Assalamualaikum, jangan tanjat sangat Sepet bagi salam ye. Ni nak ambik berkat menang contest. Kong ajo. 7-9 September lepas sekali lagi berlangsung acara gilang gemilang (gemilang sangat ni okey, tolong la percaya, hehe) kat Ampang Point. Pekebendanya?? Tidak lain tidak bukan Pameran Pengantin la, apa lagi kan.
Pagi tu aku bagitau la kat mak.
Aku : Mak, lepas kite gi rumah terbuka Ode, kita keluar terus tau. Nak gi Pameran.
Mak : Pameran apa? Nak ikut boleh?
Aku : Pameran Pengantin. *mana boleh, kite nak dating sekali le, berkata-kata didalam hati* Mak kan nak gi rumah Atam jaga dia dalam pantang.
Mak : Mak saja je tanya.
Phewwwww...Nasib baik. Kalau bawak mak, ada yang kena kawin tahun ni jugak, tak pasal2 je. Kekeke!
I pergi dengan pakwe I la. Yang tak fun tu. Yang gawang tu.
Sampai sana je, jalan laju-laju. Sebab dah tau tempat kat mana. before ni pun Urban Vibe buat Pemeran Pengantin kat kawasan tu. Kitorang kan orang Key-el, Dah hafal dah selok belok Ampang Point, Ampang Point tempat buang air kecik je weh *padahal mengamuk dengan Qery cari toilet tak jumpa, kakakaka*
Sampai-sampai je kat booth terus snap gambar. Motif datang sini nak snap gambar je. Boleh? Hahaha! Takde la. Datang sebab nak survey-survey, bertahun survey je keje aku. Mencik! Tapi takpe, mana tau nanti ada pakej catering free percutian ke Paris ke ken...huhu! Niat nak Paris sahaja. Cakap omputih pun berterabur. Masak kau nak gi Paghis...
Ini pelamin dari Mahligai Creative Wedding, cantik, simple, kalau buat kat rumah cantik, kat dewan pun cantik. Tapi kalau pelamin ni warna hijau, lagi bertambah-tambah cantik. Kepada sapa-sapa yang buat pelamin, kalau nak tambat hati i *artis ke ko hover semacam ken* muka surat pertama album korang harusla warna hijau sampai muka surat sepuluh. Kompem aku akan pilih tanpa bertanyakan Qery.
Jalan-jalan sana, banyak jugak la booth. Kalau tak silap aku lebih kurang 36@37 booth. Kalau tak silap la. Kalau silap i'm sorry. Aku amik semua risalah yang dorang edarkan tu. Balik boleh study, hehe! Qery lagi over, siap nak ambik dua kali. Motif dia apa, sebab awek yang bagi risalah tu jelita. Tu yang nak ambik banyak kali. Alasan diterima. Sukati la. Malas aku nak layan.
Lepas tu aku tunjuk la kat Qery gambar ni.
S : Nanti nak posing macam ni.
Q : Kamu biar betul.
Takut lettew, hahahaha! Sepanjang berjalan ke Pameran Pengantin ni, best je. macam-macam ada.
Tunggu turn. Lama pulak pasangan tu duduk, kita jalan dulu la...Naik eskelator tengok pemandangan dari atas.
Banyak kan.
Tak putus-putus orang datang. Tak kira la bangsa Melayu, Cina, India semua ada. Sangatlah 1 Malaysia.
Pameran Pengantin ni sebelah kedai emas. Aku perhatiiii je.
Usha kad kawin jugak. Haritu borak dengan mak aku. Mak aku la dia start dulu.
Mak : Kawan mak kan Na, kad kawin anak dia bukan letak muka pengantin, tapi letak muka mak ayah pengantin.
Aku : Jadi?
Mak : Bagusla. Bila bagi kat sedara mara, terus sedara mara tau anak siapa. Kalau letak muka pengantin nanti dorang tak tau la tu anak siapa.
Aku : Kawan kita kan, dia letak muka pengantin dengan mak ayah sekali. Lagi bagus.
Mak : Tapi kalau letak muka mak ayah je lagi cantik
Korang nampak tak apa yang mak aku cuba nak sampaikan?? Dia nak conquer sorang-sorang. Amboi...biasaaa dia tuuu...aku perhatiii je...
Jadi kad kawin aku nanti, aku rasa mesti kena letak gambar mak bapak aku sekali. Eiii sibuk je, hahaha!
Lebih kurang pukul 6 gitu la, dorang main kompang. Meriah..ada je acara. Korang tak sempat datang haritu jangan sedih eh.
Esok sampai Ahad (28-30 September), ada lagi Pameran Pengantin. Kat mana??? Kat ruang legar PWTC. Korang kena datang okey. Macam-macam ada.
Kak Yana macam nak cari gaduh je, hahaha!
Kalau korang terjumpa wanita ini di Pameran Pengantin esok, jangan khuatir, beliau lemah lembut sopan santun orang nye. hehe!
Jadi, datanglah beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia - By Urban Vibe, 28-30 September 2012, bertempat di ruang legar PWTC. Dari jam 10 pagi sehinngga 10 malam.
Boleh tengok blog pameran pengantin
atau Like sahaja kat facebook =)
Jumpa di sanaaaaaaaaaa!!
9 comments:
Aha dah usha-usha ni, tak lama dah ni. Hihiks
phewitt header baru laaa
kita g tp xnam x sepet pon .. kt pwtc nanti jom la g .. leh jumpe face to face .. hhehehehehe
wah..nk kawen da..hihi
yeahh jumpe kat sane kak , tapi saye datang ari ahad , ari sabtu koje , hehehehh ,
ieqa : Mana ada la, saja propa je tu. hehe!
cikji : Comel kan.. =P
Shima Mazlan : haritu kite gi hari Ahad. Huhu! Yang kali ni tak sure g hari apa..harap2 boleh la terserempak.. =P
Mira Adzlia : Takde la..hehe!
Nur farahiza : Datang ahad ke? Kite tengok cane ehhh
Nak jalan jalan juga kat situ juga lah mana tahu kalau anak nak kawin nanti dah ada idea nak pelamin yang macam mana, padahal anak aunty tu gf pun tak ada lagi mak dia je yang kecoh2 kan.
gmbar no2 tu sepet mencarut :P
Semangat ke pameran pengantin. wiwittt..
Post a Comment