Apa la yang tak pernah dengar tu kan. Beberapa bulan lepas. Lama dah punya cite. Aku tanya Qery kenapa dia nak jadi cikgu. Yela kan, sebab bukan semua orang memang cite-cite dia nak jadi cikgu. Ada yang nak jadi cikgu sebab dorang rasa senang dapat kerja. Ada yang sebab parent suruh. Ada yang sebab itu je pilihan yang ada. Kiranya, dalam 10 orang ni, bukan semua yang betul-betul nak jadi cikgu. Aku pun konfius lalu bertanya kepada Qery kenapa dia nak jadi cikgu.
S : Kamu jadi cikgu sebab ayah suruh eh?
Q : Takde la.
S : Habis? Sebab kamu rasa habis belajar kuar-kuar terus dapat kerja?
Q : Takde la. Kite memang nak jadi cikgu.
S : Yeeeeeeekeeeeeee
Aku tak percaya okey, hahaha! Aku memang tak dapat terima yang hati dia begitu murni nak jadi cikgu. Paham je la orang sekarang ni bukan semua ikhlas kerja. Asal ada kerja dan dapat duit tiap-tiap bulan. Tak kisah la kerja apa janji ada duit. Macam aku la. Aku tak suka kerja pharmacy, tapi aku buat je mula-mula. Asalkan dapat duit tiap-tiap bulan. Gitu.
Q : Dulu kita dapat form 6. Kita tak minat. Tapi kita belajar je. Tak sampai sebulan. Dapat offer masuk maktab. Kita terus berenti form 6. Masuk maktab. Kita memang minat jadi cikgu. Kita minat ajar budak.
Fionneeeeeeeee. Memang tak dapat terima. Huhu!
Q : Kita pun tak tau kenapa kita suka ajar budak sekolah. Maybe sebab masa sekolah dulu. Kita adore sorang cikgu kita ni. Dia serba boleh. Suruh je dia buat apa. Dia mesti boleh buat. Kita nak jadi macam cikgu kita tu.
Auwww!! Tak sangkaaaa youuuu... Tabah sungguh nak jadi cikgu sejak di bangku sekolah. Kuikuikui! Patutla aku tak pernah dengar dia merungut pasal budak-budak. Kalau jenis aku, setiap kali nak hari Isnin je mesti akan rasa 'malasnyaaaaaa nak kerja'. Aku selalu akan cakap kat Qery 'esok start kerja, malasnyaaaa' Tapi aku tak pernah dengar Qery cakap macam tu. Huhu!
S : Kita tak pernah dengar kamu cakap malasnya nak kerja esok. Kamu suka eh kerja?
Q : Tak la suka macam hari-hari nak kerja. Sebelum tidur ada jugak rasa malas. Cuma kita tak pernah cakap la, huhu!
S : Masuk Kemeterian nak?
Q : Tak nak la, tak paham eh? Kita tak suka la kerja kementerian. Kita suka budak. Kat sana takde budak. Semua orang tua. Lepas tu tak ada hadiah hari guru
Erk?? Ok aku tau dah apa motif dia..huhu!
Tapi muka aku memang takde ciri-ciri guru langsung kan. Aku suka apa jadi cikgu. Tapi takde rezeki kat arah tu. Huhu! Sebab maybe kalau aku jadi cikgu, habis semua anak murid gedik macam aku.
Jadi, bagi Qery yang garang itu je jadi cikgu ye. I duduk diam-diam kat rumah kilatkan kuku. Kelas kau jah..
Tapi daripada kisah Qery ni, aku rasa ada pengajaran untuk aku. Buat benda yang kita minat dan suka. Kalau betul tak suka pun, jangan merungut. Buat je, sebab itu adalah tanggungjawab. Aku ni jenis kuat merungut. Buat kerja sikit merungut. Susah betul nak ikhlas. Teruk betul punye budak. Haha!
Jadi benda ni sedikit sebanyak sedarkan aku. Tu je nak cite. Ikutkan malas nak update. Sebab ada sticky mode. Tapi update je la kan...aku tak update pun bosan pulak tak tau nak buat apa. Lepas ni kita kena kurangkan merungut okey. Kalau kuat merungut pun payah jugak.
Bagi aku la kan. Kau kerja kat department kau. Orang atas bagi ko banyak kerja. ko tak suka lalu merungut. Apa kau dapat? Pahala kompom la tak dapat. Kalau kau tak suka. Resign je. Tak yah cite banyak. Cari kerja yang orang atas tak passing kerja dorang kat ko. Cari kerja yang betul-betul kau minat. Kalau merungut jugak, tak boleh la tolong lagi. Itu masalahnya bukan kerja. Tapi ko yang pemalas. huhu!
Sepet, ingat lepas resign senang ke nak dapat kerja? Ko punya idea suka suka hati suruh orang resgin kan. Haha! Senang cite. Kalau kerja kau bagus, bos suka. Insyaallah memang kau senang dapat kerja lepas tu. Kenapa? Sebab orang tu akan call tempat kerja lama kau untuk tanya prestasi ko masa kat tempat lama. Nak bayar ribu riban, mesti la nak orang yang boleh buat kerja kan. Tapi kalau kau pemalas. Bos tak suka. Kompom kau akan menjadi penganggur terhormat. Hehe! Pointer orang sekarang dah tak pandang. Ketahuilah adik-adikku. Belajar bagus memang terbaik. Tapi malas bekerja. Apa pun tak boleh.
Sempena hari Isnin ni. Aku tau ramai gila yang malas nak kerja. Sama la macam aku dulu. Haha! Aku paham sangat perasaan tu. Malas nak kena buat kerja yang sama setiap hari. Malas nak gosok baju tiap-tiap malam. Perasaan tu memang tak boleh hilang la kan. Susah kot. Gila kau, takde orang yang tertunggu-tunggu hari Isnin sebab tak sabar nak kerja okey. Haha! Kecualilah Isnin tu ada jamuan makan-makan ke, atau ada sukaneka ke. Kann...mungkin la tertunggu-tunggu jugak.
Korang memang minat ke kerja yang korang buat sekarang ni? Atau terpaksa kerja sebab dah itu yang ko blaja dulu? Aku dulu kerja kat pharmacy memang sebab terpaksa je. Perangai memang buruk gila. Huhu!
2 comments:
sama la.... saya pun minat ke lain belajar kelain... bekerja ikut yang kita belajar... tapi lame2 ok pulak... alhamdulillah...
@YUNID@TI : Kan, saya pun macam tu. Dah lama-lama rasa dah boleh terima. Tapi dalam saya terima tu, saya perasan minat saya ke arah yang lain amatlah menebal. Huhu! Jadi saya resign. Kuikui!
Post a Comment