Ha ingat tak aku pernah share kat instagram pasal stroller kecik cenonet dan murah. Jap kita copy paste sini
Ha ni lah dia.
Masa aku bersalin dulu, Ada dua orang hadiahkan aku stroller. So aku memang dah takyah beli stroller lagi. Suka, hahaha!
Yelah, stroller kan mahal gila. Kalau yang bagus tu ofkos lah RM500 paling murah kot. Aku pun jarang jugak la survey harga ni, tapi kalau lalu kedai dorang tunjuk harga situ memang telan air liur je la. Pastu bersyukur sangat kawan ada hadiahkan.
Tapi pepahamlah shopping mall ni, tangga dia kan ada penghadang. Tak boleh lalu stroller, yela dorang pun utamakan keselamatan jugak, tak boleh nak marah-marah dia letak penghadang tu. Tapi marah la bila lift tak banyak. Dah la tak banyak, ada yang rosak. Itu ok lagi, yang menyakitkan hati, ada spesis yang tak ada anak, tak bawak stroller, mahupun kerusi roda tapi mengada-ngada nak naik lif.
Spesis ni bila nampak kita nak naik lif terus buat-buat tak nampak, siap rebut nak masuk dulu. Haih, nasib baik la anak orang, kalau anak aku tu dah berdas-das kena sound. Huhu! Dan disebabkan ni jugaklah aku rasa macam alahai, malasnya nak keluar jalan shopping, leceh tau nak naik turun.
So aku hanya pegi shopping tempat yang senang tolak stroller seperti Alamanda, dan The Mines. The Mines takda penghadang. So kita boleh tolak ikut situ lah, cuma masa turun atau naik tu, anak aku dukung. Gitu.
Kebetulan kat kawasan rumah aku ni, ada kedai jual barang baby. Sesaja lah naik nak tengok-tengok kononnya. Sekali ternampak stroller kecik cenonet ni. Tengok pulak harga less than RM100. Stroller biru tu masa aku beli tak ada GST, bahaha. Harga dia RM64 je. Tak kelam kabut aku beli? Terus keluarkan dompet campak kat mamak tu, haha! Over sangat cerita aku ni. Nampak nau di reka-reka, kekeke!
Eh suka lah. Sebab kecik, then bila ada penghadang pun still muat je lalu kat celahan tu. Takyah nak angkat stoller tu, takyah nak tunggu lif. Bagus. Pulak tu walaupun dia murah, masih boleh baringkan dia, masih ada tempat letak bag, tapi kecik lah. Cukup lah kalau kau nak letak pampers, baju, botol susu. Ala mak-mak sekarang ni suka beli handbag besar, segala sumbat sana kan. So tak kisah sangat kot pasal stroller boleh letak barang ke tak, ye dok.
Disebabkan kitorang suka sangat bawak stoller tu, habis tempat tanah tak rata pun kitorang lenjan. Jadi tayar dia balancing lari, haha! Masih boleh pakai la. Cuma tak smooth tapi bagi aku ok je kalau nak pakai lagi. Tapi haritu nak beli pagar penghadang tangga tu, pegi la sana lagi.
Sekali tengok OMG banyak gilaaaaaaaa stroller baru dan cantik-cantik!
Tak iri hati kau melihatnya. Aku masih beriman lagi. Masih cam takpa lah, stroller dah ada, boleh pakai lagi. Tapi iman aku sahaja tidak mencukupi, haha! Aku tengok tetiba Qery dah ada kat kaunter sambil pegang stroller merah, tersengih2 dan bercakap 'Qaiser yang nak lah'.
Eh?? Cerita dongeng apakah ini?
Takpa lah, bukan duit aku pun, Bahahaha!
Dulu aku punya warna biru, barisan depan sekali dan tengah-tengah tu.
Kali ni beli warna merah pulak. Yang belakang warna pepel tu. Harga dia RM84 kot tak silap. Tapi still less than RM100 lah.
Aku tak sure tempat korang ada tak Kidz World, tapi aku tanya mamak yang tukang jaga ni, dorang ada 3 cawangan kot. Korang pepandailah cari.
Yang aku beli ni, dekat area Alam Damai, sederet dengan Maybank tu. Betul2 atas kedai mamak Ameen Bistro ni. Kedai tu memang Mamak punya. Anne lagi kaya dari kita, haha! Kongaja sungguh, huhu!
So uolls, mana-mana yang mengalami masalah seperti aku boleh la beli. Kbye
6 comments:
Baik sungguh hati ayah dia...apa yang anak nak semua beli...hehehe
Bestnye ayah die semua die beli, sya pulak sy yg beli semua sbb kerja kan tapi kita kena bersyukur sbb semua rezki dr Allah. Stroller sy berat tertarik pulak nk beli yg ringan. Tp papa mesti xbagi membazir
Kita beli walker dkt kid'z world ni jgk tp yg cwangan dkt tmn keramat.mmg murah walker tu tp xde kualiti,china mari kot.huhu..blh la guna sbulan.pastu dh ganti yg brand elok skit.brg2 lain mcm mainan etc pun murah2 jgk.boleh la utk tukar2 ganti sbb murah kan..:)
Kat sini brand MAM murah dr kdai lain..
blh sy tau kedai ni kt mane?..kalo kt area shah alam yg mana paling dekat ye?
kedai ni ada kt mane ye?..ada x yg dekat dgn shah alam?
Post a Comment