Sep 21, 2012

The Making Of Part 4 (Last) : Suasana Perkahwinan

Haritu kata dah habis kan, tetiba ada lagi. Ni semua salah Jemah sebab dia upload gambar-gambar ni kat facebook dia. Laju je aku curi. Sebab ada gambar aku yang comel. Boleh?? Hahaha! Orang kisah apa nak tengok muka kauu je kan. Padahal orang nak tengok Ayie kawin. Sepet sila sedar diri. Kuikuikui!

Gambar sedikit kucar kacir, atas bawah aku malas nak susun.

Motif aku duduk belakang pengantin, berharap agar muka aku sama banyak dengan pengantin dalam album nanti. Huhu!

Detik-detik cemas. Aku yang berdebar-debar.

Before nikah. See? Memang gambar tunggang terbalik. Lanttakan. Masa ni Ayie pasanng kaki hantaran tu. Sebab masa dalam kereta dia bukak kaki sebab susah la masuk dalam kereta dengan kaki dia. Tinggi nau. Tak balance lah. Biar kontot-kontot takpe. Asalkan selamat sampai ye tak.

Tok Kadi mintak IC, takut la sebab muka macam Myanmar terlepas masuk Malaysia kan..huhu! Ajoi kau senyum lebih kan..hahaha!

Masa ni aku takde, aku gi toilet membuang. Sakit perut sebab sarapan. Itulah aku tak suka sarapan. Padahal makan roti 4 5 cubit je, sakit perut dia tak boleh bla.

Kat laman rumah. Budak-budak ni lari sana lari sini. Biarkan..asalkan tak nangis sudah.

Hantaran buah ni baru siap pagi tu. Hehe! Nasib baik Kak Ida ada. Kalau nak harapkan anak-anak pakcik Noh ni, makanya kita beli je hantaran siap. Masing-masing tak ada seni langsung.

Suasana kat jalan raya depan balai. Aku first time masuk Felda. Takde la first time, kiranya masa tunang Ayie dulu dah pernah masuk. Maksud aku, kalau Ayie tak kawin kat sini, jadi aku memang tak boleh bayangkan macam mana keadaan Felda. Tapi aku tak sure la kalau lain tempat lain susunannya kan.

Keadaan dalam kedai mamak. Penuh family kitorang je. Huhu!

Anak dara. Aku masa tingkatan dulu paling tak suka orang panggil aku anak dara. Nyampas.. Tapi aku suka hati la nak panggil anak buah aku anak dara kan. Dorang pasrah je..Nasib mu la..huhu!

Keadaan baru sampai surau. Nak pilih dulang hantaran.

Sebelum bertolak ke kedai mamak.

Hantaran. Hantaran ada 7 je. Nasib baik 7 je. Hehe!

Bedebar-debar nak masuk surau..

Ajoi lagi tinggi dari pakteh?? Pakteh pakai kasut tinggi pun tak boleh lawan Ajoi. Oh memalukan. Hahaha! Ajoi ni baru form 4 pun nak tinggi sangat. Dulu aku selalu usik Ajoi suruh jadi pakwe aku. Boleh?? Hahaha! Pastu nanti dia malu-malu. Klaka..

Aku perasan la, faily kitorang ni memang jenis pemalas nak mekap la. Jenis muka tak makan mekap. Pakai 5 minit lepas tu yilek pocik. Sedih...

Amboi Ajaiii...kemain lagi ko tengok kan. Mesti dia gelakkan pakteh sebab tak dapat nak kiss. Kuikui!

Asik-asik main gasing. Aku dulu kecik-kecik pun dapat gak gasing, tapi takde la suka sangat *sebab aku tak pandai main*

Bila masa entah budak kecik tu ada kat belakang tu. Oh takuittt... Itu jiran sebelah kot. Agaknya dia tak puas hati kitorang ni bising sangat, sorry la jiran, i pendiam. anak buah i je yang speaker sikit. Huhu!

Adik beradik. Adik Kak Ninie ni sebenarnya dah nikah dulu. Tapi sanding je sama-sama. Ni saja la sebab nak amik gambar kan. So buat-buat macam nikah jugak.

Detik terakhir bergelar bujang.

Bila masa Ode menyelit sebelah aku ni? Andak macam cikgu sekolah. Sebab dia tinggi da paling tengah. Hehe!

Anoi, maksu rasa ko kena tukar nama la. Tak boleh panggil nama Anoi. Mungkin kena panggil nama Nunu. Ko asik nangis je. Ni mesti masa andak ngandungkan Anoi asik menyentap je ni. *lariksssss*

Seriusli gambar berterabur, hahaha!

Cek balik betul ke nama??

Amboi datin kita kat belakang tu berdiri. Tau la ramping.

Cekelat.

Semua duduk sopan gila. Fake okey! Fake! Hahaha!

Ewah Ode, lagi depan dari pengantin. Ni mesti nak gambar lebih dari pengantin ni, hahaha!

Sejujurnya, buah-buahan itu memang berat. Pandai kakak-kakak aku pilih hantaran yang ringan je eh. Dush!

Sireh junjung.

Sejadah dan Quran

Geng anak buah lelaki. Abang aku kat tepi sekali selaku warden mengawal anak-anak buah.

Dua beradik ni suka sangat jari masuk mulut.

Geng orang tua tapi hensem *jaga hati sangat*

Muka atak sinyummmm

Okey last gambar. Itu sahaja. Harap takde lagi la orang lain upload gambar kat fesbuk ye. Kang puas aku nak fikir tajuk apa. 

Watever it is, Selamat Pengantin Baru kepada Zikri Noh & Pasangan

7 comments:

nalsweet said...

dik..gambar no6 tu MIA kan?anak ode?
(ewahh..hafal ko..peminat setia sepet la katekan..hihi)

mia tu comel!! dah lame asek perhatii jek..ni baru rase nak komen..
byk gambar dia dalam ni kan??

Sepet said...

nalsweet : Haah, Mia anak Ode, huhu! Comel sangat, saya pun geraam je dengan dia.

sharifah rosidah said...

Seronok pergi kenduri kawin ramai2 meriah ok, itu lah untung nya adik beradik ramai tak payah nak ajak sedara mara bagai.

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

side pengantin lelaki belum lagi kan sanding? cepat up entry eh hihi :D Pengantin perempuan adik beradik tu...muka nampak mcm sama sangat...sekali tgk mcm kembar..



Irfa said...

akak rasa minggu depan ada lagi terselit gambar majlis ni/hehe

Sepet said...

sharifah rosidah : Tu la, mula ingat nak ajak sedara jugak, lepas tu abah cakap tak payah, anak beranak pun dah boleh..huhu!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara : Belum langsung lagi ni kak, bulan 10 nanti baru langsung. Lambat lagi..huhu!

Linda Osman said...

tok kadi macam kenal. nie nikah dengan orang felda selancar ke kak?