Ingatkan tak sempat nak update harini, tapi tak boleh la. Kena update jugak. Sebab banyak entry tengah tunggu turn ni. *konon* Pui sangat.
Aku memang nak bawak Stokis-stokis bercuti pun. Tapi tula kena tengok masa yang sesuai. Stokis tak ramai. ada 8 orang, tapi 4 orang dah kaum keluarga aku jugak, bahahaha!
Masa memula open stokis, adik beradik aku ni lah yang pm iolls kat facebook nak jadi stokis, aku ingat dorang ni buat lawak antarabangsa je. Sekali bebetul nak. Uihh apa lagi, lagi lah hati kita berbunga-bunga bila family sendiri pun support bisnes kita ni kan.
Walaupun orang kata, elehhh kaum kerabat dia jugak yang tolong jualkan tu. Produk bukannya baguih nau. Pedih tak pedih ku telan jua, haha! Tetiba gelak dah kenapa. Lepas tu Kak Murni dan Nina pulak nak join group stokis, lepas tu Aza dan Kak Jie. Alhamdulillah sangat ada jugak orang lain selain family sendiri nak support produk iolls. Lepas tu dapat agen yang hebat-hebat melampau. Stokis mengadu ada agen hari-hari restock. Kemain. Hihi. TQ ye semua. =)
Kan aku pernah pegi Philea. So bawak dorang datang sini. Ada dua stokis tak dapat join, Kak Murni dan Kak Jie sebab masa tu kan sebelum puasa. So banyak la kenduri kawin. Kita pegi mana ada je lah.
Ni Aza, Mak Stokis Area Johor. Orang Johor silakan berurusan dengan Aza k. Baik orangnya, *pujistokissendiri,kekeke*
Stokis Zara, jaga kawasan Selangor (Klang)
Kitorang je yang sampai awal. Yang lain lambat sikit sebab dorang gi jenjelan Melaka dulu.
Terserlah kejohayan beliau.
Stress Izz Qaiser dapat mak cenggini, haha!
Masa ni bilik ni je yang tinggal. So tak dapat nak book bilik besar untuk stokis. Dulu aku duduk rumah sebuah-sebuah kan. Kali ni pegi rumah sebuah tu full. Haih, yang available rumah 4 pintu ni. Pun bolehhhh.
Kitorang tak ada apa aktiviti pun kat sini. Cuma nak dorang bercuti santai-santai je.
Maybe lah next trip kita buat aktiviti k.
Sampai-sampai sana je, anak buah aku semua terjun swimming pool.
Ha, masa ni dah kata pun kakak-kakak aku jadi stokis, dorang bawak la anak-anak dorang semua. Yang andak siap bawak mak aku, hahaha!
Dah macam percutian keluarga pulok.
Masa turun swimming pool, aku kan bawak towel sendiri. Kalau korang perasaan, kalau mandi pool aku bawak towel sendiri untuk lap Izz Qiser. Padahal dorang provide je towel hotel. Pastu kakak-kakak aku cakap prangai makcik2 sangat ni bawak towel sendiri, kahkahkah! Biadap betul.
Nampakkan towel tu. Hahaha!
Nak dijadikan cerita, mak aku pun terjun pool. Seronok berenang lepas tu nak naik dah malu. Towel kat pool tu memang boleh bawak sampai bilik, tapi nanti kau kena turun balik hantar sebab ada tulis nama masa nak ambik towel. Malas la nak turun2 balik.
So makcik yang bawak towel sendiri tu kembang kuncup menjadi penyelamat untuk mak tersayang. Haha! Nah mak pakai towel ni. Sambil lalu sebelah kakak-kakak iolls, sambil jeling sikit kat dorang, biasaaaaa dia tu panggil i makcik.
Lols
Lepas mandi, balik bilik, mandikan Izz Qaiser, bagi dia makan, susu, pastu tertido terus. Masa Izz tengah tido, kaklang kakcik andak semua dah keluar makan. Aku pun lapau jugak, tapi konon nak tunggu Izz bangun la.
Dah redho je ni nak keluar cari kedai sengsorang. Lepas tu dengar suara Ceera panggil2 kat luar bagitau dia nak keluar makan. Haa apa lagi, paksa Ceera tunggu, kelam kelibut kitorang bersiap. Dan akhirnya dapat makan kat Baba N Nyonya, eh sebeanrnya tak ingat apa nama kedai.
Punyalah lapau. Tak makan satu hari. Haihhh tu la dia. Aku dengan Qery memang selalu je tak makan satu hari. Tapi bila dapat makanan, makan macam 10 hari. Tsk
Sesi melayan anak
Bapak dia pulak lebih main. Anak tu dah nganga2 nak. Hahaha!
Asam pedai dia wallawei, sedap gila
Dedua tahan ailio, hahahaha! Sebab nak tunggu ada lauk lain yang tak sampai
Lepas tu dapat pulak ABC, aduiiiii semuanya sedap.
Balik tu terus terbungkang tido. Esok nya pagi-pagi pegi sarapan. Mandi pool lagi sekali. Lepas tu janji dengan Stokis masa check out kita ambik gambar sesama.
Bye Philea
Stokis Aza dan Nina. Memasing ada sorang anak.
Mak iolls, pakai spek uolls. Dasyat. Haha!
Masa ni dorang buat lawak entah pape, haha!
Nak cita panjang lebo lagi sebenarnya, tapi dah pukul 4.30. Aku nak gi berbuka rumah mak ni, kang lambat.
Tengok gambar je lah
Beli bag sesama sebab nak pakai sesama.
Tq Stokis-stokis semua. I love uolls.
#tilljannah
kihkih!
p/s : Kalau typo tu korang pepahamkan lah sendiri ye. Bye
No comments:
Post a Comment