Walaupun aku anak bongsu, tapi aku bukan jenis yang asik nak bekepit dengan emak abah. Dulu masa kecik kena berkepit sebab macam takde choice tau. Semua orang macam tolak-tolak aku, sebab aku anak bongsu. Aku tak kisah pun, best je jadi bongsu. Korang boleh survey perangai adik beradik ko yang lain, mana yang tak ok mana yang ok. Itulah kelebihan menjadi seorang bongsu. Ko akan nampak contoh baik dan contoh tak baik.
Kalau ko jadi sulung, ko tak boleh nampak contoh. Ko kena explore sendiri. Ko nak buat semua benda. Sebab ko tak nampak dia punya result macam mana. Sebab tu la kebanyakkan yang sulung dia akan cakap kat adik-adik dia lebih kurang gini la.
'ko mana tau apa, aku lahir dulu'
Hahaha! Memang betul pun. Yang kecik memang tak tau apa pun sebab kita tak buat. Bongsu bagi aku adalah best. Maybe sebab aku tak manja, jadi aku lain sikit dari bongsu2 yang lain. Ada kawan-kawan aku bongsu, mintak mak duit lagi. Apakah???
Ada anak bongsu semua mak bapak nak sponser, kereta, rumah, motor, macam-macam lagi la. Tapi aku tak. Aku tau aku tak kaya. Even kakak-kakak aku pun masa belajar bawak kereta pun mak sponser. Tapi aku tak. Dulu masa study pun nak mintak nak beli laptop fikir sampai bertahun okey. Memang tiap2 anak yang sambung balajar mak akan belikan komputer. Aku masuk sem4 baru aku mintak tau. Sebelum tu punyalah cari cc, pinjam laptop kawan-kawan, nak mintak mak abah belikan tapi tak terbukak mulut ni.
Sampai la satu masa, aku rasa tak boleh la, sebab assignment banyak, kawan2 pun nak pakai laptop, cc pulak banyak virus. lepas tu banyak budak psycho, dia punya owner tu ngorat2 aku. tsk. Aku ingat lagi, hari yang aku nak mintak laptop tu, aku tanya kawan2 harga laptop paling murah berapa. Masa tu popular brand acer untuk student. harga tak sampai 2ribu. Bagi aku mahal la. Sebab aku takde duit.
Kol bapak aku..
Aku : Abah..kite nak mintak sesuatu boleh tak?
Abah : Ko nak apa?
Aku : *takuittt* Nak laptop..susah nak buat kerja takde laptop..
Bapak : Boleh, bape harganya
Aku : Mahal..tapi kita tanya kawan kita paling murah seribu tujuh.
Bapak : Ok nanti abah suruh Ayie beli
Ok je??? Aku ingat susah sangat nak mintak. Rupanya OK je?? hahaha! Pastu mak aku cite la, laptop aku seribu duit abah, seribu duit mak, lima ratus duit ayie. Amik ko Ayie dia upgrade beli yang RM2500. Serbe salah aku..
Aku memang bukan jenis mintak-mintak. Aku tak reti. Kalau mak abah bagi pun aku selalu tolak. Dulu mak penah nak belikan aku kete, bukan la beli terus, kira downpayment la. Mak pernah nak bagi emas dia tebal-tebal, aku taknak. Aku tak sanggup ok. Huhu! Aku ni ramai adik beradik. Even dorang tak pernah la cakap apa2, tapi aku taknak la nanti dalam hati dorang
"Ana tu semuaaaa dapat"
Gitu. Jadi aku tak pernah mintak apa-apa kecuali laptop. kakakaka! Itulah barang paling bermakna yang aku pernah dapat. Tapi laptop tu dah rosak, abah repair dah dia yang pakai sekarang. Aku takde laptop pun. Sedih kan..
Tapi itu tidak mematahkan semangat aku. Ecewah... Disebabkan aku nampak kesusahan mak abah aku mencari duit. Aku tak pernah nak mintak apa pun. Bagi aku dorang punya duit biarlah dorang enjoy duit tu, pergi la bercuti ke, umrah ke kan. Aku boleh cari duit sendiri.
Tempat aku nak manja2 pun dengan pakwe sendiri je la..kekeke! Dasar gatal sebenarnya..
Even takde sapa pun tau kesusahan aku, tapi aku happy je. Still bersyukur ada family yang ramai, ada parent, ada readers *readers la yang buat aku rasa aku ramai kawan okey, siyes, haha*. Nampak sangat tak sosial.
Semalam aku buat-buat merajuk, lepas tu cakap kat Qery, aku haus..dia belikan aku air..
Tapi perlu ke pujuk aku dengan gula-gula kapas ittew..
OMG!! Qery anggap aku budak kecik. Mencik!! Tapi aku makan je. Kekeke!
Gula-gula kapas tu manis gilakan. Tak boleh habis. Separuh je boleh.
Ini kalau habiskan boleh kencing manis serta merta.
Qery balik tu aku mesej la dia.
S : Nape belikan gula-gula kapas
Q : Kamu majuk kan
S : Gula kapas je???
Q : Abis nak apa?
S : Beli la kereta ke...rumah ke...
Kan.......hehe!
Comments
tp akak paham..baik ko mintak jadi suri rumah je.hehe en qery sila paham maksud terselindung itu :)
Irfa : Tu la, mula2 macam baik je ken, last2 mintak kete. Apakah?? hahaha!
cik lulu : Kan, terharu dapat gula2 kapas. =P
cube masa qery tanya nak apa tu kamu reply "Nak kamu jadi suami".. Mesti qery terus berbunga-bunga tak nyempat2 terus masuk minang..hahaha..
#comel betul korang berdua ni..(^_^)
Susah sekarang nak cari org yg bertimbangrasa, mendahulukan org lain & fikirkan org lain dulu sebelum ambil keputusan.. sebab tu sekarang ni ramai org yg perangai pelik2 kan? setuju tak? haha
untuk cikgu qery ;)
Sebenar nya anak bongsu aunty ni sangat manja, apa je barang yang dia hendak semua abah nya belikan. Tapi semenjak masuk U dia banyak berubah, manja dah hilang dan sangat berdikari pulak tiba2.
bl tnya nape suami ckp klau bg bunga cpt layu...rugi...bnda2 lain dh ada katanya...wuuuu....nk gak keta br :p
hahahahaha, habisla Qery. lain kali jangan buat Sepet merajuk.. nanti kalau nak pujuk kena la belikan dia keta ke jet pejuang ke.. hahahaha
Dengan ibu ayah sikit punya manja tapi dengan adik adik garang nauzubillah.
Tapi kakak/abang memang akan sayang yang last. Taktaulah kenapa, memang akan selalu favour yang last.
perempuan mmg kena practice
;-)
rynneshak.com
perasan sdiri muka korg ada persamaan.. heheee..