Beberapa minggu ni, bila bukak facebook. Ramai sangat status yang gila meroyan la, asik nak meroyan je kejenya. Lepas tu ada pulak yang asik nak jual barang je. Kalau setakat jual je tak ngape, ni siap tag tag aku suruh aku join jual sekali ke apa???
Lagi bisnes MLM la, serabut kepala otak aku. Bukan sorang dua tau. Aku selalu malas nak layan, aku ignore je. Tapi yang tak bestnya before ko ignore ko mesti terbaca jugak kan. Memang rimas astavaganza la. Aku tau nak meniaga memang itu la caranya. Tag orang, up status bagai. Tapi kalau dah sejam 10 kali asik engkoooo je, masalah jugak bagi aku.
Maybe la korang tak salah dalam hal ini. Yang salahnya aku sebab sikit-sikit nak rimas kan. Jadi aku bajet nak unfriend je. Tapi ada yang ko ni kawan aku jugak sebenarnya. tak sampai hati la pulak nak unfren kan. Kalau setakat aku tak kenal tu takpe la. Mungkin la dia tak perasan aku unfren dia ke apa kan. Kuikui!
Entah macam mana, aku belajar dari mana entah, just click macam dalam gambar bawah ni je.
Katakann la aku menyampah dengan status Qery, aku pun bukak la facebook dia, go to Friends and click kat Show in News Feed tu. So lepas tu ko punye home takde la nampak status annoying dia tu. Boleh la ko senang hati sikit. Buat masa ni adalah dekat 10 orang aku buat, kekekekeke!
Maafkan aku, kadang2 aku memang psycho sikit. Benda sikit pun nak meluat. Entah pape. Ada satu girl ni status dia asik meroyan tau. meroyan tu tak kisah, ini siap pakej mencarut bagai. Yang klaka, *cea aku tau pulak semua kan, mana taknya..sejam sampai 10 status, harusla aku stress dan ingat sampai sekarang* Harini dia amukan satu dunia, mencarut macam dia je la yang teraniaya. Esoknya dia up status macam dia alim pulak. Lusa amukan lagi, malam tu alim balik..Oh titaaaakkkk.. Aku tak dapat terima..huhu!
Apakah ini semua? Tapi aku takde la nak kata status aku kat facebook semua okey, kadang2 macam bagus pun ada jugak. kekekeke! Eh kepada lelaki yang add aku kat facebook, awal2 bagitau, aku tak accept lelaki tau. Kalau i accept, penuhlaaa fren i *ceaaa konfiden market tinggi lagi, kahkahkah*
Jadi, kalau korang rasa nyampah tahap nak muntah tengok status kawan korang, tapi tak sanggup nak unfren, boleh la buat macam aku buat tu. Bahagia hidup. Tapi kalau korang nak buat macam tu kat aku pun boleh jugak, tapi jangan bagitau tau..nanti aku sentap. Huhu!
7 comments:
Sempoi lah kak :P
Sepet memang terbaik... memang stress bila buka fb jer ada jer orang nak tag2 jualan dorang.. aduhai..
Macam tu ke, ok lain kali aunty dah tau macam mana nak buat, makcik makcik pun ramai yang meroyan tahap gaban kat fb, jadi tau lah aunty ngajo nya nanti, hihihi ooops tapi aunty bukan makcik makcik yang lorat ok, me makcik yang baik dan sporting sorry terpaksa puji diri sendiri sekali sekala.
HHAHA.betul2. rimas juga kdg2 kena tag2. pastu org up status bagaikan setiap saat,asyik2 nama dia je kat news feed.mak aihh tensen jugak.
HHAHA.betul2. rimas juga kdg2 kena tag2. pastu org up status bagaikan setiap saat,asyik2 nama dia je kat news feed.mak aihh tensen jugak.
sila jangan unfren akak!
tQ ;)
Rina Ellisa : Sempot la sangattt..hehe!
Riena Haiqal : Pening kan bila ada orang tag tag ni, nak remove pun serba salah. hehe!
sharifah rosidah : Haah aunty baik, hehe! Aunty buat je macam tu kat sapa2 yang aunty nyampah..hihi!
♥nurul♥ : Itu la kan, kalau dah 10 kali sejam nama dia je...apa pun tak boleh..hehe!
nalsweet : Eh tak la, sebab akak suka mia, saya tak unfren. haha!
Post a Comment