Oct 12, 2012

Tergelak haku sekejap

Aku tak tau la..tapi aku rasa ini funny!!

Well, aku tau semua orang dalam dunia ni baik. Lagi-lagi yang dalam facebook aku semua baik-baik je. Tapi dalam baik tu, ada jugak la benda yang aku rasa funny tahap max.

Aku boleh terima lagi la kalau dia tulis 'check in masjid'

Mungkin la nak bagitau kawan-kawan dia kat masjid jangan ganggu ke apa kan. Ye la orang sekarang kan suka wassap. Haha! Positive sikit la aku ni kadang-kadang.

Atau pun baru balik masjid, mungkin jugak la nak ajak kawan2 ngeteh ke apa kan. Fione....kite tak tau apa yang terjadi kat orang tu. Bila dia nak tulis gitu. Tapi paling aku tak menahan... Ada yang tulis..

'baru lepas sujud syukur'

Motif?? Aduyai....lawak bebenar. Alhamdulillah la. Tapi aku rasa benda ni lawak gila sebab siap nak bagitau kat facebook. Kekeke!

Aku tak tau la kot esok dia up status apa pulak kan. Kalau iye pun...amalan tu tak payah la tunjuk sangat. Tapi mungkin la niat dia nak kite remind kita supaya bersyukur ke apa kan. Please la positif. hehehe...kbye!

12 comments:

Unknown said...

Salam sepet,

Im ur silent rider..selalu baca je..tapi baca entry ni rasa cepat je nak komen...memang kdg2 sesetgh org ada mcmni..kot ye pun.tak payah la nak menunjuk sgt..even kalau g masjid smbahyang pun,tak yah la nak pung pang cerita kt org..amal kita hanya allah yg tahu pun dah cukup...

Tergelak je kdg2 jumpa org spesis yg mcmnikan. :)

Khalilah said...

Oh sepet, sweet sgt model pompuan tu. Semua dia pakai cantik cantiks lor.

Delimasari said...

klu kata riak - mesti melenting gilos mereka2222 tu kan

pelangi isya said...

Nak berdoa pon dalam facebook kan. org berdoalah dekat Allah. (mungkin dia nak kawan dia tlg doakan sekali untuk dia) think +ve. Hehe

pelangi isya said...

Nak berdoa pon dalam facebook kan. org berdoalah dekat Allah. (mungkin dia nak kawan dia tlg doakan sekali untuk dia) think +ve. Hehe

Meg-ct said...

Huhuhu kadang2 tengok status kat facebook mmg kelakar dan macam2 hal. Yg annoying pun ada. Akak pulak walopun dah bertahun ada facebook status yg pernah akak tulis cuma sekali iaitu "mengantukkk.......". Tapi tiada komen apatah lagi like. Keh keh keh..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

urghh...belambak org camgini dlm FB akak jugak...

ada yg up status gini : 'nak terkentut atas sejadah tgh tunggu suami nak imamkan solat..'

(in directly nak bagitau la yg dia solat berjemaah & suami dia imamkan)

ko ada...

ada jugak yg up status gini : 'Alhamdullah...selesai solat dhuha...'

Pd akak la kan..amalan2 ibadah yg kita buat utk diri kita..tak perlu la kot gebang sangat kat status FB..diam2 sudah...
lama2 dah jadik cam riak nanti...

Lain pulak dgn yg baru berhijab, pastu bajet muslimah sangat...& tazkirah kan org as if dia tu dah betul sempurna...

Unknown said...

hihihi...yela..skang sume pun mau check in...pegi jmban pun mau check in jgakkk. :p

gurlz.sinderella said...

Betul la yunk.
skang nie ramai sangat yg nak menunjuk2 yg dia kat masjid la,baru lps smbhyang la,dah habis khatam quran la,penat ahkak uols.stress suda

sharifah rosidah said...

Eeeei geli lah kok ya pun ko tu alim sangat tak payah lah nak bagitahu satu dunia.

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

hu3...lawak la.

A.R said...

check in tu bukan wassap la sepet,tapi 4square :P