Esok Sabtu Rupa-rupanya =P

Sejak aku tak kerja kan. Aku ni mempunyai masalah yang sedikit kronik untuk ingat hari. Hari ni hari apa. Eh solat jumaat? Bukan Khamis ke harini. Gittew. Semalam Qery kata harini hari Jumaat. Aku ingat dia tipu. Rupanya betul. Haha! Teruk betul.

Dah tak kerja, Ko tak kisah hari apa kot. Alah masa kerja pun aku ada je sindrom macam ni. Kerja-kerja ingatkan hari Rabu, Rupanya dah hari Jumaat. Kekeke! Sebab dalam department aku takde laki. So tak tau ada orang gi solat Jumaat ke apa kan.

Kawan aku lagi lawak. Hari tu public holiday. Dia boleh datang nak kerja. Hahaha! Tak boleh bla... Aku kalau public holiday memang ditunggu-tunggu. Yela bukan senang nak cuti kan. Time public holiday tu berdoa la ko tak oncall. Kalau tak, nangis dalam hati je.

Haritu aku tengok telur dalam peti ais banyak sangat. Telur kenduri punya. Jadi mari kita masa sambal telur. Huhu!


Mak aku kata, kalau nak telur tu tahan lama. Ko jangan rebus. Tapi stim kan dia. Telur ni memang masa kawin ayie kitorang stim kan. Sampai sekarang ok. Mak kata sebulan pun ok lagi. Tapi kalau rebus 3 hari je tahan. Yeke aku baru tau. kekeke!

 Malas nak masak sayur, tapi sebab engko macam dah nak layu je. Masak je la. Kang busuk dalam peti ais pun tak ada gunanya.


Lauk orang pemalas.

Terpaksa masak sebab mak gi rumah Ceera kan. 3 hari duduk sana nak bagi Ceera minum air kunyit. Euwww!! Air kunyit?? Tak boleh terima langsung..

Semalam kebetulan tau..aku bukak blog no cantik. Hehe! I likeeeee =P


Lepas tu tak de la tunggu nak no cantik lagi ke apa. Apahal pulak aku nak syok sendiri tunggu no cantik kat blog sendiri kan. haha! Tapi bukak-bukak dapat no ni. Boleh la..tak cantik macam first tadi.


Syok sendiri. hahaha! Ha cite pasal Qery yang sweet tu. Teringat pulak bantal love bila dia up entry tu.

 
Bantal love ni la yang Qery hadiahkan aku masa konvo. Masa ni takde pape lagi. Hehe! Macam mana la aku boleh tak suka dia. Ko cite dengan aku? hahaha! Manaaa la dia cari love warna hijau ni. Nanti aku cite lagi apa yang dia sweet-sweet eh. Tapi jangan geli tau...kekeke!

Comments

Sambal telur tu lauk orang pemalas ke? Idok lah aunty tau..aunty pun suka masak sambal telur....sodap.

Baru pertama kali aunty dengar orang stim telur.....haa tengok tu walaupun aunty dah tua...sekurang kurang nya baca blog orang muda dapat gak lah ilmu baru, terima kasih.
haryati said…
patutlah rajin masak..hihi...takde org nak tolong masak..
Sepet said…
sharifah rosidah : saya pemalas la aunty, jadi semua lauk yang saya masak namanya lauk orang pemalas. Kekeke! Haah aunty, mak saya cakap stim kan. Boleh tahan lamaaaa...

Haryati Faizal : Ini bukan rajin, ini sebab lapar. haha!
Miss Moon said…
wahhhh akak suka nom 301 tew hahahhah suka suka

hahahha tetiba menyibuks kan diri kat blog org hahahhah tp mmg menggoda sungguh sambal telor tew

Sambal telur tu favorite yati. :D makan dgn nasik panas... perhh nak2 musim hujan ni kan. Mahu berkilo2 naik badan.
Sepet said…
Kak Moon : sambal telur tu mak saya balik dia rasa, dia kata tak cukup letak garam. kekeke! Saya rasa okey je. Mak saja sabotaj. =P
Irfa said…
sedap pulak nampak sambal telur tu
oh akak x tahu pun kalau telur tu ditebus tak tahan lama.emm nanti kalau ada sesapa nak kawen boleh la sajes utk stimkan telur tu
susumanis said…
telo stim tu sama gan kukus kan, berapa lama lak nak kukus ya sepet, lauk anak dara masak malas ke tak totap cunn..kikiki
Unknown said…
teliuq bak angggg ;p
Shahada Fauzi said…
sedap nau tengok lauk org pemalas tu..huehuehue..

hazanis said…
sabtu kita paling suka..hikss
meera said…
Banyak telur brapa org makan tu.. Sdapnyer.