Followers

nuffnang

Sep 28, 2012

Duta Jusco Balakong Lantik Sendiri

Jumaat tadi, before Qery solat Jumaat dia Mesej aku.

Q : Tak jadi photoshoot, lepas solat Jumaat kita dating yeah..
S : Ok kamu belanja

*aku tau korang cakap apa dalam hati, huhu*

Pukul 1 aku mesej Qery

S : Betul ke nak dating? Pukul berapa?
Q : Tak nak dating takpe la. Tanya banyak-banyak kali macam tak nak dating je.
S : Kite tanye je la.
Q : Ini je la masa kite free, kamu tak nak dating pulak, takpe la takpe la.

*Erghhh, kuat sentap dan mengada2, kalah anak dara*

Lepas tu aku pun pujuk, kekeke! Bengang2 pun pujuk. Apa punnn tak boleh. Ayat pujuk tak mampu nak taip, kang ada yang unfren blog i. Boleh?? huhu!

 Tepat jam 3 Qery sampai, ni mesti rindu i yang comel. Selalu kalau janji pukul 2. Pukul 2.15 baru sampai. Seminit lagi pukul 3 dah sampai. Rasa macam Cinderella je walaupun takde kene mengena. Tapi masuk kereta kena sambung pujuk la. 

Abang ko tu, tak cukup pujuk kat mesej. Kena jumpa lepas tu buat muka beruk, spastik untuk bagi dia ok. Aku dah biasa buat. Kadang2 konfius adakah idola aku beruk. Oh lupakan.. Sampai Jusco terus beli tiket wayang, cite Hantu Kapcai. Itu kot tajuk dia. 

Fizz Fairuz eh nama dia? Aku tak ingat la eja dia. Tapi dia memang klaka gila hokey, lagi lawak dari Zizan, terkekek-kekek aku tengok. Tapi cite tu spoil sebab ada *tizz zakiah punya boifren*, aku okey je dengan sapa eh..haaa! Remy Ishak tu. Cuma tak suka tengok dia berlakon jadi jahat. Bila dia jadi jahat, ada jambang, memang serupa mat bangla ok. Tak dapat terima. Kalau dia jadi baik dapatla aku bayangkan muka dia macam Salman Khan ke apa kan, even jauh pun rupanya aku boleh jugak bayangkan sikit-sikit. Ini jadi jahat. Hoih...Nasib baik fizz fairuz tu ada. Korang kena tengok tau. Takyah tengok Zizan, tengok fizz fairuz tu, lawak sangat.

Before tengok wayang aku nak makan dulu

 Baju : Pretty Chase. Cantikkan =)

 Sebenarnya baju ni kembang, tapi aku pin kat belakang, jadi depan dia nampak la berbentuk sikit.

Makan kat Orchid Bistro sebab aku je yang makan. Qery taknak. Dia baru lepas makan. Aku tak sure dia ni diet ke apa. Lantak la. Yang penting aku dapat makan. hehe!

 Berpura-pura sopan. Ini pun dah biasa buat. huhu!

 Makan nasi la, tekak village memang macam ni.

 Paksa staff sini amik kan gambar.

 Memang fake sangat kan, hahaha! Aku boleh makan separuh je. Sebab dalam kereta dah makan roti. Roti dah kembang dalam perut. jadi nasi dah takde ruang sangat nak letak. Yang lain Qery langsaikan. Dalam dia dah kenyang tu boleh je habiskan. Lelaki......

 Order air soya bean je. Konon boleh putih lagi.

Lepas makan kite tengok wayang. Lepas tu Qery nak gi beli dot dot dot.

 Dutaa Jusco Balakong ittew

 Lelaki yang selalu nak beli dot dot dot..

 Murah je dot dot dot ni. 3 helai RM23. Tapi lepas basuh boleh pakai lagi ke tak, tu tak sure. Huhu!

 FOS ni aku kureng sikit. Beli baju lelaki ok la. Baju perempuan dia tak menarik. Macam remaja baru nak up je pun ada.

 Turun eskelator pun nak snap.

Itu je dari saya, marilah datang ke Jusco Balakong, walaupun mesin card parking dia gila tak boleh terima Jusco card. Tapi kat sini adalah best dari Jusco Maluri. Motif nak banding2. hahaha! K bye!

Sulung VS Bongsu

Qery = Sulung (Tak fun)
Sepet = Bongsu, Comel, Anje, Kiut, Jelita, okbye

Kita berdua selalu gaduh. Sumpah tak tipu. Hehe! Aku tak sure la, sama ada benda ni jadi kat aku je atau apa. Tapi inilah perangai anak sulung LELAKI.

1. Penyayang.

Mula-mula kita puji dulu, selalu abang sulung ni dia penyayang. Sayang Ibu, Sayang Awek, gitu. Ok cukup. Aku tak selesa nak puji Qery lebih-lebih *poyo sangat cakap selesa selesa, lempang tau la, huuh*

2. Nak kena dengar cakap diaaaaaaaaaaaaa je. Erghhhhhhh

Biasalah..dah terbiasa mengarah adik-adik, dah terbiasa orang ikut cakap dia, semua dia punya cakap betul. Cakap orang lain tak boleh terima. Geram.

3. Lebih serius.

Sikit-sikit nak serius, nyampah. 

4. Tak boleh dengar cakap awek. 

Contoh kan, aku dah cakap dah benda ni, tapi dia tak nak dengar. Kawan dia cakap baru dia dengar. Tak berbulu lubang hidung kau??

5. Tak ada perkataan 'tolong'

Dia suka suruh aku buat, tapi tak mintak tolong pun. Contohnya..

'Nanti replykan email kita kat Dr Saidon'

Takde pun 'Tolong replykan email kita kat Dr Saidon' Takdeeeee perkataan tolong pun....Sebab apa takde?? Sebab itu ARAHAN. Bukannya PERTOLONGAN. Guwa perhatiii je perangai dia.

6. Kalau A, A la jawabnya.

Kau nak cakap a kecik pun tak boleh. Alif pun tak boleh. Sungguh lurus sekali. Huhu!

Ini perihal Sulung, Perihal bongsu pulak..

1. Kalau nak, nak jugak!

Hahaha! Aku pedulik apa. Kalau tak dapat, mula la nak protes. Paling dasyat pun off phone 5 minit. 

2. Buat-buat matang.

Ehem ehem, macam selalu buat je, hihihi! Well, selalu aku mesti nak nampak lebih berfikiran matang dari Qery, kalau Qery kata itu, aku akan kata ini. Sebab tu dia selalu cakap aku kuat melawan. Lalalala~~

3. Mengada-ngada.

Harus.... Kalau tak mengada baik tak payah jadi anak bongsu. Itu lumrah dan harus diterima sama ada rela ataupun tidak.

4. Degil

Aku rasa, bukan bongsu pun degil jugak, tapi degil aku ni macam..aku dengar jugak cakap orang, tapi dalam masa dengar tu dalam hati akan berkata-kata 'eleh kau bukan betul sangat pun, dulu kau lagi teruk dari aku, dulu kau bla bla bla bla' begitu, hahaha! Aku macam ada perangai syaitan sikit.

5. Pendam

Wah, pendam..kerlass kau..hahahaha! Aku memang tulis kat blog yang happy happy je. Sebab yang sedih2 semua aku pendam. Aku jarang melawan balik kalau orang mengata aku ke apa, sebab aku pendam. Kalau aku balas, aku tak tau la apa nasib orang tu. Huhu!

Jadi, bila gaduh dengan Qery, aku selalu suruh Qery mengalah.. sebab dia sulung. Padan Muka. Tapi bila gaduh, Qery selalu suruh aku dengar cakap dia, sebab dia sulung. Acane??? 


Kesimpulannya, dua-dua perangai amatlah menjengkelkan

Wah! Cantiknyaaaa =)

Haritu aku ada buat tutorial cara pakai shawl gaya sepet the gojes kan. *bertabahlah semua dengan statement ittew, huhu*

Kalau korang belum sempat nak tengok lagi, boleh KLIK SINI

Semalam la cik ekin kita bagi email yang dia dah berjaya pakai shawl macam aku pakai tu. Aku happy uolsss... Ingat takde orang paham kan.. Nasib tak sentap lagi.

 Lagi gojes dari aku..Auwww!

Terharu okey, hehe!

Lepas tu beberapa hari lepas ada kawan kat facebook up status ni kat timeline aku.


Walaupun dua orang je yang cuba, hahaha! Aku tetap happy. Kalau korang dah cuba hantar la gambar korang kat aku yeah. email je jangan memalu. Aku suka tengok korang comel lote.

email tauuuuu =)
sepetsshop@gmail.com

Love u

Sep 27, 2012

Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest (PREVIEW Ampang Point)

Assalamualaikum, jangan tanjat sangat Sepet bagi salam ye. Ni nak ambik berkat menang contest. Kong ajo. 7-9 September lepas sekali lagi berlangsung acara gilang gemilang (gemilang sangat ni okey, tolong la percaya, hehe) kat Ampang Point. Pekebendanya?? Tidak lain tidak bukan Pameran Pengantin la, apa lagi kan.

Pagi tu aku bagitau la kat mak.

Aku : Mak, lepas kite gi rumah terbuka Ode, kita keluar terus tau. Nak gi Pameran.
Mak : Pameran apa? Nak ikut boleh?
Aku : Pameran Pengantin. *mana boleh, kite nak dating sekali le, berkata-kata didalam hati* Mak kan nak gi rumah Atam jaga dia dalam pantang.
Mak : Mak saja je tanya.

Phewwwww...Nasib baik. Kalau bawak mak, ada yang kena kawin tahun ni jugak, tak pasal2 je. Kekeke!
I pergi dengan pakwe I la. Yang tak fun tu. Yang gawang tu.


 Sampai sana je, jalan laju-laju. Sebab dah tau tempat kat mana. before ni pun Urban Vibe buat Pemeran Pengantin kat kawasan tu. Kitorang kan orang Key-el, Dah hafal dah selok belok Ampang Point, Ampang Point tempat buang air kecik je weh *padahal mengamuk dengan Qery cari toilet tak jumpa, kakakaka*


Sampai-sampai je kat booth terus snap gambar. Motif datang sini nak snap gambar je. Boleh? Hahaha! Takde la. Datang sebab nak survey-survey, bertahun survey je keje aku. Mencik! Tapi takpe, mana tau nanti ada pakej catering free percutian ke Paris ke ken...huhu! Niat nak Paris sahaja. Cakap omputih pun berterabur. Masak kau nak gi Paghis...


Ini pelamin dari Mahligai Creative Wedding, cantik, simple, kalau buat kat rumah cantik, kat dewan pun cantik. Tapi kalau pelamin ni warna hijau, lagi bertambah-tambah cantik. Kepada sapa-sapa yang buat pelamin, kalau nak tambat hati i *artis ke ko hover semacam ken* muka surat pertama album korang harusla warna hijau sampai muka surat sepuluh. Kompem aku akan pilih tanpa bertanyakan Qery.

Jalan-jalan sana, banyak jugak la booth. Kalau tak silap aku lebih kurang 36@37 booth. Kalau tak silap la. Kalau silap i'm sorry. Aku amik semua risalah yang dorang edarkan tu. Balik boleh study, hehe! Qery lagi over, siap nak ambik dua kali. Motif dia apa, sebab awek yang bagi risalah tu jelita. Tu yang nak ambik banyak kali. Alasan diterima. Sukati la. Malas aku nak layan.

Lepas tu aku tunjuk la kat Qery gambar ni.

S : Nanti nak posing macam ni.
Q : Kamu biar betul.

Takut lettew, hahahaha! Sepanjang berjalan ke Pameran Pengantin ni, best je. macam-macam ada.

Tunggu turn. Lama pulak pasangan tu duduk, kita jalan dulu la...Naik eskelator tengok pemandangan dari atas.


Banyak kan.

Tak putus-putus orang datang. Tak kira la bangsa Melayu, Cina, India semua ada. Sangatlah 1 Malaysia.

Pameran Pengantin ni sebelah kedai emas. Aku perhatiiii je.


Usha kad kawin jugak. Haritu borak dengan mak aku. Mak aku la dia start dulu.

Mak : Kawan mak kan Na, kad kawin anak dia bukan letak muka pengantin, tapi letak muka mak ayah pengantin.
Aku : Jadi?
Mak : Bagusla. Bila bagi kat sedara mara, terus sedara mara tau anak siapa. Kalau letak muka pengantin nanti dorang tak tau la tu anak siapa.
Aku : Kawan kita kan, dia letak muka pengantin dengan mak ayah sekali. Lagi bagus.
Mak : Tapi kalau letak muka mak ayah je lagi cantik

Korang nampak tak apa yang mak aku cuba nak sampaikan?? Dia nak conquer sorang-sorang. Amboi...biasaaa dia tuuu...aku perhatiii je...

Jadi kad kawin aku nanti, aku rasa mesti kena letak gambar mak bapak aku sekali. Eiii sibuk je, hahaha!

Lebih kurang pukul 6 gitu la, dorang main kompang. Meriah..ada je acara. Korang tak sempat datang haritu jangan sedih eh.

Esok sampai Ahad (28-30 September), ada lagi Pameran Pengantin. Kat mana??? Kat ruang legar PWTC. Korang kena datang okey. Macam-macam ada.

Kak Yana macam nak cari gaduh je, hahaha! 
Kalau korang terjumpa wanita ini di Pameran Pengantin esok, jangan khuatir, beliau lemah lembut sopan santun orang nye. hehe!

Jadi, datanglah beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia - By Urban Vibe, 28-30 September 2012, bertempat di ruang legar PWTC. Dari jam 10 pagi sehinngga 10 malam.

Boleh tengok blog pameran pengantin
atau Like sahaja kat facebook =)

Jumpa di sanaaaaaaaaaa!!

TQ Myra =)

Aku tak kenal pun Myra ni, semalam baru nak kenal, haha! Itu pun sebab semalam dia suruh bukak blog dia, sekali aku tengok ada header ni, halamak...sweet sangat. harus letak lepas kawin nanti. *bila la tu ye,huhu*


Siap tak malu request nak yang gambar solo. Amboi engkau..hahaha! Tak sangka Myra ni nak melayan pulak kan. Aku kan tak pandai buat header. Serius tak reti. Lepas tu Myra bagi gambar ni. siap email. Oh time kasih tau..


Sweet betul la. Terharu aku. Korang agak-agak aku nak letak yang mana untuk header aku??

Dah pandai jeles , good JOB!

Jangan gelak ye, tak cerita lagi ni...hehe!

Ada la satu hari tuuuuuu...baru-baru ni jugak la. Aku bukak dan CEK facebook Qery. Auwww!! Hahaha! I tau password dia hokeyh... Memang aku tau semua password-password dia, tak kira la facebook ke, blog ke, email ke, mahupun password handphone. Jangan pelik. Biasalah THE POWER OF WOMAN. Ecewah. haha!

Tak payah nak power sangat, sebenarnya aku tau sebab aku yang create semua-semua ni untuk dia. Memangdangkan dia tu buhteee IT tahap kronik. Apa pun tak boleh. Lepas tu sibuk nak suruh aku create account twitter. Amboi.....Aku sendiri merangkak dalam twitter, lagi nak ajar dia. Kim salam la der. 

Kadang-kadang kepoyooan Qery, bukan poyo la. Kesengalan Qery ni membuatkan aku bengang. Tiap kali dia nak cek email dia, dia akan kol aku tanya apa password dia. Ini sudah lebih bang. Password sendiri hafal la. Gewaaaam i, nasib i gewam pun i comel. *pitam*

Ok cukup ngutuk Qery. Aku bukak la facebook dia. Saja la sebab dah lama gila tak bukak. Aku ni jarang cek cek ni, sebab tak kuasa. Qery aku rasa dia tiap-tiap hari cek facebook aku. Penjeles. Haritu aku up status ni.


Lepas tu nanti dia mesej la kat aku

Q : Kamu curang!
S : Erm? Bila?
Q : Tu tulis kat facebook macam tu!
S : Oh...macam tu curang yeah??
Q : Iye!

Fioneeeee....itu pun nak cakap curang. Saja la tu point nak gaduh ken. Malas nak layan. Huhu! Hari-hari dia cek facebook aku. Kalau ada orang like like gambar ke, status ke, kalau nama dia macam lelaki kan, mula la dia persoalkan siapa tu siapa tu. Seteresss guwe. Contoh la, nama Fairuz kan lelaki boleh perempuan boleh. Kawan dia nama Fairuz tu lelaki, so dia ingat lelaki la. Padahal perempuan je dalam facebook aku tu. Tapi aku suka. Sebab dia gawang-gawang tapi comel. *lalalala*

Masa bukak facebook dia tu, ada notification kat inbox. Ada dua orang bagi dia mesej. Aku pun selamber je la bukak. Aku tengok satu aku bagi *entah berapa lama punya mesej aku bagi dia tak baca pun, puiii*, satu lagi ada sorang perempuan ni bagi.

Aku pun bukak la perempuan ni punya mesej. Nampak seperti comel SAHAJA *tak cemburu sambil mata ke atas*. Aku pun baca la apa yang dimesejkan tu. Sebelum tu nak cite, kerja Qery buat masa ni kena cari model. Sebab aku suruh. Sebab aku tak nak jadi model dah. *walaupun masih cantik* Euw! hahaha! Jadi dia tengah cari model la ni.

Qery : Hai awak nak jadi model saya tak?
Gadis : Saya nak tapi saya tinggal jauh.
Qery : Awak tinggal mana?
Gadis : Johor

Begitu je la mesejnya. Takde lelebih pun. Lepas tu aku pun bukak la facebook perempuan tu. Tengok dia Johor kat mana kan. Aku kan kepochi. Tengok lahir kat gombak, tapi tinggal kat Bandung Indonesia. lepas tu gambar semua cantik macam artis. Aku pun macam terfikir. Budak ni sesuatu la. Entah-entah dia curi gambar artis mana-mana entah. Mengaku diri sendiri. Tu sebab la bila ajak jumpa jadi model tak nak kan. *ni semua bisikan syaitan haha*. Lepas tu aku cek lagi, fren dia baru seratus lebih. Dalam hati berata-kata, takkan la muka lawa macam ni fren baru seratus lebih. Agak la pun kan. Kalau hot macam ni kompom la ramai fren. Contoh terdekatnya aku. *Ya Allah, riak takbur yang paling penting perasan terlebih semua cukup, hahaha*. Aku memain je tau. Korang ni......huhu!

Lepas tu aku pun buat la mesej bertubi-tubi kat Qery.

S : Sapa QA tu?? *short form nama gadis itu*
Q : Kawan kita punye kawan.
S : Gatal eh. *apakah? tetiba gatal kan, takde point la tu, haha*
Q : Bila masa?
S : Bila kamu ada masa la!

Lepas tu malas nak mesej dia. ingat Qery nak pujuk la kan..Tak dapek ye. Sikit pun dia tak hirau. Sejam lepas tu aku mesej lagi tak puas hati.

S : Merajuk!
Q : Pandai ke nak merajuk?
S : Tengah belajar, nanti lama-lama pandai la.
Q : Nanti dah habis belajar bagi tau eh.

Kong ajo. Sikit pun takde respon. Itu la aku malas nak merajuk tu. Esok pagi terjaga, baca mesej Qery.

Q : Bagusla kamu pandai cemburu sekarang. Ingat kita je sayang kamu. Kamu sayang kite eh..Eii tak malu....hehe!

Dalam hati aku...

'Apa masalah kau ni?'

Sambung tidur.

***************************************

pesanan penaja : untuk siapa yang nak order Lyla skirt boleh buat sehingga hari Ahad ini saja k. Like facebook SeQy couture. TQ fashionista!

Sekolah Agama je........???

Dulu masa sekolah rendah petang-petang aku sekolah agama. Masa kat sekolah agama belajar la subject Al-Quran, Sirah, Tajwid, Akhlak, Fiqah, Arab, Jawi, Tauhid, Ibadah. Aku tak tau kalau sekarang ada tambahan ke apa kan. Tapi masa aku sekolah agama, ini la yang aku belajar.

Sekolah agama dulu selalu kita ambil mudah. Tapi family aku alhamdulillah la kitorang semua sekolah agama. Even ko penat gila kat sekolah kebangsaan, ko tetap kena pergi sekolah agama. Buat-buat pengsan pun mak tetap akan hantar ko gi sekolah agama. Nangissssss. Masa tu rasa macam malas sangat nak gi sekolah agama.

Tapi bila dah tua bangka macam ni, aku bangga aku pernah sekolah agama. Serius. Kenapa?? Sebab rupanya orang yang tak pergi sekolah agama ni memang banyak yang dorang tak tau. Contoh la kan, dulu masa kat sekolah agama kita belajar tajwid, mad arid lil sukun la, mad wajib mutasil, mad silah qasirah, mad silah towilah, mad lazim, mad lim, mad badal segala mad la. Kita bajet semua orang tau sebab kita tau benda tu. Tapi rupanya ramai yang tak tau. Ramai yang tau tau pun nak sebut sebutan tu dalam Al-Quran.

Jadi bagi aku memang sekolah agama itu penting. Ada orang cakap 

'alah kat sekolah kebangsaan kan ada belajar semua tu, buat apa nak sekolah agama lagi'

Percayalah cakap aku, berapa jam je subject agama kat sekolah kebangsaan nak dilawan dengan lebih kurang 4 jam (masa aku la) yang kita belajar kat sekolah agama. Contoh ko belajar agama sejam sehari kat sekolah. Bukan setiap hari ada subject agama. Contoh 6 jam je seminggu. Tapi kat sekolah agama ko boleh belajar lebih kurang 20jam. Memang tak sama ilmu yang masuk dalam kepala. 

Kelebihan bersekolah agama memang banyak, dari situ kau didik anak kau punya akhlak, solat, rajin berdoa, tau banyak doa. Tapi tu la, kadang-kadang bila ada ibu bapa yang rasa kesian kat anak dia, takut anak penat. Serius?? Budak memang tak reti penat. Aku dulu pergi sekolah balik sekolah jalan kaki. Ada masa 15 minit je nak makan nak salin baju semua, kelam kabut gi sekolah agama. Penat time tu je. Sampai sekolah duduk je pun. Bukan berjalan kaki panjang gunung ke apa.

Kat sekolah agama la aku belajar macam mana nak solat, belajar solat-solat sunat. doa lepas solat, cara solat dengan betul. Semua kat sekolah agama. Tapi ada jugak parent yang memang nak sekolahkan anak dia kat sekolah agama. Cuma kawasan tu takde sekolah. Atau pun takde transport yang boleh bawak anak ke sana. Ada yang sekolah agama jauh sangat, korang nak hantar pun kompom sangkut jem. Yang tu tak boleh nak cakap apa dah la. Kita dah usaha, tapi tak ada rezeki untuk ke sekolah agama.

Baru-baru ni aku ternampak satu program motivasi tentang solat. Kira macam bengkel solat la. Jap aku upload gambar eh


Aku ada tanya pihak dorang ni, katanya still harga promosi. Jadi 3 hari (13, 14, 15 Nov 2012) harganya RM200. Korang hantar anak korang dari jam 8 pagi sampai 5 petang kat Universiti Malaya. Tempat pun dah tak banyak. Cepat-cepat la daftar anak korang tau. 

Program macam ni boleh la tolong mana-mana ilmu kita yang kurang. Contoh kita pun bukan pandai sangat bab agama. Boleh la hantar anak, lepas tu suruh anak ajar balik kat kita. Dulu mak aku selalu buat kat aku macam tu. Dia hantar aku sekolah. Balik tu dia suruh ajar dia balik. Kiranya belajar sama-sama la. Aku suka belajar dengan mak aku. Kalau cikgu suruh hafal doa ni, sama-sama la anak beranak ni hafal. Enjoy sangat. So korang jangan malu belajar dengan anak sendiri. Tak rugi okey.

Kesimpulannya disini, marilah hantar anak ke sekolah agama, kalau tak dapat, jom la join program ni. Hehe! =)

*Eh lupa, ini untuk yang berumur 12 hingga 18 tahun tau, jadi siapa yang masa sekolah rendah tu dia memang dah sekolah agama, pun boleh pergi. Untuk ingat balik mana-mana yang dah lupa tu.. Byee!

Sep 26, 2012

Happy Befday Emak

Befday Mak aku Isnin lepas, Esok befday Bapak aku. Aku bangun pagi tu, tengok kat fon ada note Befday emak, tapi buat tak tau je. kuang ajo kan, kekekekeke! Siap stop kan notification tu. Keji. 

Pagi-pagi mak keluar gi menjemput jiran untuk kawin abang aku nanti. Selalu tengah hari baru dia balik la. Dia penat dia tidur. Aku malas nak kacau. Lagipun hadiah tak beli pun. Nak keluar pulak Qery bizi. Aku bukan tak nak keluar sendiri. Qery tak bagi. Bahaya katanya. *boringgg*

 Nak beli kek pun kena tunggu Qery habiskan training bola. Pfttttt

Tetiba malam tu tengok Ode dah belikan kek. Kek kecik comel. Aku pun ingat nak beli kek kecik jugak, tapi bila Ode dah beli, jangan membazir, rumah aku ni memang jenis tak makan kek sangat.

 Hakim dengan kek opahnya. Kecik je kek, tengok pisau potong kek lagi besar kan.

 Ayie yang baru kawin ittew. Sibuk nak masuk dalam gambar jugak, dia tau aku nak update dalam blog kan.

 Emak umurnya dah 61 tahun. Tapi nampak macam 50 *mata ke atas sangat-sangat-sangat*


Aku tanya la mak

Aku : Mak pakai lipstik eh?
Mak : Iyelah, nak tangkap gambar masuk dalam blog kan.

Euw! Buat la blog sendiri *berkata2 di dalam hati*

Semoga mak sihat, ceria, bahagia, diberkati sepanjang masa, dunia dan akhirat. Amin =)
Kami adik beradik semua sayang emak.

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa

Ini bukan entry selami jiwa ke apa tau. Ini entry entah pape. Jadi jangan serius sampai kerut-kerut dahi tu. Tak comel pun. Huhu! 

 *maafkan cahaya lebih tu, gambar makan kfc memang takde kene mengena dengan entry*

Pernah tak ko tak suka someone. Tak kisah la apa kisahnya kau tak suka someone tu. Yang akhirnya buat korang bergaduh, tak bercakap, unfriend kat facebook terus block lagi hebat. Atau pun mesej maki-maki, ataupun perli-perli kat blog dan seangkatan dengannya la. Beberapa bulan lepas tu korang dah tak rasa nak marah lagi. Bukan la rasa tak marah. Kalau ingat balik memang marah. Tapi korang dah malas. Begitu.

Pernah tak pernah tak????

Aku pernah tau. Pernah satu harini di unfriend dan diblock *over tauuu, huhu* oleh kawan sendiri. Kawan yang kite selalu backup, yang sebenarnya kita tak tau pun kenapa dia marah kita. Begitulah. Sampaikan kawan ni bawak mulut cerita bukan-bukan pasal aku, ajak member benci aku. For what? Aku marah? Mesti la aku marah. Tapi apa nak buat? Sabar. Aku punya tahap belum sampai nak burukkan orang lagi. Orang sekarang bijak, ada akal fikiran boleh fikir dan tak buta, orang boleh nampak siapa betul siapa salah.

Pernah jugak la aku marah dekat ex-girlfren Qery, cerita lama. Kalau nak diikutkan hati memang rasa sakit hati. Rasa nak marah, rasa macam-macam rasa tu ada. Ada marah yang aku boleh kawal lagi ada yang tak boleh kawal kadang2 terupdate jugak entry maki-maki, hahaha! Nasibla kan. Tapi sampai masa bila dah bertahun macam ni, ko akan rasa.........sudah-sudahla tu..

Pernah tak korang rasa?? Pernah tak???

Sampai satu tahap, kita rasa macam malas nak ingat dah. Lebih kepada nak lupakan la. Even ko memang takkan boleh lupa benda-benda yang mengecewakan ko ni kan. Tapi bila benda dah lama rasa macam..Enough is enough. Cukup la tu.

Maafkan?? Entah la. Nak maafkan? Aku memang lama dah maafkan orang macam ni. Tapi tu la kan, kita manusia ni tak sempurna, dalam maaf kita tu still ada rasa pendam lagi. Bagi aku la, memaafkan dan meminta maaf ni memang berbeza. Kita maafkan orang, kalau kesalahan dia kecil maybe kita boleh lupa je. setakat kalau orang tertarik tudung kau time sekolah tu takde hal la. Esok aku balas. Hahaha! Tapi kalau kau ugut-ugut aku nak bunuh parent, nak kencing atas kubur parent. Ni ex-gf Qery ye perangainya dasyat. Maybe frust sangat dengan Qery, hehe! Kesian..

Kalau orang tu datang meminta maaf dekat kita, yang ni mungkin akan ikhlas sikitla kita nak maafkan dia kan. Susah sangat nak lupa. Maafkan boleh. Lupa tu tak boleh. Nanti orang kata maafkan tapi tak ikhlas buat apa ken. Bukan ikhlas tak ikhlas. Masalahnya memang dah maafkan, kiranya ko takde hal dah dengan aku kat akhirat nanti. Tapi tu la, ingatan tu still ada. Bila ingat still sakit hati. Begitu.

Korang pernah kan rasa...huhu!

Tapi aku geli sangat bila kat faccebook orang update status

'sebelum tidur saya maafkan semua orang'

which is tak salah pun niat kau nak maafkan semua orang sebelum tidur, tapi tak payah kot nak update status sampai macam tu. Memang kau takde niat apa. Maafkan orang ni kita tak perlu nak war-warkan satu dunia. Tak perlu nak buat announcement. Kalau nak maafkan, silakan. Cukup kita je tau. Memang amalan maaf memaafi ni mulia. Aku pernah dengar dato dr hj mohd fadzilah kamsah cakap dalam radio. 

Orang yang sentiasa memaafkan orang lain, hanya orang ini sahaja takkan dihisab amalannya, akan terus dibawak kesyurga. Mulianya orang yang suka memaafkan orang lain. tapi kalau nak confirm gi tanya dato dr hj mohd fadzilah kamsah balik ye. Aku pun masa ni mamai dalam kereta baru balik dari kampung.

Watever it is la kan..hehe! Aku cuma tertanya-tanya. Aku sorang je ke rasa macam ni. Atau semua orang pun rasa macam ni. Dah maafkan, tapi still ingat. Kalau macam tu tak ikhlas ke? Aku ok kalau tak ingat. Cuma jangan ingatkan aku. Begitu lah. 

Ha pening kepala korang melayan aku. Hehe! Jadi baca la ini untuk orang yang susah sangat nak maafkan orang lain ye.

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]

Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)

Nabi yang pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu ? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Jadi, tepuk dada tanyalah selera, sama ada kita ni nak jadi seorang yang memaafkan, atau nak jadi pendendam. Aku ni kena brainwash jugak kadang2, maafkan orang, tapi nak ingat-ingat lagi buat apa kan?? Kalau dah maafkan orang tu. Lupakan terus la kisah lama. Okbye!

Koleksi baju Pretty Chase Sepet =)

Aku baru dapat parcel dari Pretty Chase.


Suka sangat sebab pembalut dia lawa warna hijau, hehehe! bajunya pun lawa sangat, tapi belum pakai lagi. Cecepat gantung masuk dalam almari. Tengok bersusun baju dari Pretty Chase. Kagum sebentar.

Meh aku tujuk beberapa helai baju dari Pretty Chase yang gojes tu yeah.

Dua-dua ni baju raya aku, pakai time raya. Suka sebab selesa.

 Baju merah tu baru dapat belum pakai lagi. Biru tu pernah pakai dah. 

 Baju hijau pun pernah pakai, rasanya tak snap gambar lagi kot, baju warna warni tu pun baru dapat.

 Belt biru baru dapat.

Banyak lagi baju dari pretty chase ni, ada seluar, ada shawl, tapi gambar tu dah takde dalam pretty chase, nanti aku pakai aku menunjuk di sini k. hehe!

 Baju kat Pretty Chase ni cepat je dah sold out, geram betul. Ko tengok la baju pink tu sikit lagi sold la tu, ada lebih kurang 3 warna patern macam tu, 2 dah sold. sekarang fesyen macam ni kot. Tiap kalai pretty chase keluarkan design ni, mesti habis. Aku geram je.


Korang gi Pretty Chase tau, banyak sangat baju lawa.

Ni yang tak sabar nak dating ni. =P

Sep 25, 2012

Semua suka warna coklat???

Pernah upload gambar ni dulu.
 
 Gaya ni la Qery kata aku macam bibik. Sentap hati i. Itu first and last aku pakai gaya ittew. Serius la, macam bibik yeah?? Masa ni akau gemuk. Fioneeee. Senang gemuk senang kurus. Itula aku buat masa ni. Buat masa akan datang belum tau lagi. hehe!

Kenapa aku cepat kurus? Sebab aku punya badan, lemak aku lembik. Cer korang picit lemak kat lengan korang. Kalau lembik tu senang la berat turun. Takde lemak kat lengan, boleh la try kat perut ke, peha ke. Kat mana-mana yang ada lemak la. Kalau ko takde lemak, dah tak payah tau cepat turun ke tak. Ko memang dah kurus dah. Huhu!

Kalau lemak keras, macam Qery daging dia keras. Aku cubit kat lengan dia pun tak boleh. Kental sungguh. Jadi dia adalah seorang yang susah kurus. Fadan muka. Hahaha! Jadi sebelum lemak korang menjadi keras, baiklah diet dari sekarang.

Sebenarnya nak cite pasal skirt. tadi tu mukadimah je. kakakaka!


Semalam dengan harini ramai order Lyla Skirt warna creamy chocolate. Stok warna creamy chocolate ni tinggal sikit je. Lepas ni memang dah tak ada tau. Tapi warna lain banyak lagi. Sapa-sapa nak order boleh la berbuat demikian sehingga hari Ahad ni.TQ, emailkan order anda ke seqycouture@gmail.com, nak tanya-tanya pun boleh.

Refer sini untuk info okey


Ok babai.

Baju baru lagi , sowwy, hehe!

 Minggu lepas ke 1Shamelin lagi la kite. Qery dia dah malas nak gi Jusco kot. Sebab malu dengan staff tgv, hehe! Sebelum Qery sampai kita perasan-perasan dulu snap gambar syok sendiri.


Baju yang aku pakai ni dari FemmeFashion2u


Sebenarnya dalam dia cantik, tapi aku tutup dengan tudung, so tak nampak la ye. Jap aku copy baju sebenar.

Cantikkan, murah je. tiga puluh bape entah. Korang gi tengok sana yeah

Sebenarnya tak tau apa motif Qery snap gambar ni.

Tapi dah dia snap, aku letak je dalam blog. Ada satu gambar berdua dengan Qery, dia boleh delete. Hangin aku. Sampai habis wayang pun aku tak nak cakap dengan dia. Sentap gila. Aku suka gambar tu. Dia pegi delete, alasan dia sebab gambar tu nampak dia gemuk.

Serius macam gegirl. Buruk sikit tak boleh la? Nak orang tengok muka ko hensem je? Pui..bengang aku sampai harini kalau ingat balik. Dalam kereta tu aku membebel sampai lapar. Lepas tu Qery bawak makan sizzling.


Lepas tu malas nak marah sangat, tapi still marah sikit la. Puas la Qery say sorry banyak kali. Rasa nak lempang okey. Aku tak sure kenapa aku perlu berangin sampai macam tu, hahaha! Gambar je pun. Lantak la. Pedulik apa aku ken. Sukati je nak delete2 gambar aku.

Balik tu dia cakap la dengan aku..

Q : Sorry, nanti kite tangkap lain eh
S : Tak sama la! Kite nak yang tu jugak.
Q : Gambar je pun sayang.
S : Kamu diam, kite tumbuk muka kamu kang.

Hamboi...Kuat sangat la kau nak tumbuk Qery tu sepet, hahaha! Tapi sememangnya aku bengang gila. Aku tumbuk lengan dia. Kan dia drive kan. pegang stering tu. Aku tumbuk lengan dia sekuat hati, banyak kali. Ber 'aduh aduh aduh' jugak la Qery. Baru puas hati aku.

See? Adalah ngeri kalau kapel dengan aku, haha! Kesimpulannya, aku memang tak suka Qery delete2 gambar aku. Sekian Terima Kasih.

***********************************************

pesanan penaja : untuk siapa yang nak order Lyla skirt boleh buat sehingga hari Ahad ini saja k. Like facebook SeQy couture. TQ fashionista!