Selamat Hari Guru

Baru cerita bulan 5. Banyak lagi nak habis, banyak cerita tertunggak. Ini pun aku rasa banyak dah aku cerita. Tapi tak pandai habis-habis. Haih...

Bulan 5 kan kita sambut hari guru. Qery kan cikgu, jadi aku ceritalah sikit suasana hari guru sebagai suami isteri. Eh suasana ke, entahlah. Asalkan korang paham. Huhu!

Qery jadi cikgu hampir 10 tahun kot, ke dah 10 tahun. Malas nak gi tanya. Setakat ni aku ok lagi lah. Memang tiap-tiap hari ada je dengar dia cerita pasal tension dengan itulah inilah. Sebagai seorang isteri solehah dan baik hati malah lemah lembut, aku mendengar dengan penuh setia. Kadang tu malas nak dengar, bukan malas nak dengar tau, tapi nanti aku sakit hari sebab aku rasa sistem pendidikan sekarang ni mengarut-ngarut.

Kau bayangkan, seorang guru tidak boleh mendenda anak murid, tidak boleh marah anak murid, tinggi suara tak boleh, eh semualah tak boleh. Macam anak murid tu TUAN kita, BOS kita. Semua tak boleh. Pulak tu terbeban dengan kerja pengkeranian. Kena masuk markah dalam sistem. Orang kata jadi cikgu senang, balik pukul 2. Tapi dorang tak tau, guru-guru ni selalu tidur pukul berapa, kadang tu tak tidur sebab nak siapkan kerja.

Kesian uolls, dulu memang aku tak tau. Tapi bila suami cikgu, baru kita nampak. Dan aku pun tak boleh nak pahamkan semua orang selagi mana dorang tak nampak. Itulah kadang2 aku suruh Qery sabar je, bagi la ayat manis, banyak pahala mengajar. Yang mana tak betul tu, nanti memasing jawab la kat kubur memasing. Asalkan kita dah buat tugas kita. Jangan sebab kita sakit hati dengan pihak sana sini, tugas kita, kita abaikan.

Qery ni Alhamdulillah, walaupun dia marah. Dia tak pernah lupa tanggunjawab dia. Walaupun dia marah aku, dia tetap akan pastikan aku kenyang, haha tetiba sangat! 

Bila ada sambutan hari guru macam ni lah, semua guru nak rasa seronok. Setelah setahun berpenat lelah, satu haritu je dorang nak enjoy. Nak rasa di hargai. Kepada parent yang support anak-anak bagi hadiah, TQ aku ucapkan. Still ramai lagi ibu bapa yang menghargai guru-guru. Alhamdulillah. Hihi!

Aku bajet, lepas kawin ni Qery tak ada la dapat banyak hadiah. Yela, jatuh sikitlah sahamnya kan. Haha! Tapi terkejut tengok banyak gila bungkusan. Muka Qery senyum sampai telinga.

 Penuh meja. Itupun dia cakap ada lagi hadiah yang tak bawak balik. Dia tertinggal dalam bilik KH. Tapi dah tak banyak lah. 

Aku kompom la lagi excited, hahaha! Aku yang sibuk susun-susun.. 

 Izz Qaiser pun sibuk jugak nak tolong susun.

Lama jugak kitorang peram hadiah ni. Tak sempat bukak. 2 minggu tu asik ada hal je. So bila bukak, masing-masing tergelak-gelak baca ucapan anak murid. Ada yang budak tingkatan 4, datang sekolah tu balik semata-mata nak bagi Qery hadiah. Ada yang tingkatan 1 pun datang. Sayang sangat kat cikgu Qery ye.

Tq semua anak murid cikgu Qery, walaupun hadiah sebatang pen, cikgu awak dah rasa terharu sangat. Qery cerita, ada budak tu. Dia selalu tak rehat sebab tak ada duit belanja. Qery kadang2 belanja la dia makan. Memang budak yang kategori miskin lah ni. Bila aku bacakan nama budak tu, Qery terkejut sangat. Macam tak percaya budak tu bagi dia hadiah. Bagi tie ok. Terus esok sekolah, Qery pakai tie tu. Huhu!

Tak ingatlah sapa anak murid Qery yang ada bagi gula-gula, coklat, makanan. Awak semua jangan risau, bab makanan istewi cikgu Qery kasi setel. Kahkah! Kbye

Comments

Unknown said…
Kita silent reader sepet. Arini bc dr entry pondok2 smpai ari guru. Kta tk benti ketawa. Ada ja bnd nk gelak.. Kipidap la sepet
zuhannisa said…
Budak2 kalau bagi hadiah tulus..comel..
Org dah sampai entry selamat hari raya dah ni sepet hihihi :)