Oct 3, 2012

Nampak sangat nipunyeeeeeeee

Pernah tak ko berkawan dengan orang cakap besar? Aku jarang jugak dapat kawan macam ni. Memang tak suka pun kawan dengan orang cakap besar. Sebab rasa menyampah. Semuanyaaaaa diaa je yang betul. Tu takpe, kalau ko cakap gini, dia akan cakap giniiiiiiioooooiiiii.. Haaa..gitulah...

Ada satu harini, perbincangan pasal blog, memang kawan-kawan satu department aku tau aku ada blog, tapi bukan la satu spital tau. Aku bukan la popular mana ken. Setakat satu department tau tu kira alhamdulillah la. Ada la sorang budak ni baru masuk. Dia pun join la cite kemain excited buat blog boleh dapat duit, update je apa-apa pun, copy je apa-apa fakta letak dalam blog, orang baca blog ko, lepas tu ko dapat duit.

Aku pun dengan tak malunya tanya la dia..

'ko buat iklan under apa? Nuffnang ke?'

Yela sebab Nuffnang kan femes, lagipun senang nak daftar dengan Nuffnang semua kan. Dia pun cakap la dia pun under Nuffnang. Aku pun terima je la. Tapi aku takde la cite aku pun ada buat iklan dari nuffnang ke apa kan. Aku dengar je la dia cite..

Kawan-kawan aku yang dengar cite dia ni tanya lah kat dia, kita bagi nama dia A la eh..K ni stand for kawan.

K : duit tu dapat macam mana?
A : Duit tu nanti nuffnang bank-in masuk terus dalam account kite.

Erk?? Nuffnang bank in terus?? Apakah?? Selama aku hidup Nuffnang tak pernah bank in aku duit, Nuffnang hantar cek ada la. Aku pun macam peliknyeeeeeee... Terus aku tanya A ni.

Aku : Ko buat iklan nuffnang?
A : Haah.
Aku : Atau ko buat iklan under syarikat lain?

*sebab aku ada jugak buat syarikat lain, yang ni dorang bank-in terus, cuma Nuffnang je bagi cek*

A : Tak la, ada syarikat lain ke? Nuffnang dia bank-in je kat aku.
Aku : Ko pernah dapat ke?
A : banyak kali dah.. *lepas tu dia sambung la cite dia kat kawan2 aku*

Ok fioneeee, nampak sangat ko nak up diri sendiri. Sebenarnya aku dah tergelak, kawan2 aku ni yang tak tau pape pun percayaaa je la kat dia tu. Hello?? Blogger terhebat dalam dunia pun Nuffnang bagi cek okey, tetiba sampai ke engko Nuffnang bank-in. Geli aku..

Aku tanya la blog dia pasal apa ken, mana tau femes sangat kan sebab tu Nuffnang bank-in terus masuk account dia, kuikui! Dia pun sambung la cite..blog dia pasal fakta-fakta ni, dia copy je mana-mana fakta, dia masukkan dalam blog dia. Aku dengar je la budak ni membebel. Tapi percaya tu tak la. Sebab kita dah tau dia macam mana. Cite nak up diri sendiri, kekdahnya menipu. Mungkin la kalau aku takde blog aku akan percaya cakap dia kan.

Sebab cara dia cite tu memang real habis. Banyak lagi benda dia cite yang aku akan buat-buat dengar. Tapi nak percaya tu, ko paham-paham la.

Ada sedara aku ni pun suka up diri sendiri. Cite pengalaman kerja pung pang, tender syarikat itu syarikat ini, boleh setel dengan company besar, cite pasal company dia, cite pengalaman dia..bila tanya ko dah keje bape lama, baru 3 bulan. Tak ke ko rasa nak lempang diri sendiri.

Aku memang tak boleh la berkawan dengan orang cakap besar ni. Rasa nak gelak tapi tak sampai hati.

21 comments:

cikeyrah said...

betul tue kak, kdang2 nak gelak jek kuat kat depan org mcm tue, tapi kang kecik aty pulak org tue hehehe menyampah dengan org mcm nie >,< , mcm dia sorang jek hebattt padahal ape pun tadaaa. .

NorrShakor said...

hahaha.. sabar jer la org cam gini...nak layan pun nyampah jer..dah sah2 la mmg menipu..sian kengkawan awk kene tipu ngan dia..bidas la balik apa dia ckp pastu mesti malu sendiri... ko ingat ko diva nuffnang nak bank-in duit..hahahha

Khalilah said...

Euwwwwwhehe~! ade jugak orang macam tu... dalam diam dia tak sedar dia dah memalukan diri sendiri... Malu weyh! hu~

susumanis said...

nak tersembur taik tinga kalau gan org cam ni kan..ahakssss :)

Unknown said...

eh.betol..ada yang cerita pung pang pung pang. mak pak banyak duit, tanah behektar, tiap bulan mak pak bagi duit, duit gaji tak usik pun. tapi hutang tarak mau bayar. buat-buat lupa kah?bila mintak kata kita terdesak nak pakai duit. huh!duit kan?memang sentiasa nak pakai lah..he.nyampasss org cenggitu.

Unknown said...

mmg sgt meluat dgn orang macam ni.. tapi kadang2 tpaksa sabar je, nanti ada yang bgaduh plak.. hehehe..

dilakochan said...

Amboi kemain sembang si A itu ya!
Klw kita la, dh tau nipunya.... Mmg pangkah depan kawan2, biar beragak skit nk nipuuunye kan! ahaha

Irfa said...

wah hebat betul budak yg ada blog tu
akak baru 3x cash out pun nuffnang anta cek je,tak penah la pulak masuk akaun terus.meh sini apa url blog dia.nak gak terjah tgk apa jenis fakta dia letak.jgn auta je yg lebih.hehe

sharifah rosidah said...

Cerita pasal orang macam ni hergh rasa kelakar pun ada, golongan makcik makcik pun ramai cam ni.

Ada kawan aunty ni suami nya kerja biasa biasa aje tapi isteri nya mak ai kalau cerita semua barang dalam rumah dia mahal2, kalau handbag tok sah cerita lah semua dia punya original je tapi bila aunty tengok bag tu macam beli kat petaling street je, bila kita nak tengok mati matian dia tak bagi nampak sangat dia takut tembelang nya pecah.

Sepet said...

cikeyrah : Tu la kan, akak sabooo je la. Nanti kalau cakap depan-depan memalukan dia pulak. Huhu!

mamafarah4 : Itu la pasalnya, saya ni nak je cakap gitu kat dia, tapi tu la tak sampai hati. Biar dia malu sendiri.

Khalilah MNor : Tu la, banyak kali tau tanya dia pasal nuffnang, dia macam pro sangat je jawab, tapi semua salah, hahaha!

susumanis : Hahaha! sembur jgn tak sembur

Nur Zahidah : Org macam tu namanya tak sedar diri. hehe! *eh saya plak yg emosi ken*

Anne Nurain : Sebab tak suka gaduh2 tu la yg sabar, sampai sekarang biarkan je dia menipu, lantak dia la kan..hehe!

Dilakochan : Nak jugak buat camtu, tapi fikir nanti gaduh, lepas tu memalukan dia. Susah pulak kalau hari2 tengok muka dia tapi gaduh ken..huhu!

Irfa : Itu la pasal, kite ni punyela dapat cek je, sekali dia kena bank in, oh memang betul2 tak dapat terima.hehe!

sharifah rosidah : hahaha! Ye la kan aunty, suka up diri sendiri, lepas tu takut kantoi..

ibh_sue said...

Kah!..kah!..kah!..meh kita gelak kan org tu..Kalau ya pun nak cerita besokan diri..Selidik la dulu betul ka tak apa yg disebut tu..Hahahaa..Kompem sah2 menipu..

Sepet said...

ibh_sue : Tu la kan, atleast nak tipu pun berhemah la. Ini nak menipu lagi memalukan diri sendiri.. Tak paham betul..

NenetPenne (NP) said...

ha ha ..kesian... ilmu sedikit tapi autanya bergunung...budak tu ler..

i tak penah cek berapa dapat duit dari nuffnang... eh ada nuffnang ke kat blog i tuh? erkk...

Unknown said...

hahaha dasat sungguh.. tros bank in tuuuu... dia tau ke tidek nuffnang tu camne? haha

Nur Hafiza Rahsid said...

kita ada kawan kategori annoying jugak. Cakap dia aje nak up. Dia aje nak betul. Kadang2 bila boring ada jugak betah2 biar dia emosi. Hihi. Senyum je tapi dalam hati rasa macam nak bagi tumbukan padu. Haha

Sepet said...

NenetPenne (NP): Auta tak hingat ok dia, hehe!

adriea : Dasyat kan..agaknya dia hentam kot, kawan2 dia cite, dia pun buat2 macam tau je la..huhu

Nur Hafiza Rahsid : Kalau ikutkan hati, memang lama dah wrestling dia..geram je perangai gitu..hehe!

strawberi said...

cer tanya nama blog dia ape...meh kita tgk..pemes ke idak...kehkeh

Syazwan Che Deraman said...

mesti dia malu kalo dia kenal blog kau.

Amalina Ali said...

Alahai. standard la tu. siapa lagi kalau tak diri sendiri nak up kan diri sendiri. hihi.

Joseph said...

hm , kkadang kita pun penah wat camtu . nak upkan diri sendiri . jdi x heranla ..

Joseph said...

hmm , kkadang kita pun penah wat gitu.. tak heranla -.-