Perjalanan Hidup Seqy Beauty

 Tajuk dah ala-ala baca buku sejarah. Huhu!

Tahun lepas, 2014. Awal tahun macam tu, kitorang memang dah decide untuk buat produk sendiri. Tapi nak putuskan produk apa tu memang lama gila. Collagen? Ubat Kurus? Barang Make Up? Pakaian? Supplement? Ha semua ni kitorang dah fikir. Tak boleh nak main redah je buat something. Kena tahu zaman sekarang ni macam mana, kena tahu permintaan, baik buruk, pengalaman, bla bla bla bla. Tak tertaip aku, huhu!

Memang lama gila ye. After 6 months baru kita putuskan untuk keluarkan produk mengikut beberapa turutan. Turutan pun kitorang sampai pening lah nak keluarkan mana dulu sebab nak bagi orang percaya produk yang baru memang susah. Plus kita ni orang siapa je, bukan artis, bukan anak dato', bukan anak orang kaya. Setakat ni Set Skincare yang paling latest kan. Tapi sebenarnya ada beberapa produk lagi yang belum keluar, tunggu masa yang sesuai.

Permulaan kitorang (aku dan Qery) buat produk, tak banyak pun. Sebab nak cuba, nak tengok market, nak tengok sambutan macam mana. Tapi yang paling penting, nak tengok feedback. Mula-mula nak keluarkan BB Cream kitorang risau jugak. Yela, kulit orang ni bukan sama. Risau peratusan sesuai dengan kulit asia ok ke tak. Berapa nisbah sesuai dengan tak sesuai. 

Masa kitorang buat produk sendiri. Keluarga belah aku dan Qery memang tak tau apa-apa. Kitorang plan nak buat dulu, then dah ada produknya baru bagitau. Tu yang ada kakak aku terkejut, eh bila masa kau buat. Gitu. Mak aku pun terkejut. Tapi lepas tu dia pegi promo kat kawan2 dia.

Haritu Kaklang cerita kat aku yang mak suruh bawak 1 set skincare balik rumah sebab ada kawan mak nak pakai. Mak cakap kat kawan mak, 'aku tengok muka kau ni kusam betul la, belilah set skincare anak aku punya'

Melampau ok mak aku ni, siap sound kawan dia selamber je. Dah kena sound maunya kau tak nak beli. Kelam kabut orang tu nak beli. Dan dan tu pulak nak nya, hahaha!

Ok sambung balik cerita tadi, huhu! Nak dapatkan testimoni memang tersangatlah susah. Sebab ramai orang yang segan nak tunjuk muka sendiri, hihi! Tapi Alhamdulillah dorang bagi feedback dalam bentuk penulisan. Aku tak kisah pun nak bagi feedback dalam bentuk apa asalkan serasi pun memang bersyukur dah.

Ada orang bagi pendapat untuk buat sekali banyak dan bukak cawangan setiap negeri. Memang kita akan pertimbangkan yang tu jugak. Tapi kami ni bukanlah kaya sangat ada modal berjuta-juta. Huhu! Memang boleh buat pinjaman, tapi aku and Qery kalau boleh taknak meminjam. Takpa lah kita bangun pelan-pelan. Mula sikit-sikit. Asalkan kita tak berhutang.

Kitorang buat semua produk ni guna wang simpanan sendiri. Memula berbisnes, kami tersangat berjimat cermat. Nak buat iklan kat artis bukan murah. Paling cikai pun RM500. Biasa-biasa je dah beribu. Lagi lah kitorang berkira-kira. Pernah la nak iklankan kat sorang artis ni, RM2000. Rasa Ya Allah, mahalnya nilai iklan sekarang ni. Itu baru iklan. Belum lagi benda-benda lain. Mula-mula nak naik, ofkos banyak benda kita nak buat. Orang pun tak kenal pemenda Seqy Beauty ni. Haha! So redho je la kami berdua. Haih tapi sampai sekarang kot aku rasa mahal gila iklan sampai RM2000. Tapi itu tak gila lagi, pernah aku tanya kat sorang ni artis baru naik, follower tak sampai 500k pun kat ig, tapi mintak sampai RM4k. Kegilaan apakah mereka ini.

Whatever lah kan. Itulah dia selok belok perniagaan yang kita kena lalui. Baru kita tau macam mana. 

So macam mana yang korang tau. 

Produk mengikut tururan.

1. BB Cream Code Natural
2. BB Cream Code Fair & Brown
3. Cleanser
4. Sakura Mask
5. Set Skincare

Dan syukur lagi sekali, semua produk kami dipermudahkan Allah SWT. Niat kami buat produk ni bukan nak untung atau kaya semata-mata. Kitorang memang nak bahan-bahan yang terbaik, yang selamat, yang halal. Aku pun manusia jugak. Aku tau kita semua bukannya nak jelita sangat. Cukuplah asalkan kulit bersih and nampak ceria.

Semalam aku dapat email dari sorang customer yang buat aku gembira dan tersentuh sangat. Huhu!





Aku rasa nak nangis baca email ni. Salah satu customer yang betul-betul ikhlas bagi testimoni. Yang support produk bumiputra. Alhamdulillah memang kita ada ramai customer yang ikhlas tolong bagi feedback, tak mengharapkan apa-apa, pulak tu siap doakan supaya berjaya lagi. Tq korang semua. Walaupun tak kenal, baca blog je, tapi tetap support kita yang gedik, anje lagi senyum manis ni. datangdahperangaitu. Huhu!

Okaylah. Kalau korang nak tengok produk-produk Seqy Beauty, kat side bar belah kanan ni aku ada update. Senang korang nak refer. So silakan contact HQ atau Stokis/Agen berdekatan kalau korang nak beli. 

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

Comments

Unknown said…
Watsap saya 0173945948 utk COD area Putrajaya Cyberjaya Seremban Senawang Nilai Port Dickson dan Bangi boleh walkin ke butik Thepopulous, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pos seluruh malaysia free pos untuk combo set dan freegift
Honey said…
Sepet kuarkan syampu n conditioner halalan toyiban. Kipidap sepet
Unknown said…
Jom dptkn produk seqybeauty
Cod kuala terengganu
Whatsapp 0199029577
Unknown said…
salam kak sepet, aritu ada bc akak ada tulis psl akak start niaga jual hand bag and bla bla..tp xigt dh tajuk apa.. kalau akak xkesah, bole x akak email dkt sy tips business.. sbb sy skrg baru nk start business.. modal xbyk tp keinginan tu tgi sgt.. skrg ni sy pakai modal parent dulu.. sy nmpk peluang utk business tu ada, sbb sy plan nk ltk dkt vendor..sewa ada y rm50 sebulan, ada y rm100 sebulan..tp modal sy kecik, modal sy utk satu vendor je lps..nk mmx kt parent, dyorg xnk kasi dh..rs mcm rugi lps peluang y ada..akak bole tlg sy x mcm mn nk positive blk? and mcm mn nk cari modal? akak email dkt sy bole? nurfathin90@gmail.com
QasehnyaRania said…
Sy ejen sah seqybeauty area jerteh, besut
Boleh contact sy 0193080215
Sy penggun bb cream sebelum daftar sbgai ejen. Mula pakai bb cream bulan 8/2015