Lepas nikah, kitorang lepak kat satu rumah ni. Sebab sandingnya pukul 2 petang. Nikah selesai dekat jam 12 macam tu la. Ada masa dalam 2 jam tu kitorang nak lepak-lepak kat situ la. Yang terbaiknya rumah yang kitorang lepak tu siap ada makanan semua. So kalau lapar memang terus makan kat situ.
Mempersembahkan muka syok sendiri dari tuan punye blog. Kejadian ini terjadi akibat menunggu 2 jam punya pasal. Terpaksa snap gambar syok sendiri untuk kepuasan diri sendiri.
Boleh?? Hahaha!
Senonoh sikit la kan..
Sopan sikit-sikit. Huhu!
Bersama Ika. Dalam camera fon aku ni banyak gila gambar anak buah aku. Dengan mulut itik la, dengan pipi kembong la. Tak sanggup aku nak upload. kahkahkah! Biasalah kan, budak-budak. Nak feeling homeiii jugak. Layankan juga.
Ajoi tetiba jadi pengapit. Kuikui! Nasib ko la Joi. Untungla gambar ko banyak dalam gambar kawin pakteh nanti. Huhu!
Paksa Ayie senyum. Tapi mamat ni dah tak boleh senyum kot. Ko tengok kat tangan dia ada fon aku. Kerana??? Boleh tak masa lepas nikah tu fon dia tercampak lalu terus rosak. Aku ni nak tak nak bagi jugakla fon satu lagi. Fon untuk customer order-order. Aku suruh dia pulangkan lepas balik sini. Aku tak tau la kalau ada sapa-sapa order beg atau dah buat payment ke apa. Sorry lepas abang aku pulangkan secepat kilat aku reply yeah.
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku tak letak. Sebab gambar semua kat camera mahal abangndak, haha! Motif cakap camera dia mahal?? Tapi nak menunggu dia transfer ke pc dah berapa hari. Nak tunggu dia email. Huwargh... Aku nak cite lambat takut nanti dah lupa. Korang nak tengok gambar banyak-banyak nanti tengok je la kat blog Jemah. Itu pun kalau dia rajin nak edit gambar banyak la. Huhu!
Lepas berarak terus masuk dewan. Merenjis salam-salam semua.
Kakcik
Emak
Akak
Jemah
Aku
Gambar salam cium peluk semua ni adalah ihsan dari hanfon abanglang.
Aku je takde. sebab aku jaga kasut mak kat luar. Haha! Bukan takut hilang ke apa. Sebab kat tempat dorang letak seliper tu sebelah longkang. Longkang dah la basah. Mak aku punya kasut dah masuk dalam longkang tu. Aku gi kutip lalu simpan kat tempat yang selamat sikit. jadi aku takde la kat situ.
Makan-makan
Pengantin kite
Olololooooooo... sweet lettew
Nak jugekkkkkkk *mata ke atas*
Kek kahwin
Lepas potong kek. Kitorang berambus. Sebab dah pukul 3 lebih macam tu.
Mula-mula ingat nak balik rumah terus. Sekali dorang ni nak gi Ulu Bendul kejap, sebab anak-anak dah berjampi nak gi Ulu Bendul. Ok marilah kita....
Aku dengan kaklang duduk tepi makan kuaci, jeruk, keropok dan air soya.
Habis sudah... =)
12 comments:
nti nyambut plak erk..
eeee cantiknya kulit...putih gebu mulus gituh...
ingatkan sepet yg nikah..
Chekgu Azrine : Haah, nyambutnya lambat lagi, bulan 10.
NenetPenne (NP): Camera360, hehe!
Puan Simply Syeeda : Tidak sama sekali.. =P
dah kawin abang awak ye...
tahniah utk dia...
tinggal awak jelah lagi sepet kan? :)
lagi grand oii pasni...jgn lupa jemput akak ye dik....
bukan jauh pun kiter kekekek :D
paling comel gambar suap2 makan pengantin lama tu....
tersenyum2 akak menatapnye....
sepet nampak kurus je,diet ke?
baju pngantin yg lg satu...apesal kaler sebijik dgn kain langsir n meja tu....beli satu kayu? ?...hihi
tak la...main2 saja jgn marah ya pgantin mmg sweettttt....kaler baju 2-2 sy ska...kaler yg jrg2 kta nmpk..
sepet lucu plk awk x dlm gbr psl jaga kasut mak awk...haha.
Amazing, have a great day!
pengantin lama tu sweet betol..hehe..
Gambar yang paling mahal adalah gambar abah dan emak awak makan bersuap, hehehe serius berapa ramai sekarang orang dapat tengok mak dan bapak diaorang makan macam tu kan.
hai dik sepet lama x singgah
selamat pengantin baru buat pengantin itu
Bradpetehoops : TQ =)
Shahada Fauzi : Tula, dorang pun nak sweet jugak. Bagi can la..hehe!
sharifah rosidah : Tu la aunty, kena frame ni, hehe!
Irfa : Haiiii!! Dah seminggu dah pengantin tu. hehe!
Post a Comment