Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 10, 2015

Main Pondok-Pondok

Tak ada apa nak cerita, korang mesti nak tak sesabo nak balik kan. Ada yang nak balik kampung, ada yang dah ambik cuti straight sampai lepas raya. Seronoknya kan. Asik tengok jam bila nak balik ni. Lagi 5 minit nak balik dah tercongok kat depan tempat punch card. Perangai tu, tipical sangat okay, hahaha!

 Tapi perangai2 macam tu la yang boleh buat bahan kelako, kekekeke! Qery pun selalu cerita dia sharp pukul 2, memasing macam lumba lari nak balik, tapi kalau tetiba ada meeting, lemau terus rasa. Huhu!

So kita cerita pasal main pondok-pondok je lah. Masa kecik-kecik kita kumpul kusyen buat rumah pastu roboh2 kan. 

Dulu punya cita takyah cita la, masa main tu tak ingat dunia, konon best and kukuh sangatla benteng pertahanan rumah. Lagi-lagi rumah mak aku ada 2 set sofa yang kusyen2. Lagilah besar rumah ciptaan aku tu. Tapi paling bengang menyumpah seranah kalau abang aku si Ateh tu robohkan. Dia memang tak boleh la tengok aku seronok, ada je benda nak buat gaduh.

Masa main seronok la, tapi dah lepas main tu. Biarkan je berterabur. Lepas tu membebel mak aku suruh kemas. Padahal bukan susah pun nak kemas kan. Susun je la, tapi pemalas dia memang win sangat. Sanggup kena marah cubit semua dari susun kusyen. Lol sangat perangainya.

Sekarang ni jarang la ada rumah yang ada kusyen keras cam dulu-dulu tu.
Tapi sebab sibuk jugak nak main pondok2 dengan Qaiser, kitorang buat jugak pakai bantal kekecik tu. Asalkan boleh lalu bawah pun boleh..

Memula Qaiser cam malu-malu nak masuk, takut dia, tengok pun tak kukuh, hahaha!

Tapi sekejap je, lepas tu habis pusing berpuluh round. Sampai kitorang yang letih bersorak, huhu!

Budak happy dapat main bantal. Lepas dia dah puas main, dia robohkan semua. Lepas tu dia bla je. Perangai sapa? Haha!


Lepas tu, tetiba Qery cerita dulu masa kekecik, sebelum tengok cerita ultraman ace dia pun main pondok2. Pemendaaaa la tengok cite ultraman.. Tak geng betul.

2 comments:

intandayani said...

Seronoknya dia

IQ = Iez Qis said...

alahai, comelnye qaiser main pondok2..