Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 29, 2015

Borak Di Petang Hari

Dari pukul 11 tengah hari tadi aku nak update cerita ni, tapi ada je benda. Qaiser nak main-main, lepas tu tidurkan dia. Lepas tidurkan dia aku masak sup jap. Sebab nanti Qaiser bangun nak bagi makan. Teringat ada basuh baju, sidai kejap. 

Baru habis sidai baju, Qaiser dah bangun. Bagi pulak dia makan. Eleh sebenarnya makan sesama lah dengan aku, haha! Kenyang perut dua beranak. Tetiba Qery balik, eh? Rupanya dia tertinggal bibs kat rumah. So lari balik ambik barang, then pegi balik sekolah.

Qaiser macam biasa, ajak main. Ajak seloroh-seloroh. Tetiba aku saja la aku nak rasa gusi dia, mana la tau dah tumbuh gigi ke. Sekali, OMG OMG!! Memang dah tumbuh la! Punyalah excited terus bukak lampu, suruh Qaiser nganga, hahaha!

Susah nak tengok sebab gigi bawah tumbuh dulu, dia pulak sibuk nak jelirkan lidah. Huhu! Takpe, nanti Qery balik aku suruh ambik gambar gigi pertama dia tumbuh. 

So sekarang ni Qaiser tengah leka baca buku. Meh kita update lelaju.

Beberapa hari ni, aku cam bertekad nak hidup secara sihat, konon. Lagipun Qaiser dia bangun pagi. Subuh2 dah bangun. Merasa lah aku bangun terus lepas Subuh tu, tapi takpa lah. Sebab dia dah tidur awal. Aku pun boleh tidur awal. Selalunya Qaiser pukul 2pagi pun belum tido lagi. Pening kepala aku. So bila dia dah tidur awal bangun awal ni, Alhamdulillah sangat, boleh la aku berehat pada waktu yang betul. Huhu!

So, mari buat air madu + limau.

 Limau tu aku pakai separuh je, separuh lagi boleh guna esoknya. 

 Tuang air panas, minum suam-suam. Perghhhh, sedap gila ok. Aku hari-hari minum ni, sebab sedap sangat, huhu!

Qaiser pulak cam biasalah air dia

 Sekarang dah pandai minum susu botol sampai habis.

Budak ni kan, kalau kat rumah, jarang lah habis susu dia sebab dia lagi suka nyusu badan. Tapi lepas puasa haritu, susu aku tak sure la makin berkurang ke apa kan. Rasanya kena ambik supplement banyakkan susu balik lah. 

 Banyak dah pandai, dah boleh jalan 2 3 tapak, dah boleh melompat-lompat. Belum pandai jalan sangat dah tau melompat, hee budak ni lah.

 Susu dah habis!



Tepuk tangan, happy susu dah habis.

Sekejap je dah besar budak ni, dah nak masuk setahun pun. Cam tak caya je kan. Hihi!

Eh ok la, nak tidurkan anak jap. Dia dah ngendeng2 kat kaki aku ni ha, bye

4 comments:

RieNa said...

betullah org tua2 ckp. kalau lambat tumbuh gigi, cpt berjalan. kalau cpt tumbuh gigi, lambat berjalan. anak2 akak tumbuh gigi 6-8 bulan, setahun lebih baru boleh berjln.

Miss Moon said...

sepet, telan halba dlm suku sudu kecik everyday. Insyaallah leh tambah susu. Anak akak pun sama kalau duk ngan akak susu botol langsung tak mo ...

shah said...

uish, sekejapan dah besar anak nya ni, makan apa?

surizan abdghani said...

Telan minyak habbatussauda.sy masa bfkan ank mmg telan minyak habbatussauda bukan kapsul punya.alhamdulillah dpt bf ank pai 2y1m.ni pun terpaksa stop sbb ada bby dlm perut.yg ni pun nekad inshaaAllah nk fully bf mcm kakak dia.xde skip2 susu botol ke apa.ada jugak amik ephyra tp kejap je.sbb mahai noooorrr sian laki iolsss nk tanggung haha