Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 29, 2012

Aktiviti Hari Raya Haji Bersama Keluarga Tercinta

Raya kali ni, festime mak aku tak masak rendang. Sangatlah pelik. Pagitu aku tanya la nak potong bawang banyak mana kan. Selalu rendang kan banyak pakai bawang, serai lagi. Tetiba mak cakap tak masak rendang. HEAVEN!! hahaha!

Mak cakap, kali ni masak kari ayam, ayam 2 ekor je. Dan sup tulang (lebih kurang 7kilo), nasi himpit 3 pek, sup kaki ayam (untuk family sahaja sebab kaki ayam ada lebih kenduri ayie haritu). Itu je la menu utama nak masak. Menu sampingan tak kuasa nak cite.

Masak punya masak. Tapi aku takde la masak sangat. Sebab kaklang dengan akak ada. Hihi! Tapi tolong la yang senang-senang. =P

Tapi gambar dorang takde la. Takpelah. Anggap dan bayangkan je muka makcik-makcik tengah masak. Iolls benarkan..


Malam tu ada takbirkan. Rumah aku rumah pertama. Lepas solat Isya' tu orang2 kat masjid konvoi la datang rumah untuk takbir.


Tapi terkejut sangat takbir kali ni adalah paling tak ramai sebab hujan. Tanjat gegirl. Selalunya keluarkan pinggan 30 set dengan cawan mesti tak cukup. Kali ni aku rasa guna dalam belas2 je kot. Tapi puas la masing2 melantak sup tulang tanpa perlu berebut. Malam tidur lambat..

Esok bangun-bangun, terus mandi. Sebab adik beradik tak sampai lagi. Aku sambung tido. Tido dengan baju kurung, dengan tudung sekali. Boleh? Hehe! Sampai pukul 12 tengah hari membuta anak dara apakah? Terjaga sebab dengar bunyi kereta maknanya adik beradik dah sampai. bangun muka toya pegi dapur minum.

Aku handfon memang main campak je kat rumah tu. Disebabkan Ceera suka main game kat fon aku. Aku telah install game yang dia suka kat fon satu lagi. Ceera adalah sangat memenyampahkan apabila dia boleh mengaku fon tu fon dia. Contohnya, sehari suntuk dia dah bosan main game kat fon aku kan, dia letak la tepi meja. Aku pulak nampak fon tu kat tepi meja. Aku ambik la. Ingatkan dia dah habis main kan. Sekali 10 minit lepas tu di macam tercari2. Selamber je tanya aku..

'Ko nampak tak tepon atam?'

Aku pun tertanya2 la kot-kot la dia tanya fon sony dia kan..

Aku : Fon mana? Sony ke apa?? *sony dia adalah takde android..gelaakkan diaaa...hahaha*
Ceera : Tu....tuuuuu!! *sambil tunjuk samsung yang aku pegang dengan muka gawanggg*

Amboiiiii diaaaaa tuuuuuu... Da la main handphone guwa, lepas tu siap marah bila ambik handphone sebab dia nak main lagi. Pasrah je aku ni.

*ceera dia tengah bertabah tunggu iphone 5, sanggup guna sony yang takde android ittew, kekeke*

Sambil lepak tunggu yang lain datang. kitorang banyak lepak bilik je. Sebab bilik ada aircond. hari adalah amat panas. Aku cek-cek fon, sekali ada je gambar2 asing tau..


Payung comel. Aku beli kat kedai dua ringgit. Model dia tak berapa nak dua ringgit. Hehe!

Lepak dengan Keisha. Dia ni mula-mula tak nak dengan orang lain. Bekepitttt je la..

Jadi, aku sajikan muka aku, sore face and got 5 days mc, hihi!




Keisha macam malas nak layan aku.

Lepas tu kebetulan kakcik kata nak sambut befday nabil dengan hadif. Aku ni anak buah punya befday dah tak boleh ingat la. Kalau ingat pun ajoi, ayin. Tu je. Yg lain kureng sikit. Tapi adik beradik punya kompom ingat.


Untunglaaaaaaaaaaaaa sapa yang suka makan kek aiskrim durian. Aku tak suka durian. Jadi ko minum je la air soda tu.


 Kakcik dan anak-anak bujangnya.

 Tak tau la nak cakap apa dah..huhu! Sibuk semuanyaaa..

 Aku sibuk nak tayang muka

 Budak-budak

 Budak sebaya ni bekepit je kejenyeeee

 Ceera

 Ajai, form 2, sama tinggi dah dengan aku. Ohnoooooo!!

 Angah. form 4. Baju raya adalah baju lama gila. 3 tahun lepas kot. Pakai sebab tak payah gosok. Dasar..

 Memang nampak sangat tak bersemangat raya.

Me and Kaklang.

Itu jeeeee raya haji dari aku. Rasanya Ceera ada banyak gambar. Aku memang tak snap apa pun. Punyalah pemalas.

8 comments:

ceritera-chinta said...

tetiba sentap sebb i pun tak pakai anroid u...i pun guna sony cikai jek 4 tahun lepas punya....kecewa sebb tab jatuh berderai screen retak seribu dh malas dah nk beli lain pakai jek lah sony cikai tu hahahah

Jiji-Fify said...

Mana gambar lembu?? hahaha! samalah aku pon pemalas nak raya. :P

Noor Mardiana Mohammad Kadir said...

Sepet u gune produk ape yer tuk rawatan muke?

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

ceera cantek la...

sepet a.k.a zack_u said...

ceritera-chinta : Haha! Orang lain pakai takde android takpe, ceera je kita gelakkan dia..kekeke!

Jiji-Fify : Gambar lembu, lembu pesan kat aku jangan masukkan dalam blog, dia tak nak publisiti. huhu!

Noor Mardiana Mohammad Kadir : Rawatan muka? takde buat rawatan lagi..hehe!

DIEANAFIRDAUS a.k.a ANA said...

yeke..abyway...u ttp cantex....

sharifah rosidah said...

Aunty pun beraya di TPG je tak balik JB sebab anak2 semua tak cuti lama.

Shahada Fauzi said...

tak makan durian? oke..kite geng! hahaha..