Orang yang belum kawin, memang akan borak benda-benda yang memboringkan. Aku pun tak tau la selama ni aku borak apa dengan Qery. Ada je benda nak pok pek pok pek. Aku je la selalu cite pok pek. Qery selalu dengar je. Kalau dia rasa benda yang aku cite tu boring, dia akan pasang radio. Jadi aku tau la dia tak berminat nak dengar. Kong ajo dia tu.
Tapi bila dia start nyanyi sorang-sorang *bajet anuar zain* aku terus bukak radio. Suara bukan sedap sangat kan. Terseksa aku nak dengar. Aku tak kong ajo sangat. Aku cuma comel je *time aku comel sahaja, haha*
Snap gambar macam ni bajet cool sangat. Huhu! Rasa nak lempang diri sendiri
Semalam Qery tanya aku. Ini tanya je tau bukan betul-betul tau. Yang geli-geli punya.
Q : Tak percaya je kamu suka kita
S : kamu yang suka kita lah
Q : Eii. Dah la nak kawin dengan kita
S : Oiii *malas nak layan*
Q : Dah la malam-malam mesej kita cakap windu-windu
S : *baiklah, tapi takyah la cite depan-depan ken* Diam ah...
Q : Malu ke??
S : Nak kawin ke?
Q : Kenapa?
S : Pandai masak tak??? Kalau tak tau masak tak boleh kawin tau..
*suasana diam dalam masa 2 minit*
Korang fikir la sendiri apa dalam hati Qery, haha! Sebab aku malas nak layan dia.
Comments