Sep 3, 2012

Dating dengan baju omputih raya baru

Kerana aku rasa macam kuang aja sangat je tak update blog. Bukan aku tak nak update. Sebenarnya....erm, erm, erm *tengah fikir alasan* korang pun tak update sangat kan. So aku pun malas la update. Dah tu ramai yang cuti sampai 2 minggu. Amboi diaaaa tu... Habiskan cuti tahunan lettew.

Lepas tu aku pun tak de idea apa nak update. Kegiatan yang sama je la. Kalau tak duduk rumah, mesti la aku dating. Orang tak kawin lagi gini la ye. Tunggu aku kawin nanti ada tak lagi cite pasal dating. Kalau takde harus sentap uols, baca entry dating lama-lama sambil menangis pilu..Huhu! Aku nak tunjuk baju raya aku dari Pretty Chase.

Ini dress yang panjang dari Pretty Chase. Mesti pakai kasut tinggi kalau pakai dress ni. Aku tak sure la sama ada aku pendek ke apa. Tapi yang pasti sapa beli dress mesti nak pakai dengan kasut tinggi nak nampak cantik lagi kan...Aku pun sama la tu. Nak nampak cantik ala model jugak.

Ini kat parking Jusco je. I memang model kelas tempat parking kereta je kalau nak tau. Hahaha!
Dress dari Pretty Chase ni dia ada cutting kat bawah tu. So dia memang akan ada shape yang buat ko nampak sedikit slim. Kuikuikui! Aku suka la kalau baju yang boleh nampak aku kurus sikit kan. 

 Tengok la jerawat aku kat bawah tu. Sangat scary. Ok dah jangan tengok lama2 nanti menjangkit. Nasib Qery tak berubah hati. Auwwwww! Hahahaha!

 Nampak macam perempuan jendul kan. Setiap kali aku pakai baju baru. Kompom Qery akan snap gambar aku banyak-banyak. Jadi korang tengok la gambar aku yang syok sendiri eh. Sekali lagi i remind. i memang model tapi layak kat parking lot aje. Sobsss

 Bukan aku nak posing sangat. Tiap kali aku nak jalan je nanti Qery panggil 'kamu pusing belakang kejap' 'pusing lagi' tiap kali aku pusing tu la dia snap. Kang tak layan kang sentap pulak..Lepas tu nanti mesti Qery akan cakap 'gambar kite takde pun...' Aku dah paham sangat mamat ni. Anjeeeeeee sangat! Gamba dia mesti nak ada. Kalau takde nanti merajuk. Lepas tu aku pujuk je. Takpe tak de masalah. Aku memang suka pujuk Qery. *mata ke atas*

 Encik Qery saya. Walaupun mengada dan gawaaaang sangat. Tapi dia tetap comel kat mata saya. Kuikuikui! Kitorang nak tengok wayang cite apa aku tak ingat la. Dah banyak sangat tengok sampai aku tak ingat cite apa. 

Sebelum masuk wayang, adala lagi dalam 10 minit macam tu. Qery nak makan Subway. Kan kat tepi wayang ada subway kan. Aku kalau dah tinggal 10 minit tu memang tak la aku nak makan. Sebab aku makan dah la slow dan sopan dan cute *nak jugak tu, huhu* Tapi Qery dia tak kisah, 5 minit pun dia sempat je nak makan. 

Qery suka makan subway. Sebab dia memang suka roti-roti ni. AKu kureng sikit roti-roti.

 Kejap je mamat ni makan. 10 minit macam tu ke kurang. ke 5 minit je. Hehe! Lepas makan terus gi beli air nak bawak masuk tengok wayang.

 Aku macam gemok kan. Ah lantakkan...Terima je la ketentuan-Nya. Hahahaha!

Aku tak tau kenapa Qery nak buat gambar ni jadi black n white. Yang ni semua snap pakai fon dia. Mamat berlagak ada fon baru. Beginilah. Camera diaaaaaaaaa je laaaa yang cantik. Kong ajo. Sebelum ko beli fon tu, camera akuuu jugak yang ko pakai kennn... habis madu sepah dibuang.. puiii...huhu!

Itu je la cite nya. Habis tengok wayang, kite balik lah rumah. Ok bye!

Kalau nak baju/dress yang cantik macam aku pakai tu tengok kat Pretty Chase eh =)

7 comments:

Meg-ct said...

Qery macam Hans Isac ler.. hihihihi....

Lawa ler baju kamu Sepet. Teringin jugak nak bergaya cantik macam tu tapi akak ni tang perut tu tak lepas. Kah kah kah... Adoi la...

Anonymous said...

cantik nye dress ni... ^^

ainul.zmrs said...

cute couple hihi

ainul.zmrs said...

cute couple hihi

Anonymous said...

Cantik dress! ;D

Kasih nur azie said...

camera 360? heh!~
sepet, ni ade entri penghargaan : -
http://kasihnurazie.blogspot.com/2012/09/si-jakun-beraya-dengan-beg-menang.html

ny+mi said...

dress ni lawa sangat kak !!