Keluarga aku kalau dorang ingat cite pasal ni, kompom dorang gelak bahan aku sampai menangis2. Psycho sangat dorang ni. Korang pernah tak ada keinginan nak lari dari rumah? Kalau ada, sila tanamkan saja angan-angan tu. Sebab very no no no good.
Meh aku cite dulu eh. Masa aku kecik, aku ni suka melukis tau. Aku suka tulis la. Tak kire la buku sekolah ayie ke, ceera ke, jemah ke. aku contengkan saje. Gila kentang, kekeke! Kerana perangai aku yang 'baik sangat' tu, aku sering dimarahi oleh ahli keluarga.
Pernah la aku pinjam water color abang aku,tapi aku tak bagitau dia. Family aku dulu kalau tanya takde nak slow-slow, semua jenis tengking sesaja. Ayie bengang agaknya, sebab aku selalu bagi masalah kan, hahaha! Dia terus tanya aku marah-marah lebih kurang gini la bunyi dia
'KO AMBIK WATER COLOR AYIE KAN!! MANA KO LETAK???'
I is takuit, hahahaha! Aku kalau takut terus diam..bukan taknak mengaku, tapi dah ko marah-marah i takuit la kan. Bila aku diam, dia tak puas hati. Dia seret aku sampai ke dapur. Huwarghhhhh..aku redha..hahaha! Yang si Ceera ni pulak marah la Ayie, agaknya dia kesian aku diperlakukan bagai adik tiri kan. Cubit tak yah cite la, masa tu keadaan aku memang macam orang teraniaya. padahal aku yang bersalah dalam ini hal. Kekeke!
Ayie tak puas hati, sebab dia tak salah dia pulak kena marah. Dia selalu sorokkan barang2 sekolah aku. Seruling, buku muzik. Dia kejam. Bila aku cari tak jumpa. Nak gi sekolah esok takut cikgu marah. Cikgu dah pesan suruh bawak seruling dengan buku muzik kan. Nangis-nangis la cari dengan mak aku. Rupanya ada dalam laci tudung mak aku. Ko bayangkan kenapa boleh ada dalam tu. Kuikui!
Aku suka sepahkan rumah, balik sekolah baju campak je mana-mana, Ceera pulak kejenya kemas rumah. Dia paling bengang la dengan aku sebab semua benda yang dia kemas tu aku la yang sepahkan. Satu hari dia baru lepas kemas rumah tau, aku balik sekolah campak je tudung. Dia punya hangin, hahahaha! Dia suruh aku simpan tudung tu, aku tak simpan-simpan. Lepas tu makan la penampo dia.
Aku pun nangis...
Masa nak gi sekolah agama petang tu, aku tulis surat kat mak aku. Tapi letak atas meja cermin. Kan dalam cite melayu kan kalau ada surat nak pesan pape letak kat cermin meja alat solek tu kan. Gitu la gayanye. Kepilkan surat tu tindih dengan barang. Pegi sekolah agama dengan hati yang lara...hahaha!
Dalam surat tu..
'Mak, Ana dah tak tahan lagi..Ana nak lari dari rumah'
Der? macam la mak aku kisah kalau dia baca surat ni. Anak i 9, kalau lari sorang tinggal 8, banyakkk lagi..haha.
Tapi takde pun aku lari, balik sekolah agama tu selamat je sampai rumah. Lepas tu langsung tak teringat pasal surat. Tak ada jugak orang bercakap pasal surat tu. So memang dah lupa gila la.
Beberapa tahun kemudian. Ini tahun tau..bukan hari ataupun bulan. Mungkin la 3 tahun macam tu. Jemah kemas-kemas rak buku dia. Sekali dia jumpe surat aku tu. Dia pegi hebah satu family. Semua bahan aku sampai aku nangis. Sentap habis la time tu. Macam mana la surat tu masih wujud???????
Tapi bukan aku je yang pernah ada perasaan nak lari dari rumah. Ala masa kite kecik-kecik, kena marah sikit je nak lari dari rumah. Entah pape. Ceera dengan jemah pun pernah nak lari dari rumah. Tapi nak lari duduk belakang rumah je. Boleh??
Korang pun mesti ada buat macam ni masa kecik kan. Ini sedikit gambar curi dari blog Ceera.
Gambar masa aku kecik sangat tak tau umur berapa. rambut kelinting. walaupun rambut i kelinting, semua sayang i je. Dan paling boring dulu, bila jumpa sapa-sapa mesti dorang cakap camni kat aku.
'nak pinjam rambut boleh??'
Ingat aku suka?? hahaha!
Main-main dalam bilik dengan Ceera dan Ayie, aku tak sure kenapa aku pakai bedak tu??
Ceera, Sepet, Abah, dan Jemah. Kitorang dari dulu memang suka amik gambar tunjuk gigi *walaupun i sedar diri gigi tak cantik*
Masa ni aku 6 tahun. Okbye
Comments
gambar pun comel..rambut kerinting..dah besar jadi lurus ke rebonding semata-mata??
gambar last tu umpama abah bergambar dengan bakal-bakal blogger yg top..ewahhhh ;)
Tak puas dengan mengadu aunty sepah kan rumah, kadang balik sekolah baju, kasut dan beg campak merata rata saje je sebab kakak atas aunty ada 4 orang so kerja mengemas memang lah kerja dia orang. Kakak2 Aunty apa lagi sorang sorang datang ketil(cubit) peha aunty sampai berdarah pun ada. Emak dengan arwah abah selalu menang kan aunty mana lah kita nak takut dengan kakak2 tu. Kesimpulan nya anak bungsu memang mengada ngada dan manja kan.
Tapi bila dah besar dan tua kita adik beradik dah jadi bestfriend termasuk lah adik yang dipelihara oleh atok aunty, kalau ada masa je mesti kita keluar atau makan2 sama sama, tak payah kawan dengan orang lain dengan adik beradik pun dah meriah.
kamu ni mmg lucu beno..tapi tapi tapi..kite pun pernah ade rase nak lari dari rumah masa kecit2 dulu..wakaka..lawak!
Kelakar tgk gambar lamakan....dgn rambut kerinting tebalnya masing-masing hahahahha:p sepet comel sbb rambut kinting...muka bedak sejuk tebal ekekekekke:-)
(jgn mara ahh kak ceera, skarang hot)