Ada satu email yang comel dari sorang silent reader. Siap tak bagi aku print screen email dia sebab dia malu. #Ohmysweetreader *sebab kan aku suka printscreen*. Adik ni mintak aku tips macam mana nak tulis entry, macam mana nak orang follow kite, macam mana nak orang suka kita, macam mana nak orang ramai baca blog. Gittew la.
Ekceli aku tak ada idea sangat macam mana nak jawab soalan adik ni, sebab aku buat-buat blog memang terus popular. *pitam* hahaha! Well ramai yang tau blog aku dari Ceera dan VP (Jemah), memang dari dulu Ceera dengan VP banyak cerita pasal aku yang gojes ni kat blog dorang, so bila aku buat blog, untuk aku tak ada rasa kesusahan untuk naikkan nama blog. Rezeki aku untuk tak rasa susah. Silalah jeles. Hew hew!
First, tulis dengaan ikhlas. Jadi diri sendiri. jangan la ko baca blog ni, ko rasa dia best. Lalu ko pun nak ikut style dia. Boleh je sebenarnya buat macam tu. Tapi boleh nampak la fake nya. Macam before ni, aku baca blog Hanis Zalikha (kita amik orang yang popular je la eh), cara dia tulis kita tau sweet n nice kan. Bila ko nak tiru dia tapi ko bukan jenis macam tu. Apa akan jadi? Ko sendiri letih nak tulis gaya dia kan. Sebab tu bukan diri ko. Lepas tu pembaca blog pun akan boring sebab sama je gayanya. Baik dia baca Hanis Zalikha punya blog.
Macam sekarang ni, ramai betul yang tiru Zack Zuhairi punya style, lukis dan cerita. Tak ada identiti sendiri. Sebab kita dah tau itu style Zack Zuhairi. Apa pun terjadi, orang akan lebih suka cara Zack. Banyak sangat copycat ni bila aku baca rasa macam..baik aku baca blog oraang yang tulis sebab dia ikhlas. Gittew.
Korang sendiri boleh bezakan orang tu tulis ikhlas ke tak. Tapi korang tak payah la nak pening sangat nak cari identiti senditi. Tak ada identiti tak boleh ada blog la? Pelis la, blog aku pun tak de identiti kot. Kemonnnnn laaa... kekeke!
Second, macam mana nak bagi orang suka blog kita? Soalan ni aku tak tau jawab. Sebab lumrah la bukan semua orang suka kita kan. Aku pun bukan suka semua blog. Kadang2 masuk blog someone ni, baca-baca tapi takde perasaan la time baca. Nak suka ke tak nak? Kalau suka aku esok-esok aku baca lagi, kalau tak berapa nak ada perasaan time baca, maknanya lepas tu tak baca dah.
Ketiga, ramai followers? Blog aku sikit je nak banding dengan blogger-blogger femes lain. Kalau blog ko best. Orang akan follow. Kalau blog ko tak best. Orang susah sikit nak follow kecuali kena paksa. Huhu!
Ke empat, nak naikkan bilangan pembaca? Aku happy je walaupun tak ramai mana baca blog aku. Tak kisah la harini masuk 10 orang ke, esok masuk 12 orang ke. Ko kena ada rasa happy masa nak tulis. Dulu masa buat blog. Rasa macam syok sendiri je. Tapi best. Makin kurang orang baca blog ko, makin banyak ko boleh merapu. Ken??
Senang cite, tak payah ikut orang sangat. Dulu aku pernah la komplen kat Ceera, ada sorang reader ni suruh aku cite pasal benda yang bermanfaat sikit. Blog aku kan merapu. Haha! Lepas tu Ceera cakap tak payah. Jangan ikutkan sangat cakap orang. Dia sorang je nak baca benda bermanfaat tu. orang lain tak kisah pun. Buat cara sendiri je. Nak ikutkan sangat cakap orang sampai kesudah la asik kita je tak betul kan.
Ke lima, jadilah orang yang berfikiran positif masa tulis blog. Jangan la psycho sangat. Jangan emosi macam aku. Perempuannnn kan *mata ke atas*...hahaha!
Ke enam, bahasa pun satu masalah jugak, tulis bahasa yang orang senang paham la. Habis dah kau tulis owunk = orang. Tak berbulu hidung nak baca? Kalau anje anje takpe la kan. Sikit-sikit boleh. Bahasa jangan kasar sangat. Kasar kadang2 takpe la. Ini dah kalau satu habis 10 entry semua maki. Something wrong la.
Aku tulis blog bukan sebab nak popular, bukan sebab nak orang kenal pun. Takde la sampai nak masuk media sana sini. Tade jugak sampai nak iklankan blog kat surat khabar. Takde sampai nak ada geng2 blogger ke apa. Takde. Aku lagi suka being alone gittew. Tapi aku tak pernah la rasa lonely sebab aku ada readers yang comelote. Kalau ko rasa nak popular, nak blog ko popular, korang boleh la masuk ruangan paper metro ke, atau masuk majalah mana-mana k. Salah satu benda bagus la kalau nak popular. Yang macam aku ni, kita duduk diam-diam update macam biasa. Hehe!
Ke tujuh. mesti ada minat nak menulis. Kalau tak minat. Tak payah buat blog. Jangan peningkan kepala. Ko baca je la blog orang. Sebab ada orang dia memang banyak idea. nak cakap itu ini, tapi bila nak taip, semua hilang. Ada orang yang macam ni.
Muka tak comel takpe, tak menjadi masalah untuk menjadi blogger. Macam aku, aku tak comel. tapi aku edit supaya mejadi sedikit comel. Kekekeke!
Itu je la. Tips yang aku bagitau ni bukan la untuk jadi blogger popular tau. Tips ni untuk yang blogger poyo macam aku je. Pengalaman aku tulis blog. Ittew sahaja. Okbabaii
p/s : Tak best pun popular. Percayalah cakap aku.
29 comments:
blog akak,tulis apa akak suka
tq sesangat bila ada org sudi baca ;)
panjangnyer tips dia!btw,thanks!hehe..suka baca sbb sweet innocent and a bit naughty gtu..hewhewhew
sepet... beautskin bila sampai stok... heehe... sy admire la blog awak:)
mummy alisha : Kak, be tu je tak sampai lagi kat tangan saya. hq kata pos minggu ni. Huhu! Tunggu tauuu =P
edit ke x edit ke
awak memang comel
hihihi
nak jadi comel macam kamu..hohoho..;p
setengah orang suka baca menda ilmiah je manjang..setengah orang suka baca life orang lain..kite nak menulis ni tak boleh nak ikut sangat permintaan orang kan? tulis je la ape pun yang kita rasa seronok nak share dgn orang..betol tak?
kak sepet memang comel ok :)
aku setuju sangat-sangat apa ko cakap.kalu berblog sbb niat nk glamor, rasanya xkemana pun. kena ikhlas dan jugak minat menulis.
aku hrp nt bila ko kawen branak pinak pun ko still berblog dgn cara camni lg ek.sbb aku xleh byg klu ko tulis skema2 nih,haha
terharu tgk kak sepet yg truely ikhlas ni...semua benda pun mcm sempoi jew... blog sis akan sentiasa di hati ^_^
Aunty baca sebab aunty suka....nak tulis apa pun aunty tak kesah....
Ada blogger2 yang lebih terkenal dan dah berumur sama macam aunty pun aunty tak baca...sebab nya aunty tak suka cerita dalam kain yang kadang2 boleh memalu kan anak2 atau pun cerita yang asyik nak up kan diri sendiri je...sorry aunty tak minat. Kita suka cerita yang santai2 je...
terus semangat nak berblogging bila baca blog sepet nie...awak dah comel la sepet..x perlu edit2 picture...
Nak jadi penulis tapi tak kesampaian. Akhirnye merepek kat blog je. Tu pun kemalasan tahap gajah. Last2 sendiri taip, sendiri tulis. Haha.
good info dear :) btw cmne nak dapat skin yg flawless like u? boleh share? hihi
Nice entry... santai....
tq for good sharing dear..
tq for good sharing dear
thanks sharing...
Slm cik sepet best3 mohon share tkasih (:
best bace blog awok.. saye nih tesengih sorg2 bace blog awok..ehehhe..btw nice sharing :)
thank you for the tips. sempoi and i liokeeee...
suka baca blog akak ..sempoi je .. ^_^
suka baca bloh akak ..sempoi je ^_^
terima kasih di atas tips yang diberikan,, i'm newbie here ,, thnks a lot
Tq
yes agreed..saya buat blog sebab saya suka membebel..hahah..at lesat bila yang bermanfaat tu boleh la share dengan org lain
Salam sis sepet..comel sgt u.. Btw salam pekenalan semua blogger otai.. I newbie..hehe ada blog da lama tp x update 😁 hehe skrg baru nk aktif blik..nice sharing..sgt bermanfaat untuk newbie bg sy.. Mmg ingt nk tnye pon..huhu n rasa mcm bnyk benda lg nk tnye sal blog ni..hehehe
Kindly visit n follow ny blog sis
Azirafreesia.blogspot.com 😘
Tenkiu hehe
Terbaikk ahh 👍👍
Menarik cara nak tarik pengunjung ke blog kita.
Thanks info akak. rasa qalik je baca, sedar2 dah habis. tips yang baik...
Post a Comment