Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 27, 2015

Raya ke-3 (Pasir Salak, Menara Condong)

Lupa nak cerita pasal raya ke-3 ni. Gambar dah lama upload. Cek-cek kat post, sekali yang ni belum up lagi. Ok lah. Kita cecepat update sebab anak tengah tido. Kang kalau Qaiser dah bangun, apa pun tak boleh.

Raya ke-3 ni pagi-pagi *takdela pagi sangat pun, pukul 10 lebih baru bangun mandi, haha*, Dalam pukul 10.30 ke tak ingat lah, kitorang dah siap-siap, dah check-out. Dekat dengan hotel ni ada shopping mall Billion. So mak mertua cakap mamak situ pun sedap. So ke sana je lah kita.
Plan nak ke Pasir Salak dengan Menara Condong, tapi tak tau jalan. Redah je la ikut google map. Haih tp tulah sakit hati kita tau asik gps connection lost je.
Yang tu nanti cerita. Kitorang pun lepas makan kat kedai mamak, masuk la Billion tu mencari mak n pak mertua. Dorang awal-awal dah sarapan, so dorang datang sini jenjalan la. Kitorang kan bangun lambat, so krik krik krik je. Kekekeke!


Tahun ni warna feveret kelabu kot. Berapa banyak baju raya aku warna kelabu.


Masuk-masuk je terus terserempak dengan ayah mertua.


Mertua aku kata, kat sini murah-murah. Shopping alas gosok baju tu, kat Jusco dalam belas-belas ringgit kan. Kat situ RM8 je. Bantal pun mertua aku beli, haha! Seronok deme shopping.


Tengok camera sana.


Ha tengok dorang jual kerongsang. Pun murah gila. Kat sini paling murah 6 Rm10 kan. Kat sana 10biji RM5. Terus ayah mertua belanja, haha!
 Mak mertua aku ambik yang batu-batu, aku ambik yang tak ada batu. Sebab selalu ambik yang batu mesti tertanggal. Murah la kan 10biji RM5.


Qery ni entah hape mimpi asik melompat je kejenya, huhu!

So lepas dah makan, dah shopping, kitorang pun terus ke Pasir Salak.

Tengok pintu gerbang pun dah seronok, haha! Aku tak pernah sampai sini lagi.
 Sekali, sampai-sampai dorang tutup!!??!!

Aduiii, punah harapan tau, huhu! Kitorang round-round, nampak ada resort sebelah kompleks Pasir Salak ni, so jenjalan dalam tu.
















 
Tak dapat jalan dalam kompleks, kat sini pun jadi lah. Kitorang pun tanya la receptionist kat situ, kenapa tutup. Rupanya dekat setahun dah tutup, sejak banjir tahun lepas. Dorang punya kabel bawah tanah tu rosak, so tengah repair, maybe dalam bulan 11 ni kot baru bukak semua.
Ok tahun depan je lah baru pegi.
Kat resort tu ada jual labu sayong, so beli 3 ketul. Untuk aku, mak, and mertua. Sejuk je air kalau letak dalam labu tu kan. Lepas tu kitorang pun gerak la nak ke Menara Condong.


Xtau la jalan mana, nampak rumah pink ni, terus teringat Andak.

Sapa punya rumah ni ngaku cepat, huhu! Pastu kitorang nampak durian besar gila tepi jalan, takde orang makan pun.
"saja test lawak jadi ke tak"
krik krik krikkkk..
Sampai-sampai kat Menara Chondong, pun tutup! Haihhhhhh


Ambik gambar kat luar je


Seronok Izz Qaiser bapak dia melompat.


Dari tempat kitorang ni tak nampak sangat condong dia, kitorang salah pilih tempat, huhu!


Anak bapak.

Sekian saja perjalanan kat kat Perak, huhu! Lepas tu balik Cheras. Jalan punyalah jem.

Tahun depan ada rezeki kita datang Perak lagi ye. Tapi kena tanya korang yang duduk Perak ni dulu mana tempat yang best. Tak ada lah meratapi sangat kalau pegi-pegi semua tutup. Bahaha!

6 comments:

mrsshahrul said...

mee rebus kat sana terbaik...mee mastan ghani..kat pekan teluk intan tu je ade 5 cawangan...

nisa nass said...

Cantiknya handbeg sepet!stail balenciaga(tahbetultdkejaan) gitewww...ke mmg ye?hehehhh..

cik yuyiyui said...

next time boleh try hawaii, mee rebus kedai sempit or mastan ghani ke? nak air soya or bandung best kat simpang tiga kg bahagia. :)

Ana Lyana said...

kampung akak tu umah pink tu.. hahaha... dtg tak roger.. kihkih.. kalau tak leh singgah makan rendang... konfem2la lalu depan umah akak sebab g teluk intan kan.. :)

Hayati M Y said...

Aku rasa laki ko terkenan penyakit laki si Cik Epal kot, melompat aje keje. hahahahhaa

nur ain syazwani said...

Kak sepet, billion ni la tempat budak2 uitm shopping. Haha memang murah !