Sep 26, 2012

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa

Ini bukan entry selami jiwa ke apa tau. Ini entry entah pape. Jadi jangan serius sampai kerut-kerut dahi tu. Tak comel pun. Huhu! 

 *maafkan cahaya lebih tu, gambar makan kfc memang takde kene mengena dengan entry*

Pernah tak ko tak suka someone. Tak kisah la apa kisahnya kau tak suka someone tu. Yang akhirnya buat korang bergaduh, tak bercakap, unfriend kat facebook terus block lagi hebat. Atau pun mesej maki-maki, ataupun perli-perli kat blog dan seangkatan dengannya la. Beberapa bulan lepas tu korang dah tak rasa nak marah lagi. Bukan la rasa tak marah. Kalau ingat balik memang marah. Tapi korang dah malas. Begitu.

Pernah tak pernah tak????

Aku pernah tau. Pernah satu harini di unfriend dan diblock *over tauuu, huhu* oleh kawan sendiri. Kawan yang kite selalu backup, yang sebenarnya kita tak tau pun kenapa dia marah kita. Begitulah. Sampaikan kawan ni bawak mulut cerita bukan-bukan pasal aku, ajak member benci aku. For what? Aku marah? Mesti la aku marah. Tapi apa nak buat? Sabar. Aku punya tahap belum sampai nak burukkan orang lagi. Orang sekarang bijak, ada akal fikiran boleh fikir dan tak buta, orang boleh nampak siapa betul siapa salah.

Pernah jugak la aku marah dekat ex-girlfren Qery, cerita lama. Kalau nak diikutkan hati memang rasa sakit hati. Rasa nak marah, rasa macam-macam rasa tu ada. Ada marah yang aku boleh kawal lagi ada yang tak boleh kawal kadang2 terupdate jugak entry maki-maki, hahaha! Nasibla kan. Tapi sampai masa bila dah bertahun macam ni, ko akan rasa.........sudah-sudahla tu..

Pernah tak korang rasa?? Pernah tak???

Sampai satu tahap, kita rasa macam malas nak ingat dah. Lebih kepada nak lupakan la. Even ko memang takkan boleh lupa benda-benda yang mengecewakan ko ni kan. Tapi bila benda dah lama rasa macam..Enough is enough. Cukup la tu.

Maafkan?? Entah la. Nak maafkan? Aku memang lama dah maafkan orang macam ni. Tapi tu la kan, kita manusia ni tak sempurna, dalam maaf kita tu still ada rasa pendam lagi. Bagi aku la, memaafkan dan meminta maaf ni memang berbeza. Kita maafkan orang, kalau kesalahan dia kecil maybe kita boleh lupa je. setakat kalau orang tertarik tudung kau time sekolah tu takde hal la. Esok aku balas. Hahaha! Tapi kalau kau ugut-ugut aku nak bunuh parent, nak kencing atas kubur parent. Ni ex-gf Qery ye perangainya dasyat. Maybe frust sangat dengan Qery, hehe! Kesian..

Kalau orang tu datang meminta maaf dekat kita, yang ni mungkin akan ikhlas sikitla kita nak maafkan dia kan. Susah sangat nak lupa. Maafkan boleh. Lupa tu tak boleh. Nanti orang kata maafkan tapi tak ikhlas buat apa ken. Bukan ikhlas tak ikhlas. Masalahnya memang dah maafkan, kiranya ko takde hal dah dengan aku kat akhirat nanti. Tapi tu la, ingatan tu still ada. Bila ingat still sakit hati. Begitu.

Korang pernah kan rasa...huhu!

Tapi aku geli sangat bila kat faccebook orang update status

'sebelum tidur saya maafkan semua orang'

which is tak salah pun niat kau nak maafkan semua orang sebelum tidur, tapi tak payah kot nak update status sampai macam tu. Memang kau takde niat apa. Maafkan orang ni kita tak perlu nak war-warkan satu dunia. Tak perlu nak buat announcement. Kalau nak maafkan, silakan. Cukup kita je tau. Memang amalan maaf memaafi ni mulia. Aku pernah dengar dato dr hj mohd fadzilah kamsah cakap dalam radio. 

Orang yang sentiasa memaafkan orang lain, hanya orang ini sahaja takkan dihisab amalannya, akan terus dibawak kesyurga. Mulianya orang yang suka memaafkan orang lain. tapi kalau nak confirm gi tanya dato dr hj mohd fadzilah kamsah balik ye. Aku pun masa ni mamai dalam kereta baru balik dari kampung.

Watever it is la kan..hehe! Aku cuma tertanya-tanya. Aku sorang je ke rasa macam ni. Atau semua orang pun rasa macam ni. Dah maafkan, tapi still ingat. Kalau macam tu tak ikhlas ke? Aku ok kalau tak ingat. Cuma jangan ingatkan aku. Begitu lah. 

Ha pening kepala korang melayan aku. Hehe! Jadi baca la ini untuk orang yang susah sangat nak maafkan orang lain ye.

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]

Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)

Nabi yang pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu ? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Jadi, tepuk dada tanyalah selera, sama ada kita ni nak jadi seorang yang memaafkan, atau nak jadi pendendam. Aku ni kena brainwash jugak kadang2, maafkan orang, tapi nak ingat-ingat lagi buat apa kan?? Kalau dah maafkan orang tu. Lupakan terus la kisah lama. Okbye!

13 comments:

ain.ya.nun. said...

Ok saya insaf walaupun dalam hati susah betul nak memaafkan seseorang.

Tq sepet.

Unknown said...

kemaafan dendam yg terindah bak lagu aishah..

:: CIKVIVA :: said...

salam..

tulah..sepatutnya sbelum tido baik kite wat post "Sebelum tido saya nak mintak maaf kat sume org". Bukan ape takut kita lak tak panjang umo mase tido tu..

Unknown said...

alhamdulillah setakat nie belum pernah mengalami situasi sebegitu....kawan2 akak boleh dibilang dgn jari jer...pada akak biar kawan sikit asalkan berkualiti..

Irfa said...

pernah..smpi tahap kalau boleh bayang dia pun xnak tgk.tp bila umur meningkat *dah tua.huhu* terus fikir,mati entah bila..saya maafkan kamu dan kamu juga ;)

nalsweet said...

akak byk benda yang menyakitkan hati ni mmg dah TAKNAK INGAT..bukan lupa..tapi malas nak ingat..kalo teringat pun buat-buat macam takingat..kihkih..

aci ker nak maafkan ex tunang yg buat taik lagi sebulan nak kawen?aci ker??

aci aci..sebab sekarang dah masing-masing ada keluarga sendiri..

+ kesyukuran sebab Tuhan bagi suami yg lebih elok ;)

dah maafkan kot..tapi nak lupa?em, taktau nak cakapla cuma TAKNAK INGAT! hahahahahaha


*ok, sory sebab keluar tajuk..kot?

eh, pening sudah!

sharifah rosidah said...

cik Zu abai kan je lah tak payah layan dan lebih bagus unfriend je orang macam ni, tak payah nak fikir dan ingat2 dia lagi kosong kan dalam otak pasal dia ni,

Aunty pun pernah kena macam ni, masa tu aunty baru kawin, ada orang call rumah aunty maki2 kata aunty ambik tunang dia dan macam macam lagi, sekali pun aunty tak pernah layan, lama lama dia berhenti sendiri. Sebenar nya uncle pernah bertunang sebelum kahwin dengan aunty, of course lah masa tu aunty tak tahu langsung.
Eh rasa rasa nya exgf qery tu orang telok panglima garang kan, memalukan orang tpg je dia ni, dah orang tak nak kat kau terima je lah.

genuine1224 said...

pernah rasa! pernah di'unfriend dlm fb. sakit hati jugak, tapi lama2 mcm mls nak pikir. sbb aku xtumpang ko sket pun. buat xtau jelah.. klau layan, lama2 sakit hati kan?

Unknown said...

Salam zacku,

Kalau memaafkan tapi lepastu dah tak jumpa lagi kira okey sikit..ni kalau muka yg akan kita jumpa hari2 utk berhadapan,misalnya di tempat kerja,hurmmmm,memang payah sikit nak hadapikan...:)

ainul.zmrs said...

haha bukan akak sorg je kak. sy pun rasa cmtu.klu org tu takde kt depan mata n klu org tk ingtkan psl tu,okay je,

tp ble dh tringat balik,mesti rsa panas je hati huhu

Sepet said...

♥ dak pink : Hehe! Saya senang nak maafkan, tapi tak boleh lupa, acane. Sama2 la kita insaf, huhu!

Mira Adzlia : Peminat Aisyah ni.. =P

~Cik Viva~ : Tu la kan, mana tau ajal kita time tu je..mintaak maaf pun bagus jugakkan, jatuhkan ego kita..

Tentang Kita : Sama la, kawan tak ramai, tapi dalam tak ramai tu ada yang cemburu dengan kita. Huhu! Nasib badan..

Irfa : Kan..saya pun. tengok pun rasa menyampah tahap kronik gila, tapi bila fikir balik, macam takde guna..hehe!

Sepet said...

nalsweet : Memang tak aci kak, gerammmm je kan. Saya cukup tak suka dengan perempuan macam ni. Dah takde jodoh tu terima je la kan. Hinsssss!!

sharifah rosidah : Geram kan aunty, saya rasa aunty kenal kot. sebab tpg tu bukan besar mana sangat kan. Entah2 sedara. Hahaha! Dia sorang je gila kat tpg tu aunty, orang lain okey baik-baik je macam aunty.

genuine1224 : Pelik kan, tetiba nak unfren, tak paham betul. Tapi bila fikir balik, bagus jugak dia nak unfren, mungkin dia cemburu kot tengok kita. Hihi!

darikacamatai ly : Salam, saya pernah rasa jugak, hehe! Hari2 kena jumpa. Stress saya, kalau dia muka biasa takpe, ini bila nampak kita dia buat muka tahi..oh geram betul rasa nak lempang je. Ops..huuh!

♥nurul♥ : Tu la kan, bila takde depan mata ok. bila ada depan mata je rasa macam &^%*^, hehe!

Sara said...

Pernah2x.. meluat sampai hr ni. baru ni die nak add kat fb memang tak laa akak nak approve. Pastu gi ngadu domba kat member die bg tau akak sombong taknak add, krim salam laa kat kamu. pd akak menda yg lps biarlah lepas tp aku taknak sekali lg ko ada dlm idup aku. blehh blahhh ko jauh2.. hehehe

BTW.. psl org buat perangai annoying kat status FB mcm bersepah. Yg tak tahan ko gi solat jumaat pun nak check in kat mesjid ape cte? perlu ke nak tayang kat sume org ko pg solat jumaat. eeii tak paham ahh ahkak