Kerja berkira

Sempena hari Jumaat ni kite cerita benda yang baik-baik je la ye.Tetiba sensitif pulak ko hari apa semua kan. Huhu! Masa first time aku kerja, aku nak kata mengeluh tu , memang selalu la. Aku pun manusia kan. Sentiasa rasa diri dia dianiaya. Buat kerja lebih sikit mula la terdetik dalam hati *gaji sikit kerja banyak, puii* begitu. Aku tau kebanyakkan kita selalu rasa macam tu. 

Manusia memang macam tu. Ada yang malas kerja. Tapi gaji dia banyak. Ada yang rajin kerja tapi gajinya sikit. Ada yang dia buat kerja dia je, dia tak nak bantu pun kawan dia punye kerja. Ada yang kerja dia orang lain buatkan. Lumrah hidup. Kat mana-mana pun sama je situasi dia.

Ada yang berlagak bos bila bos tak ada, ada yang  supervisor lagi over dari bos. Ada yang kerja berkira. Contohnya, kalau aku tolong kau esok lusa kau kena tolong aku. Kalau tak awas!! Aku akan canang kat orang kau tak mengenang budi. Ada je orang macam ni kan. Disebabkan aku dah pernah kerja kat 3 tempat dan 1 praktikal. Jadi sedikit sebanyak aku tau perangai orang. Kat mana-mana pun sama je.

Aku pun sama je. Kerja lebih sikit start la mengeluh sakit pinggang semua kan. Kerja best kalau semua orang tau tanggungjawab sendiri dan ada team work. Kalau kerja kat tempat yang kau arahkan orang ni, tapi kau lepak je. Memang kesian la. Selama aku kerja ni alhamdulillah semua rajin-rajin belaka. Dan masing-masing tau tanggungjawab sendiri. Aku rasa sebab aku kerja bahagian farmasi. Kita semua rasa kita ada tanggungjawab kat masyarakat.

Kadang-kadang memang mengeluh kena kerja time cuti. Kena kerja shif. Kena kerja malam. Kena kerja double duty, Kena marah dengan patient,  dengan doktor. Tapi sebab itulah tanggungjawab, itulah kerja yang kita sendiri pilih. Tak ada orang paksa kau kerja bahagian tu. Kau sendiri nak. 

Nak suruh hati kita ikhlas untuk kerja tu memang susah sangat. Kita semua kerja sebab kita ada tanggungjawab. Tak ada orang yang suka kerja angkat batu, bancuh simen kat tempat yang panas terik. Tak ada orang yang suka basuh tandas, tak ada orang yang memang hobi dia buat plan bangunan tinggi-tinggi. Kita semua kerja sebab kita tau kita ada tanggungjawab. Ikhlas tak ikhlas kita tau kita kena kerja. Betul??

Tapi masalah kita, kita suka mengeluh. Aku bukan kata korang, aku pun sama. Ini pun masalah aku jugak. Aku pun masa kerja, kalau kerja banyak nanti aku komplen, gaji bukan banyak sangat la apa la. Sendiri memang tau tak elok mengeluh. Aku tau Allah nak bagi aku pahala, tapi sibuk nak mengeluh panjang kan. Habis pahala aku. Pahala dah la tak banyak ken...Sekarang rasa menyesal dulu banyak mengeluh..

Aku berhenti kerja bukan sebab aku nak lari dari tanggungjawab. Tapi aku rasa mungkin ada rezeki aku kat tempat lain. Aku lagi suka kerja sendiri. Kerja aku, banyak mana aku dapat. Aku puas hati. Kerja sendiri ni kita takkan mengeluh. Sebab kita tau, kalau kita rajin banyaklah kita dapat. Kalau kita malas sikitla kita dapat. Nak berkira pun macam mana. Semua kerja kena buat sendiri kan. Aku suka la macam tu. Hehe!

Baru-baru ni ada tengok orang share kat facebook. Aku memang pantang sikit kalau bab-bab Ustaz Don *ye aku tau dia dah nikah, sob sob*.


Jadi, kita sendiri fikirlah ye. Sama ada nak merungut gaji sikit kerja banyak. Atau nak redha je, atau nak bersyukur.

Salam Jumaat semua =)

Comments

ayunidati said…
bagi saya tak kesah la kerja banyak pun tapi kena ada kerja sama... itu yang penting... kalo duh berdiri tengok jek kawan yang berkerja.... hurrmmm....
Sepet said…
@YUNID@TI : Kebanyakkannya kita memang buat kerja. Tapi belakang-belakang merungut. Hikhik! Sebab saya selalu macam tu =P
cik nur said…
thanks tau sepet phew buat nur terfikir sejenak pasnie taki berkira kerja insyallah
Sepet said…
cik nur : Itu la, saya pun terfikir dan tersedar atas perangai saya sebelum ni. Hehe!
Fazlinil Irma said…
betull.. keja sdiri ni penat mcamana pun kita takkan mengeluh. sbb kita yg pilih..

sepet kan dah ada cg don qery. kehkehkeeeh..
Sepet said…
Fazlinil Irma : Tu la, nak mengeluh pun tak jadi apa. Hehe! Belum jadi hak milik tu.kihkih!