Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 24, 2015

Raya Ke-2 (Balik Tronoh)

 Raya kedua kali ni tak plan apa pun, tak tau nak balik kampung ke tak. Raya pertama decide, then terus pegi esoknya. Huhu!

Qery ajak family dia ikut sekali, sebab mertua aku memang tak kemana pun. So ikut ke Perak ni boleh la jenjalan sekali. Aku dengan Andak plan nak jumpa kat Kellie Castle, family mertua tak pernah datang, so jom lah kita.

Selfie dalam kereta. Punyalah jem jalan. Tapi tak ada la jem menggila tu. Still bergerak la. Cuma slow terkedek-kedek. Pukul 1 tengah hari baru sampai. 

 Merasalah kau panas menggila. Qery sampai basah bajunya. 

 Tengok Qaiser, tertutup-tutup mata dia, haha!

 Disebabkan panas dia bukan calang-calang, mak n pak mertua takmo naik. Dorang lepak bawah je. Izz Qaiser pun tak naik, mak mertua jaga. 

 Tapi sementara menunggu Andak, kita snap gambar banyak-banyak dulu.


 Pedih mata, sampai terpaksa tutup. Huhu!

Menggigil-gigil mata aku menahan.

Kelly Castle ni dia ada cerita disebalik kan. Aku nak cerita pun tak reti. Takut kang tersalah cerita, maklumlah, sejarah aku memang sentiasa fail. Aku kat sekolah menyampah gila belajar sejarah. Bukan la nyampah apa, nama sultan dia tu, Sultan Alauddin riayat syah i, ii, iii. Nama dah la sama. Lepas tu kena ingat perisitiwa berlainan, hakak kompius tau tiap kali, dah la pulak tu, kalau pekse mesti keluar soalan ni. Rasa nak hentak-hentakkan kepala je sebab lembab sangat. Huhu!

 Gambar kenangan, bila orang tanya boleh la cakap dah pernah pegi, padahal tak naik pun. Kekeke!


 Suami sapa la manja sangat tu, sampai bawak keluar payung, tak boleh kena panas. Haha!


Andak sampai je, kitorang terus beli tiket and naik. Tak silap dewasa Rm5 kot. Dulu masa kecik aku pegi takyah bayar pun. Pun tak ramai orang datang, sekarang ni, hoih. Ramai sangat. Cina Melayu India, semua ada. Warga asing pun ada.
 
 So snap dulu kt sini.


 Masa naik tu, Andak kat bawah lagi sebab dia nak gi toilet. Pastu aku nampak dia nak ambik gambar Kellie Clastle dari bawah, cecepat suruh Qery dengan Cepul lambai2 nak masuk gambar dorang. Tengok gambar bawah.

 Kitorang kat dalam bulatan tu, hahahahaha! Sibuk interprem walaupun nampak bagaikan semut.

 Terus bergambar. Kellie Castle ni bangunan dia tak siap. Unik pun iya jugak. Kita boleh tau la raja-raja dulu istana dorang macam mana. Setiap bilik besar gila, mesti ada beranda. Kaya betul.
Dah kata pun raja kan. Heh!

 Ala-ala sado, nak masuk instagram lettew.

 Ini lagi tak boleh bla. Malas nak layan, haha!


 Aku konon2 nak bergambar kat celahan batu ni, sekali Qery and cepul cakap, nampak hidung je. Biadap sangat adik bradik ni, huhu!

 Sebenarnya aku rendah, tapi sebab pakai kasut tinggi, nampak cam tinggi Andak pulak. Kikiki!

 Elelelelele.. Nak feeling2.

 Dia tak tau kakak ipar dia mengacau kat belakang, hahahaha!

 Masa ni bandak suh buat gaya rock, sekali haku sorang je buat. Andak boleh pulak gaya ayu2, cis betul.

 Sebab bangunan tak siap. So atap dia pun tak siap, boleh naik atas ni, tapi scary la sebab takde penghadang kat tepi. Gayat nengok dari tepi.

Qery ni kan buat aku sakit jiwa je, dia dah la ke tepi sana, lepas tu melompat pulak2.
 
 Malas nak bebel, aku bla. Hahaha! Lantak la nak buat apa sana, baik aku jgn tengok, nanti buat penat je mulut membebel,huhu!


 Lorong ni dorang namakan lorong berhantu ke, beranda berhantu, tak ingat.

 Yang ni baru siap dinding.



 Tak lama pun kitorang, sebab panas dia masyaallah. So ajak Qery turun. Lagipun kesian mak ayah kat bawah tu lelama. Mesti boring.

 Tengok budak kecik ni dah berpeluh2


 Nak nyelit sekali. Hihi!

Lepas tu kitorang berhenti makan kat kedai mee udang, Udang dia beso-beso. Gambar kat fon Qery lupa nak suruh dia wasap. 

 Tengok 3 branak ni, asik main handphone je, haih budak2 sekarang

*bebel sambil geleng-geleng kepala*

 Saja buh gambar Andak yang ni, hahahaha!

 Penggemar udang boleh try, aku tak suka sangat udang. So tak tau la feeling dia macam mana. haha!

Lepas tu, kitorang sewa hotel. eh kita bukan sewa sebab rumah opah tak best ke apa tau, kahkah! Sebab rumah opah dah penuh gila. Plus mertua kita ada, pastu anak kita tido sambil nyusu badan. Nanti camne nak tidokan kan dia sambil nyusukan anak kat ruang tamu dengan ramai-ramai orang tu, ha tu la kita sewa hotel. Cea tetiba explain, orang tak tanya pun. Takut orang ngata lettew, bahahaha!

 Lepas sewa, kita gi rumah opah. Lepak-lepak, pastu tengok dorang ramai-ramai kat kebun belakang, sibuk tebang pokok kelapa. Kitorang ni nyibuk je. Yang tebang pokok Ateh dengan Bandak. 

Pastu beraya rumah Nenek (Belah arwah abah), maghrib camtu baru balik rumah opah. Pastu lepak-lepak. Tak boleh nak keluar raya sebab opah tak ada orang jaga. 

Pukul 8 lebih camtu, Qery ajak balik hotel sebab mak ayah dia tak makan lagi. Kitorang bawak gi makan.


 Tosei milo memang sedap sangat.


Lepas habis je makan, sekali Ateh and Andak call, ajak ngeteh. Memang kitorang plan dah nak ngeteh sesama. Haha! So sambung pegi kedai mamak lain.

Borak borak gelak-gelak sampai terbalik la meja tu. *tipu*. Lepak sampai pukul 12malam. Pastu semua berambus balik ke pangkal jalan. Hihi!

Masuk bilik tukar baju terus tido. Penat sangat dah rasa. Nanti sambung raya ke tiga pulak ye.

4 comments:

MasReena said...

hahaha.. lawak giler sepet ni tau

Chekgu Azrine said...

Bestnya...at least kira mcm cuti2 jugakla tuh.kan??

Love Razila said...

sakan raya...bestnya, lom sampai lagi kat istana tu...soon sebab dalam planning ke sana gak.

sya mimie said...

Pnh pegi kellie castle tu. Allah.. Bahang panasnya mmng x tahan. Pergi skli tu je la..