Oct 2, 2012

Alahan @ Allergy : Boleh dirawat atau tidak?

Entry ni supaya lagi 5 tahun aku tak lupa benda ni yang aku belajar masa aku kerja. Harap-harap boleh ingat sampai bila-bila. Amin

Masa kerja kat farmasi dulu, top drug yang keluar dari farmasi adalah ubat selsema, dan ubat allergy. Sebenarnya ubat allergy ni kebanyakkannya sama dengan ubat selsema. Kalau ko gatal-gatal la. Dan kebanyakkan ubat allergy tu effect dia mengantuk. Ada banyak jenis ubat selsema (Atarax, Clarinase 24H, Clarinase, Actifed, Piriton, Xyzal, Zyrtec ada banyak lagi la, yang original punya produk aku ingat, yang generic punya aku tak sure sangat, kena tengok trade name dia dulu).

Begitu ramai yang ada problem flu ni. Flu ni kalau yang kerap ni maknanya kita ada alah kepada sesuatu benda yang kite sendiri tak tau apa dia yang kite alah kan. Kita ingat flu biasa Tapi kalau dah bertahun kau flu je, takde makna lain dah tu. Kadang2 korang memang give up dah. Ada yang memang stok Avamys kena ada dalam handbag, tiap-tiap pagi bangun kena spray. Ada yang stok Oxynase pun simpan je dalam beg. Dorang memang ingat tak ada ubat yang boleh rawat alahan ni.

Kesian okey, aku tengok kawan2 aku memang tiap2 hari tissue kena ada dalam poket, hidung merah-merah. Bersin, mata berair, gatal-gatal. Asik la telan ubat je.

Yela kan, alahan ni kite memang tak boleh buat apa sebab ini berkaitan dengan immune sistem badan. Memang ramai orang kata alahan ni tak membawa maut, setakat gatal-gatal je, tak pun flu, takkan la sampai maut kan. Tapi ada beberapa makanan yang boleh membawa maut seperti telur, kacang yang boleh mengembang kan nerve korang sampai korang tak boleh nafas semua. Kena ambil steroid pulak untuk redakan nerve.

Kalau korang adalah salah sorang yang mempunyai alahan yang teruk, ekceli korang boleh buat test kat hospital. Even tak semua hospital ada benda ni. Ko kena tanya doktor tu dulu la ye. Apa yang korang boleh buat.

Buatlah SPT. Apa itu SPT?? SPT ni adalah ringkasan untuk Skin Prick Test. Yang mana SPT ni ada beberapa allergen dalam dia. Antaranya telur, ayam, anjing pun ada. Tapi kalau Islam, selalu kita tak test yang anjing ni, hehe! Bila dah tau result korang allergy kat mana. Hari yang sama dah boleh tau akceli, tak payah tunggu seminggu dua. Selalunya lepas tu doktor akan syorkan korang amik staloral sublingual immunotherapy. Apakah Staloral Sublingual Immunotheraphy ini????

Aku panggil dia staloral je boleh?? Hehe! Staloral ni bukan ubat tablet yang besar-besar tu. Ekceli dia adalah macam dopper tu. Air macam ubat titis mata. Tapi ko kena titis kat bawah lidah. Sebab tu kita panggil dia subligual. Which is ada dua jenis. Ada staloral untuk stater , dan ada staloral untuk maintenance. Staloral ni bukan senang nak dapat. Doktor kena isi borang dulu, farmasi pun kena isi form untuk order, lepas tu kena hantar kat jabatan kesihatan ke apa aku tak ingat, dah lulus baru kita order dari mana tak ingat, Canada kot. Proses untuk dapatkan Staloral tu paling lambat tak silap 3 bulan. Aku tak ingat sebab dah lama tinggal. Tapi kalau korang nak kan info yang tepat, silalah berjumpa doktor-doktor pakar.

Harga Staloral ni agak mahal jugak la, kat spital lama aku kerja tak silap 6 bulan punya usage (memang ko kena order 6 bulan sekali sebab susah okey nak order) lebih kurang RM2500. Ko kena guna staloral ni dalam 3-5 tahun macam tu.

Dalam masa 3-5 tahun tu, dia akan usik bahagian immune sistem korang. Contoh la kalau ko allergy kat kucing kan, lama-lama alah tu akan hilang, dia akan adapt kan dengan korang punya alahan tu. Macam mana nak terangkan yeah aku pun tak reti. Jadi untuk korang yang ada alahan sampai nak tidur pun kena pakai Z-Net, silalah buat SPT untuk test alahan korang k.

Lebih kurang 3-5 tahun, korang dah tak payah sengsara lagi telan ubat allergy. Macam mana rupa Staloral??

Kotak begitu cantik? Kerana ianya fridge item. Hehe! Ko kena simpan dalam frige. Aku rasa info aku memang tak complete. Kalau korang nak tau memang korang kena jumpa doktor. lepas tu nanti orang farmasi akan terangkan macam mana nak guna.

Dulu aku dengan Kew je yang selalu explain. Sekarang ni banyak benda nak kena refresh balik. Taknak la asik lupa je. Rugi aku belajar walaupun tak pandai mana. Hehe!

Oklabye!

9 comments:

miss nina said...

salam singgah. info yang menarik.
so far , alahan yg saya ada cumalah alergi pada sarung tangan latex dan kosmetik tiruan.

piriton? dah pernah amik. injection pun ye.alhamdulillah, alahan saya bermusim (due to working condition & takde precaution).

Irfa said...

oh gitu
en suami akak ada alergy.
dgn seafood dan jugak abuk

sharifah rosidah said...

Terima kasih bagi info ini sebab anak2 aunty semua ada sinus. So aunty dah pergi buat blood test dan masuk kan alat dalam hidung entah lupa nama nya dan buat x-ray dengan Dato Dr. Harnam pakar ent di hospital pakar milik nya. Seorang anak aunty alergic dengan kucing, susu dan habuk, seorang lagi alegic dengan habuk je dan seorang lagi alergic dengan telur dan habuk.

Macam yang awak cakap doktor bagi ubat fedac dan avamys je dan kalau tak baik juga dia suruh buat minor operation, tapi bila awak dah bagi tahu ubat ni boleh lah aunty tanya dengan doktor tu kalau2 anak aunty sesuai menggunakan nya.

Sepet said...

miss nina : Tu la, ada orang dia ada masa je datang, tu kira ok lagi la, yang kritikalnya bila hari2 flu, susahnya nak buat kerja..hehe!

Irfa : Yeke, kalau tau sebab apa boleh la elakkan, kalau yg tak tau tu susah..hehe!

Sepet said...

sharifah rosidah : haah, aunty tanya doktor tu ada tak provide staloral ni. Sebab tak semua tempat ada. Mungkin sebab proses order dia makan masa, tu yg tak banyak spital nak ambik.

none said...

thanx sis.... info ni brguna sgt...

Lulufrotle said...

I allergic bulu kucing and habuk...tp tu yg i kene hadap hari2....adoiiiiii

Lulufrotle said...

I allergic bulu kucing and hauk...tp itu yg i kene hadap hari2....adoiiii

Nutrisi Terbaik Untukku said...

Salam..maaf bertanya..d mana pn buat blood test tu?