Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 3, 2015

Cuti-Cuti Malaysia : Philea Resort & Spa Melaka

Uolss, berzaman iolls tanam sifat kerajinan nak update sambungan cuti-cuti Malaysia ni tau. Memerlukan ketahanan mental dan fizikal nak edit gambar. Rasa nak gunakan kuasa mata dan hati je bila edit semua ni. #kerlaskaumaria.

Ok berbalik kepada kesinambungan cerita sebelum ni, kami dari Port Dickson nak ke Melaka. Haih, jem pulak jalan. Jem tak tau la kenapa. Mungkin lah cuti, semuaorang pun nak jalan-jalan, nak balik kampung. Sampai Philea, terkagum2 dengan bilik tu.

Kitorang sewa 2 bilik. 1 untuk aku, satu lagi untuk mak mertua dan anak2. Tapi selesa lah kan sebab besar boleh tahan..

Tu la keje Qery, datang2 tak bagi aku sepahkan apa-apa sebab dia nak ambik gambar. Pastu suh aku posing. Terus i posing yela taknak la derhaka kennn. Tetttt. Haha!

 Bilik air dia, kalau kau baring dalam tu memang taknak keluar. Siap ada tv okay, ni kalau ada kat rumah aku, kompom Qery duk bertahun dalam ni. Kena petir dengan suara akhak baru nak keluar. Eh tak boleh petir kat suami ye, itu saja cita taknak kalah je, sebenarnya aku lemah lembut bagaikan bidadari. tipu

 Dia punya sinki pulak, lahaiiiii. Rasa berdosa sangat nak basuh pape kat situ. #kononberdosa. Padahal Izz Qaiser berak aku basuh kat situ je, bahahaha! Lantak situ


Memang best sangat. Kayu dia semua import. Kitorang tanya orang kerja kat situ. Kos buat satu rumah ni berapa juta entah, 1 ke 2 juta. Huih mahal gila. Itu baru satu rumah. Kau bayangkan lah kat sini ada berapa rumah.

 Laki i suruh posing.... jadi... TADAAAAA

 Siap dapat angpaw lagi bernilai sehinggit.

 Kat sini best. Kalau korang nak joging pun boleh. Memang dorang buat tempat ni ala-ala kampung. Walaupun kawasan ni tepi highway je, tapi tak dengar langsung bunyi kereta. Nak lepak kat luar sambil cuci mata pun boleh.

Ha jiran sebelah. Huhu!
 
 Ok jom kita makan.

 Kesian anak aku, terpaksa melayan bapaknya nak ambik gambo sana sini. Biasalah...kami jakun sikit. Kekeke!

So lepak2 kejap ambik tenaga merehatkan minda. Pukul 5 Qery bawak Izz Qaiser mandi pool.


 Banyak lagi gambar dia mandi, tapi malas aku nak edit.


 Pelampung Izz Qaiser meletop sebab bapak dia yang main. Urut dada aku tengok perangai suami terchenta aku ni. 

Sebab tak sanggup lagi nak tengok perangai dia yang macam2 tu. aku tinggalkan Izz main dengan bapak dia puas2 kat pool. Aku nak sambung bertenang dalam bilik.

Minum nescafe cecah roti. Seronok perut.

Lepas tu aku tak ingatlah malam pegi makan kat mana. Sebab hanfon takde bateri. So takde gambar. Yang aku ingat, kitorang gi bandar hilir nak makan asam pedas. Sekali kedai tu tutup. its not funnehhh...

Terus tak ada mood. makan je lah kat mana-mana pun. Sobs..

Kitorang satu malam je kat sini. Esoknya siap-siap nak check out.
 
 Cubaan Pak Ngah merampas Izz Qaiser dari mak mertua, haha!

 Qery ni banyak tanya tau dengan abang driver buggy ni. Sibuk tanya buggy ni cas berapa lama, boleh jalan berapa lama. Ada berapa ketul. Kalau aku, walaupun driver dia perempuan, mesti aku diam membisu, hihi.


Jom sarapan dulu.
 

 Budak kecik ni memang slalu pun bangun pukul 10. So ini memang timing tido dia. Huhu!


Ok itu je kat Philea. Nanti kita sambung lagi. Ada lagi 2 entry baru habis. Adudududududu malasnya pikio kena edit gamba. Bye

1 comment:

miss eimanhikmah said...

cantiknyeee rumah tu,,bp semalam?