Raya Pertama 2015 (Rumah KCB)

Oleh kerana ramai sangat yang rindu gambar raya kat tangga, okay lah. Kita belanja 'tangga raya' tahun tahun lepas punya. Masa arwah abah ada lagi. Tangga legend tu memang dari dulu sampai la abah meninggal, kitorang akan bergambar kat situ setiap kali raya puasa. Tapi ini je yang aku google ada, yang zaman tuk kaduk semua kat dalam album rumah mak.

 Zaman Ceera baru kawin. Ramai tak pakai tudung lagi, so kita blur kan semua, huhu!

 Tahun selepas itu, 2011 kot. Pun aku tak pakai tudung lagi. Masa ni Keisha dah lahir.

 Tahun 2012, zaman aku dah resign. Memula pakai tudung masa bulan puasa. Kiranya tahun pertama pakai tudung lah ni. Manis je muka iolls, kahkah! *pitam*

 Tahun 2013, tahun terakhir dengan arwah abah. Masa ni sejuk hati mak abah kita, tengok anak-anak and menantu dia semua dah bertudung. 

Lepas abah meninggal, mak renovate rumah. So dah tak ada dah tangga ni. 

Tak clear pulak gambar. Ni tahun lepas. Dah start bergambar kat sofa. Huhu!

Ok cerita tahun ni pulak ye, aku sampai rumah mak dekat pukul 12. Masuk bilik mak terus, nak salam semorang.


Nak menunggu Andak sampai, kita selfie banyak kali dulu.






 Masa aku sampai, rumah tak hidang kuih langsung, haha! 

Aku tanya mana kuih, baru lah kelam kabut anak buah cari bekas kat dapur, nak masukkan dalam balang. Aku ingat tahun depan aku kena beli balang kuih raya baru untuk mak. Bekas kuih raya rumah aku tu dari zaman tentera abrahah. Tak bertukar-tukar.

Jenis yang penutup kaca, tak ketat pun penutup dia. So kuih senang masuk angin. Tu yang selalunya masa aku tak kawin lagi, pepagi sambil menunggu kakak-kakak datang, aku lah yang masukkan kuih raya semua. Memang pagi-pagi baru buat, sebab kalau buat dari semalam tu risau masuk angin. 

Mak aku pulak memang jenis takkan beli baru selagi yang lama boleh guna. Biasalah tu kan, tapi merasalah kau kelam kabut di pagi raya. 

 Mak tahun ni umurnya 64 tahun.

 Ada gigi emas lagi, ting ting ting. hihi!

Lepas snap gambar dengan anak bongsu jelita ayu dan manis tu, tetiba dia nak bergambar dengan anak teruna acah-acah bongsu tu.

 Nyampah kita, haha! *cemburu di mana-mana*

 Qery macam biasalah, berkepit dengan Qaiser, aku nak ambik Qaiser tak nak bagi pulak. Dia boring la tu, haha! Kalau ada Qaiser dia boleh la main-main dengan Qaiser.

 Geng-geng jaga anak duduk tepi sana, hihi!

Baru gosip sikit-sikit dengan adik beradik, mertua datang rumah. Nak beraya + menjemput anak nak kawin. 

 Mesti nak selfie satu kali.

 BB Cream je uolls, haha. Tetiba sangat.

Lepas tu Qaiser tengah main dengan sepupu-sepupu dia, kitorang pun mengambil kesempatan yang ada.



Baju raya beli kat PKNS. Kitorang tak ada tema pun nak baju warna apa. Nampak apa yang sedondon je, terus beli. Yela kitorang bawak Qaiser shopping, so tak boleh la lama-lama. kesian kat baby kecik. Dia nak nyusu, nak makan, semua susah. So nampak je baju coklat ni, terus beli. Hihi!

Lepas tu Andak dah sampai. Terus kitorang beratur nak salam.
 
 Punyalah lambat turn aku. Dah la lambat, tak dapat duduk kat sofa pulak tu. Huhu!

 Gegor2 gambar.


 Kali ni raya, aku bajet nak snap gambar bersama anak-anak buah, sekali lenguh pulak tangan aku nak selfie tiap kali, hahaha! So snap je mana yang ada.


 Qery nak interprem jugak, hahaha!

Lepas habis salam semua. 

 Terus kira duit raya anak, hahaha!

 Perangai cam bebudak.

 Aku siap tanya anak buah aku dorang dapat berapa. Kepochi betul mak sedara, hahaha!

Ada masa sementara tu kitorang pun bergambar lah gedik2 kat sofa. Korang tengok je lah.

 Dari kiri, Akak (44tahun). Aku (27tahun), Kakcik (40tahun), Kak Ninie (30tahun), Emak (64tahun), Atam (33tahun), Kak Ida (35tahun). Kaklang (42tahun).

Andak takde dalam gambar, boleh pulak minah tu duduk kat dapur mentekedarah, haha!



 Cahaya keimanan terserlah.

 Ok enaf enaf.

Jom gambar 1 family.

 Aku dengan Qery ambik port baik punya, lepas ni kena duduk depan, biar nampak kepala sampai kaki, haha!







 Dalam ni kaklang nampak cam budak 20-an la pulak. Eii tak suka, haha!

Geng-geng aku masa kekecik. Anak buah aku yang paling besar Ika, 21 tahun. Ajoi 19 tahun, Angah pun 19 tahun, Ajai tingkatan 5, Ayin n Nabil tingkatan 3, Danial Tingkatan 2 kot tak silap. Aku kalau membebel kat dorang ni ayat wajib 'dah besar dah anak buah maksu ni, dulu maksu yang basuh berak korang' hahahaha! Lepas tu dorang buat muka malas nak layan. Biadap betul. kekeke!

Kat rumah mak ada aktiviti beraya rumah jiran. Tapi aku malas sebab dah penat sangat. Pulak tu Qaiser belum bagi makan. Pastu nak tidurkan dia. So tahun ni tak merasa lah beraya rumah jiran, tak dapat makan lontong paling sedap dalam dunia. Sobs.

Lepak-lepak, pukul 4 camtu, mintak diri nak balik. Ngantuk hoi. malam sebelum tu pun tak tidur, mengemas baju mengemas rumah. Rumah ni lapan puluh kali kemas pun nampak so so je. Huhu!

Balik tu rehat, tido kejap. Bangun2 tu terus mandi siap-siap sebab mertua nak datang beraya.

Atuk main lego dengan Qaiser, sampai nak tertido dah, huhu!

Aku panaskan je lauk sup tulang dengan rendang daging. Mak aku sebenarnya bungkus lauk tu suruh bagi mak mertua. Lepas tu aku lupa bawak, so makan kat rumah aku je lah. Borak-borak, makan kuih sambil tengok cerita korea. Qery stress je dia tak dapat tengok cerita lain. haha! Lantok sana.

Pukul 12 macam tu dorang balik. Kitorang kemas rumah sikit-sikit, tidurkan Qaiser, lepas tu packing baju nak balik kampung esok.

Ok nanti sambung lagi.

Comments

y i e n said…
bestnyer tengok family korang, meriah.. nak anak ramai jugaqlah nanti #ehhh!
Anonymous said…
ramainya family sepet...best nyer....family kita kocik jer...tak ramai pun...
Anonymous said…
ramainya family..best kan...family kita kecik jer...mungkin next year ada penambahan ahli keluarga..tu pun sorang je kot hehehe
Chekgu Azrine said…
Syoknya raya sbb siblings ramai sgt...heaven!
KHALID said…
Selamat Hari Raya buat sis Sepet sekeluarga, happening nye gambar2 tu kan, btw lawa mak sis ~ glow in the dark raut wajahnya XD
Razila said…
Wah!! tahun ni raya warna campur2 gitu...sebelumnya warna sekaler tapi lain2 tone...ape pon selamat hari raya ye sepet ^_^
MasReena said…
Zaman tentera Abrahah? adooiii lawak gilerr la sepet ni tau!! =D