Entry ni susulan selepas baca entry Ceera, hahaha! Tetiba aku teringat Ahad lepas. Nabil ada datang rumah aku. Melompat-lompat atas katil. Lepas tu aku datang terus dia tanya aku.
Nabil : Maksu, apa lagi kebaikan kokurikulum??
Gulp!!?? Koko??? Terus kelam kabut otak aku ni berfungsi, selama ni otak sedikit lembap. Haha!
Maksu yang comel : Nabil memang confirm ke yang kokurikulum ni masuk exam?
Anak buah aku ni pulak tetiba tanya pasal kokurikulum. Dapat soalan bocor ke apa kan.. Huhu!
Nabil : Tak tau, Nabil hentam je. Tapi kalau dia bagi syarahan tajuk kebaikkan kokurikulum tu, Nabil dah tau la sikit-sikit.
Maksu : Koko eh? Erm..mengeratkan silaturrahim (ini je aku dapat fikir, korang pepaham la aku mana minat sukan, haha..lagi mau tanya kebaikkan...puiii. Kalau tanya Qery dia tau la kot. Qery kan cikgu BM)
Nabil : Lagi? Untuk kesihatan boleh??
Maksu : Boleh. Boleh mengajar kita hidup bersatu padu (aku rasa macam lebih kurang eratkan silaturrahim je kan, hahaha. Lantak)
Aku pun pelik kenapa yeh dia tetiba nak kokurikulum punye kebaikkan. Adakah cikgu dia buat karangan penulisan pasal koko ni tapi dia tak hantar. Lalu takut masuk exam. Kenapa mesti koko?? Aku tak dapat terima, hahaha! Aku pun tanya la lagi..
Maksu : Nabil memang kena jawab ni ke? Karangan bentuk lain tak boleh jawab eh?? Syarahan je ke yang ada?
Nabil : Banyak lagi. Tapi cikgu Nabil kata, kalau ada syarahan ambik syarahan.
Ye aku paham sangat. Cikgu aku pun sama. Haha! Dia cukup pantang kalau anak murid dia amik karangan surat rasmi. Salah format memang tamatlah riwayat. Lepas tu ayat formal. Jadi cikgu aku memang sebulan sebelum exam, karangan jenis perbahasan yang dia tekankan. Jenis perbincangan semua la. Yang ada format ni dia pesan jangan jeling sikit pun. Kuikui!
Maksu : Memang la. Maksu tak boleh nak ingat la kebaikkan dia Nabil. Tapi Maksu boleh bagi tips macam mana nak dapat A dalam karangan.
Nabil : Cane?
Maksu : Kalau karangan UPSR, sepatutnya 3 isi (2 tersurat 1 tersirat) dah cukup. Tapi kita bagi lebih. Bagi 4 atau 5 isi. Lepas tu sama ada dekat pendahuluan atau penutup, Nabil selitkan peribahasa. Peribahasa dalam karangan markahnya tinggi tau.
Nabil : Pantun boleh maksu??
Adoi kau ni nak pantun pulak, hahahaha!
Aku : Pantun panjang sangat. Tapi sukati Nabil la. Boleh je pendahululan letak peribahasa, penutup letak pantun. Kompom A. Yang penting tulisan jangan buruk.
Nabil : Ok.
Aku dulu masa UPSR takde sapa kisah pun. Aku pun tak kisah. Aku ingat macam ambik exam biasa je. Aku pun tak study pun. Siyez aku study biasa-biasa macam amik ujian tu. hahaha! Sekarang ni anak buah aku semua bgus-bagus. Nabil memang dia jenis bijak dan study sikit. Abang-abang kan selalu macam tu.
Ayin kan perempuan. Dia macam aku kot kuat berangan. Haha! Tapi aku rasa Ayin pun study hard jugak sebab maybe abang-abang dia paksa dia study kan. Haha! Kalau dapat markah lagi rendah dari abang-abang kompom la kena bahan sampai tua.
Aku rasa paper BM mesti harini kan. Sebab dulu-dulu BM mesti first. Harap Nabil dapat la buat macam mana yang dia nak tu. Anak sapa yang amik result UPSR pun goodluck ye.
Malam ni sempat pulun subject untuk esok. Study sekali dengan anak. Apa salahnye ye tak. =)
Kbye!
2 comments:
Teringat zaman anak2 aunth ambik UPSR aunty yang risau sampai tak boleh tido, yang nak ambik periksa pulak kemain lena tido macam tak kesah je nasib baik lah keputusan yang dapat tu buat mak nya tersenyum panjang.
sharifah rosidah : Tu la kan aunty, anak pandai emak ayah senyum sampai ketelinga, rasa puas hati kan..huhu!
Post a Comment