama baju, sebab dorang ni antara golongan yang rajin berjalan shopping. Huhu!

Lepas siap-siap semua makan dulu. Before orang ramai datang, baik ko makan dulu. Kang ko kena layan orang. Dah tak boleh makan dah..


Bukan salah ciput dia tak pakai baju pink. Huhu! Mulanya mak kata PINK BIRU, tapi tak ramai yang tau warna BIRU ni. Ada yang tau pun, tapi sebab haritu rumah pengantin perempuan dah warna biru kan, takkan la nak biru lagi. Tapi kite semua paham je ciput pilih baju biru, kakakakaka!



Nak makan, tapi sebab pagi sangat. Tak ON sangat la perut aku ni. dua tiga suap dah rasa lain. Sebelum kita rasa lain tu, stop je la. Adik bradik aku yang lain Ok je makan anytime anywhere. memang bangsa jin bertendang dalam badan.


See? Semua pokodot pink.


Masa ni baru jam 10, pengantin pun turun makan dulu. Lambat lagi sandingnya pukul 1. Before mak andam datang marilah kite makan dulu puas-puas.


Belah kiri, Cik Ros *jiran depan rumah*, Belah kanan, cik Memon Cik Memon ni la ajar aku Quran dulu sampai khatam. Best belajar rumah dia sebab cermin rumah dia warna warni. Hehe! Tiap kali kenduri kompom dorang ni yang bertungkus lumus semua. Ramai lagi seperti Cik Mah, Aji Leha, tapi tak snap gambar.


Ini adalah gambar sebelum jam 11. Semua nampak camera terus posing baik punye.


Bibir merah, aku pinjam lipstik Ceera. Atam beli lipstik tu jenama apa?? Nak la..
 

Terserlah bulat muka aku apabila duduk di sebelah orang yang muka bujur-bujur ni. Tapi aku redha..huhu! Sepatutnya aku kena duduk sebelah Jemah baru nampak seimbang. haha!

 Ceera, Me, and anak-anak buah.

 Kaklang dengan Akak memang rajin gila layaan tetamu. Sebab kawan dorang sajaa yang datang pulak tu. Lepas kawan ko kawan ko..hahaha!


Datin Eyta kite..cun gila okey, macam anak dara.

Ni Kaklang cite ngan aku...

Ko nak tau tak Na. Masa Alang tengah jalan tengok meja-meja ada air ke tak kan. Ada pakcik ni panggil Alang tau. Alang pun datang la kat pakcik tu. Pakcik tu cakap 'Nak, pakcik nak tanya boleh??'. Terus Alang berdebar-debar. Tapi muka senyum la sambil cakap 'Boleh pakcik..tanya laaaa'. Suara lembut sangat. *mata ke atas*. Pakcik tu pun tanya 'Anak ni orang catering ke?'. Anaaaaa!! Dia ingat kita ni yang pakai baju pokodot ni orang catering. Alang jawab la 'Tak pakcik, kite semua pakai baju ni anak-anak Haji Noh'

Tergelak-gelak aku dengar Kaklang cite. Pakcik tu ingat kalau kitorang ni orang catering, dia nak tempah hokeyh.hahaha! Sebab kitorang punye servis tip top baik punye. Lepas tu semua comel *kelip-kelip mata*. Aku siap tuangkan bubur okey, sambil promot bubur kacang ni sedap, ada durian sikit2. Rugi tak rasa. Kalau yang pakcik-pakcik gatal semua angguk-angguk nak bubur sambil sengih-sengih kat i. Amboii dia tu..hahaha!

Abah gedik sangat angkat kaki sebelah tu..hahaha! Patutla anak-anaknya pun gedik.huhu!
Baju mak aku jahit sendiri. Baju ni la yang sikit-sikit, suruh aku tengok, lengan siap sebelah suruh aku tengok, leher siap suruh aku tengok, OMG..teleng kepala i masa ittew. haha!

Dah pukul 1, pengantin pun dah berarak.

Tukang bawak bunga mangga adalah anak buah aku, dari kiri danial, dan kanan hadif. pengapit perempuan juga anak buah aku, Ika.


Masa ni ada silat-silat. Jadi duduk kejap kat sini. Sorry gambar bersanding dalam rumah takde, maybe Jemah ada. Kalau dia ada upload aku tunjuk la kat blog k.

Tepat pukul 4, orang dah ramai balik, tapi still ada orang datang lagi la. Akak ajak adik beradik karaoke. OMG, i dislike this one, hahaha!


Aku paling boleh nyanyi dalam RedBox sahaja. Sebab boleh syok sendiri. Tapi kalau ramai-ramai tengok, sorry naik lori, i pemalu. Lepas tu kena mawahhh dengan akak sebab taknak nyanyi. kahkahkah!

Habis semua, dah penat, dah letih gila. Kita semua naik rumah. Snap gambar atas pelamin.


Sepet (24), Ika (18), Ceera (30)
Perbezaan umur 6 tahun semuanya.
 
 Tak sure why like dis

 Kami tau kami chomei

 Akak-akak aku kata, nanti aku kawin dorang suruh aku tetapkan aku nak warna apa, dorang beli kat tesco 3 helai RM110, hahaha! Bagus..jimat sikit. =P

 Kak Ida dan Mia


Jemah yang sakit mata. terpaksa duduk je dalam rumah. Nasiblaaa...huhu!

 Angah tahun depan dah Form 5, apakah???


Itu sahaja lintas langsung dari saya, sepet the gojes!

Gambar pengantin ada dua keping je. Cukup la. Itu pun dah kire bahik hati haku nak letak. Tetiba emosi. apakah?? Haha!

Comments

Shahada Fauzi said…
comeynye pakcik yg angkat kaki sebelah tu..kim salam..hehehe..;p


happening betol la family ni..suka!
Shahada Fauzi said…
btw, yg part org catering tu memang lucu..hahaha..
ADLIL RAJIAH said…
Okay lepas ni sepet punya turn pulak. Bila? bila? bilaaaaaa??? Hahah kita bako dia!
Unknown said…
wah..bestnye..happening gitu...i loike the polka dot team..hihi
mrs kayrul said…
suka tengok family sepet nie...sempoi dan gila2
Wah best nya, rumah aunty bila lah nak macam ni.

Cik Zu baju mak pengantin lelaki lawa lah walaupun jahit sendiri. Hj Noh tu comel je bila angkat kaki sebelah gf dia kan. Mak ai ceera cepat nya badan dia dah susut. Baju polka dot tu menampak kan mak mak budak tu bertambah muda belia.
Kenapa pelamin tak bewarna biru dan pink, mesti cantik sebab kena dengan baju pengantin baru dan baju pengantin lama (ibu bapa awak lah tu).
kirim salam kat abah sepet eh...
akak mmg suka tgk ke'cute'an nye tu...
sepet ajar ke angkat kaki gitu???
hehehhehe :D

family korang mmg gilos gilos belaka :D
H said…
kak sepet, beli kat mana baju kurung dot dot murah tuuu?
Sepet said…
Fatin : Tesco Shah Alam =)
Irfa said…
baju korang polkadot pink itu adalah baju raya anak kenit akak thun ni ;)

emm kamu duk kg malaysia kt bdr tun razak tu ke?
H said…
kte dah pergi beli tadi. tp dapat 3 RM100 :D terima kasih kaka sepet.